SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Perjuangan masih diteruskan – Lutfi
Oleh Suria Janib KUALA LUMPUR: Pengarang dan penulis politik Ahmad Lutfi Othman yang terpaksa berehat panjang daripada penyakit misteri sejak setahun lalu kini beransur pulih dan menunjukkan perkembangan yang memuaskan. “Segala aktiviti menulis saya terbantut sama ada pengeluaran VCD, surat khabar dan majalah. Saya hampir kehilangan segala maklumat tentang dunia semasa,” katanya ketika dihubungi siasahonline. Beliau yang berasa agak selesa bergerak ke sana ke mari tanpa bantuan tongkat akan meneruskan usaha menyambung penerbitan akhbar Cabaran yang masih mempunyai tempoh Permit Penerbitan Kementerian Dalam Negeri pada Mac 2004. “Saya bersyukur hasil penjualan VCD siri satu dan dua mencatatkan jualan yang memuaskan dan dapat menampung perbelanjaan harian saya selama ini,” katanya yang baru menyambut cahaya mata yang kelima. Menurut Lutfi, VCD yang memuatkan pembongkaran rasuah MB Selangor mendapat sambutan hangat terutama di tempat ceramah dan sokongan padu daripada parti (Barisan Alternatif). “VCD saya juga menjadi mangsa cetak rompak tapi saya tak kisah, yang penting segala maklumat tersebar luas. “Cukuplah asalkan balik modal. Lagi pun saya tak buat VCD komersial, sekadar mendedahkan segala penyelewengan,” jelasnya. Katanya kos menerbitkan VCD terlalu tinggi termasuk menyewa kamera, ke tempat-tempat yang berkaitan dengan isu yang didakwa dan isu yang dibongkar perlu mempunyai kekuatan dan kemampuan fakta. “Saya sudah melaksanakan tanggungjawab saya, terpulang kepada Badan Pencegah Siasah (BPR) untuk melakukan siasatan,” katanya. Bagaimanapun, sehingga kini beliau hanya menumpu kepada penerbitan secara kecil-kecilan kerana modal dan sumber pendapatan terlalu terhad.
Diterbitkan oleh : |