Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

KEJAYAAN KRISTIANISASI DI ALGERIA

Fudail (22 tahun) yg berasal drpd perkampungan Bijayah di Algeria , merupakan salah seorang drpd 6,000 penduduk Algeria yg mampu dikristiankan oleh gerakan Kristianisasi sejak bermulanya perang saudara di Algeria yg mula meletus pada awal era 90-an.

Wakil islamonline telah berjumpa dgn fudail yg telah menceritakan kisah hidupnya dan bagaimana dia boleh terpengaruh dgn dakyah Kristianisasi.

Waktu kecilnya , keluarganya telah berpindah ke bandar al-Syalaf disebabkan kesempitan hidup. Sebaik sahaja mereka sampai ke bandar tersebut, tragedi berdarah telah bermula disitu pada awal 90-an, apabila meletusnya pertempuran antara tentera Algeria dan FIS selepas pilihanraya yg telah dimenangi oleh FIS dibatalkan oleh tentera sekular.

Disana semasa masih kanak-kanak, dia tidur sambil mendengar bunyi letupan dan bangun esok paginya melihat darah mengalir merata-merata di jalan raya. Pada satu hari ketika pulang dari sekolah pada 1993, dia telah melihat satu pemandangan yg mengerikan apabila kali pertama dia melihat darah yg berhamburan terlalu banyak sewaktu dia baru berumur 15 tahun.

Apabila dia bertanya kepada salah seorang yg berada di tempat kejadian siapakah yg melakukannya, orang itu menjawab , mereka melakukannya atas nama islam.

Sejak kejadian itu, timbul keraguan di jiwanya, adakah ini yg dinamakan islam sebenarnya? Dia telah membaca di dalam al-Quran bahawa allah menyuruh muslim mengikut jalan yg lurus, jadi adakah menyembelih orang jalan yg lurus? Dimanakah bantuan yg sepatutnya dihulurkan oleh jutawan islam kepada umat islam Algeria?

Disebabkan keadaan keselamatan dan kesempitan hidup di al-syalaf, bapanya telah mengambil keputusan utk pulang semula ke wilayah Bijayah. Di sana berlaku pelbagai keganasan. Sejak itu, dia telah meninggalkan solat dan melakukan maksiat .

Pada satu hari, seorang kawan rapatnya telah datang kepadanya dan mencadangkan kepadanya agar dia berjaga malam bersama 'bapa-bapa putih' sedangkan pada waktu itu, dia tidak kenal siapa 'bapa-bapa putih'. Maka kawannya memberitahunya bahawa mereka adalah paderi2 yg menjelajah kampung2 dan bandar2 menyebarkan cerita ttg al-masih dan memberikan makanan tanpa balasan.

Selepas bertemu dgn mereka, dia merasakan dia telah menemui satu-satunya sinar harapan di langit Algeria yg gelap gelita. Paderi george (yg dianggap pembimbing rohani olehnya) telah memberitahunya dan meyakinkannya bahawa al-masih sahajalah yg memiliki rahmat dan manusia yg menyembelih manusia adalah mengamalkan ajaran2 islam yg sebenar.

Apabila dia memeluk islam ,bapanya telah mengancamnya agar keluar dr rumah dan abangnya yg sulung pula memukulnya. Pada waktu itu, paderi george telah membantunya mendapatkan visa keluar negara (perancis) supaya beliau dapat mendaftarkan diri di sekolah teologi kristian pada awal 2000, di sana dia mendapati ramai penduduk Algeria yg telah mendahuluinya murtad dan mengamalkan kristian .

Inilah kisah fudail yg hilang identiti sbg seorang muslim antara peperangan dan Kristianisasi.

#berhati2lah melihat masa depan akidah dan identiti kita. Bersyukurlah dgn nikmat Islam dan Iman dan Ihsan dan pertahankanlah sehingga ke titisan zarah darah yg terakhir. Mampukah pihak berkuasa menyelamatkan keadaan?

Abu taufiq
Kaherah, bumi kinanah.
Sumber:islam-online.






______________________
Terbitan : 15 Julai 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com