SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Rasuah boleh gadai maruah negaraMIN AINA ILA AINA Oleh Subky Latif SEMUA setuju supaya jangan menggadai negara. Orang yang menggadai negara sekalipun tidak mengaku dia atau mereka menggadaikan negara dan mereka pada bila-bila masa sedia menasihatkan orang lain supaya jangan menggadai negara. Apabila Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang Melayu dan orang Malaysia jangan menggadai negara dalam pelancaran buku mengenai Dato' Onn bin Jaafar, tidak siapa yang membantah. Adalah benar Melaka tergadai kepada Peringgi kerana bersetuju menjual tanah sebesar sebidang belulang lembu tanpa memikirkan belulang lembu itu bila dijadikan tali memungkinkan meliputi kawasan berekar-ekar. Malang Melaka ketika itu tiada peguam seperti seorang wanita dalam komidi Saudagar Venis karya William Shakespeare menggagalkan niat seorang Yahudi untuk mengambil hati seorang saudgar yang gagal membayar hutang kepada Yahudi itu. Mengikut perjanjian hutang yang tidak langsai itu dibayar dengan hatinya. Dia tidak sedia dibayar dengan yang lain kecuali hati saudagar itu saja. Peguam itu membenarkan hati saudagar itu dilapah tetapi penjajian itu tidak menyebut darah boleh dititiskan. Hati boleh diambil, darah jangan keluar. Maka selamatlah saudagar itu. Melaka tiada peguam secerdik itu. Pulau Pinang tergadai kerana Inggeris bersetuju menerima musuh Raja Kedah sebagai musuh Inggeris dan boleh menjaga Kedah dari diserang lanun. Perak tergadai kerana Raja Muda Abdullah terhalang menjadi Sultan. Raja Muda Abdullah bersetuju campur tangan Inggeris kerana membantu raja itu menjadi Sultan. Ketika yang sama dua kongsi gelap di Larut berbalah, Inggeris datang menyelesaikannya. Begitu juga Singapura dijual kepada Sir Stanford Raffles oleh Raja Johor. Yang lain-lain tergadai kerana bersetuju menerima Penasihat British. Itu cara negara tergadai ke tangan penjajah. Tergadai cara itu boleh ditebus dengan perjuangan kemerdekaan. Hong Kong dijajah dan terpaksa dipulangkan apabila penjajah pergi. Demikian juga Macau. Tetapi negara boleh digadai dengan cara-cara lain. Singapura yang sudah diletakkan di bawah kedaulatan Malaysia tergadai kerana kerajaan Malaysia gagal mencari jalan mengatasi masalah perkauman antara Melayu dan Cina yang dimainkan oleh pimpinan Singapura. Dengan memisahkan Singapura meredakan api perkauman seketika, tetapi perkauman berterusan juga. Bila perkauman hendak selesai tidak diketahui. Tidak mustahil, ingatan supaya jangan gadai negara yang dibahas ini pun ada dorongan imbasan perkauman. Akibat bumi tergadai kepada penjajah, Singapura dan Pulau Pinang tidak lagi menjadi tempat selesa bagi bumiputera. Ia bertukar menjadi tempat selesa bagi orang Malaysia pula. Langkawi adalah perkampungan semasa negara merdeka tahun 1957. Ia tidak tergadai seperti Singapura dan Pulau Pinang. Tetapi hari ini sudah dibuka sebagai bandar. Bumi Langkawi masih dalam kedaulatan Malaysia. Tetapi siapakah yang menguasai ekonomi Langkawi? Pemodal dalam negerikah atau pemodal asing? Orang asal Langkawi ramai keluar ke tanah besar. Kedaulatannya kekal tetapi tanah telah tergadai kepada tuan lain. Negara bukan saja boleh digadai secara terjajah, tetapi negara juga tergadai melalui pentadbiran yang tidak berhemat. Misalnya berniaga mata wang oleh Bank Negara dalam tahun 80an. Banyak tulisan menegur perniagaan mata wang oleh bank pusat. Malaysia tidak ada pakar perniagaan mata wang. Tetapi Bank Negara dipaksa berniaga mata wang. Akhirnya Bank Negara rugi atas kertas berbilion ringgit. Itu mengadaikan negaralah. Bumi tidak luak, tetapi negara hancur. Tidak siapa bertanggungjawab atas kecurangan itu. Zaman raja-raja dulu, yang diterima Penasihat British. Akibatnya negara tergadai. Zaman merdeka, yang datang dan diterima Penasihat Kewangan pula orang Amerika. Akibat menerima Penasihat Perdagangan Mata Wang, Bank Negara dapat kerugian atas kertas berbilion ringgit. Belum diketahui apa untungnya dengan Penasihat Kewangan dari orang asing? Rasuah adalah satu cara negara mudah digadai. Rasuah adalah penyakit besar yang berkembang dalam negara. Susah hendak mencari orang bersih dari rasuah di kalangan menteri-menteri, orang-orang politik dan pegawai-pegawai. BPR diwujudkan layak menangani rasuah ikan bilis. Rasuah ikan jerung hanya masuk pukat kalau bermasalah dengan orang besar. Dalam zaman globalisasi ini paling mudah menggadai negara ialah melalui berkongsi kuasa. Dulu orang berkongsi kuasa sesama rakyat berbagai parti dan berbagai kaum. Sekarang orang berkongsi kuasa dengan kuasa besar. Afghanistan dan Iraq berkongsi kuasa dengan Amerika sekarang. Dan tidak mustahil perkongsian kuasa menjadi ciri-ciri penggadaian negara selepas ini. Yang mudah menggadai negara dalam sepanjang sejarah ada pemimpin rasuah dan tidak berpegang teguh kepada ajaran agama.
Diterbitkan oleh : |