Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Komen bagi artikel "Islam Sebenar dan protokol Dajjal di KLCC & Malaysia " dari SY.H

Assalamualaikum tokngulu

saya adalah penulis asal artikel tersebut di atas yang saya muatkan melalui buku pelawat laman tranungkite. saya amat berterima kasih di atas siaran tersebut. Di sisni saya memohon maaf jika sekiranya dengan tersiarnya artikel tersebut menyebabkan ummah pada umumnya menjadi keliru disebabkan kandungan laman END ERA tersebut amatlah menyesatkan. Pada pandanagn saya yang kurang arif ini kandungan laman tersebut mungkin dibangunkan oleh "seseorang" samada individu,organisasi dsb. tujuan untuk menyesatkan ummah. dan kandungan website begini yang seharusnya dan wajib ditanggani oleh Kem. Dalam Negeri kerana jelas amat menyesatkan.

Dewasa ini bukan sahaja fakta-fakta ugama dikelirukan melalui IT tetapi juga fakta-fakta saintifik juga dikelirukan oleh anasir-anasir yang cuba merosakkan aqidah umat Islam secara khususnya seperti yang telah digariskan melalui PROTOKOL ZIONIS ANTARABANGSA. Sebelum ini tokngulu ada menyiarkan mengenai "penemuan makhluk ganjil" oleh pihak NASA dan ternyata ianya adalah pembohongan fakta bagi mengagungkan pihak U$A untuk mengaitkan mereka dengan "LOST ATLANTIS".Dan dengan tersiarnya artikel berkenaan dapat juga memaparkan PEMBOHONGAN pihak Yakjuj & Makjuj. Jika ditinjau 2 bangsa yang menyerang IRAQ dan Afghanistan itu ianya adalah apa yang telah diFirmankan oleh ALLAH melalui Al-Quran melalui Surah Al-Kahfi. Puak Anglo Saxon yang keluar dari "Caucasian Wall" yang terletak di sempadan Iran-Rusia berdekatan Arzabaijan itulah nenek moyang INGGERIS dan AMERIKA.

Selain daripada itu, kandungan AL-QURAN juga telah diseleweng dan dihuraikan mengikut LOGIC. URL utk. laman tersebut telah saya berikan melalui BUKU PELAWAT. Langkah tokngulu menyiarakan artikel di atas adalah bijak, kita bukan nak mempromosikan laman tersebut tapi kita perlu menyatakan kebenaran dan lagi kita bimbang jika kanak-kanak sekolah membaca artikel tersebut, ap aakan jadi.

2 komen daripada saudara-saudara kita itu diucapkan terima kasih.Sekian.Wassalam

-------------------------

Komen bagi artikel "Islam Sebenar dan protokol Dajjal di KLCC & Malaysia "

Assalamualikum wbrth. wbkth.

Saya ingin menarik perhatian pihak webmaster tranungkite perihal artikel "Islam Sebenar dan protokol Dajjal di KLCC & Malaysia " . Setelah membacanya, saya dapati ianya amat mengelirukan, memeningkan kepala untuk memahami fakta yang diberikan..nyatanya ianya begitu berbau provokasi. Bagi saya ianya terlalu bahaya untuk siaran umum. Ianya dipenuhi dengan kritikan yang begitu tidak rasional dan jauh sekali mengandungi pengajaran atupun maklumat yang membina dan konstruktif. Bagi saya, artikel sebegini akan menimbulkan kontroversi. Semoga pihak tranungkite lebih berhati-hati dalam memaparkan apa jua maklumat.






______________________
Terbitan : 9 Julai 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com