Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Doa Pagi ISNIN

Dua tiga hari lepas saya balik kampung. Masa dok sembang dengan adik pompuan saya; dia ada bawak satu cerita pasal kisah anak pompuan dia yg masih darjah satu tu.

Sekali tu dlm kelas, cikgu dok ajaq murid-murid suruh sebut perkataan yg mula dengan sebutan2 tertentu. Masa tang sebutan "BE"....(seperti dlm BElon); cikgu mintak murid-murid pakat angkat tangan sapa yg tau mana2 perkataan yg mula dgn sebutan tu.

Lalu, adalah yg angkat tangan sebut BELON, BECA dan sebagainya. Sampai tang budak sorang tu, dia dah terangkat tangan...mungkin nak sebut BELON kot...tapi dah ada orang sebut. Since dia dah angkat tangan, dah semua mata dok tengok kat dia....gelabah la jugak dia sebab tak tau nak sebut apa; last-last dia jawab:

"BENGONG!!....cikgu..."

Riuh rendah budak2 pakat dok gelak kat dia....dengan cikgu-cikgu sekali.

Tak lah salah dia sebut tu, kira okeylah tu; cumanya cerita dia nie mengingatkan saya kepada berita muka depan Utusan Malaysia dua tiga hari lepas, pasal reaksi kerajaan terhadap demo ibubapa berbangsa cina di hadapan Sekolah Men Penang Free School Penang yang membantah tindakan pihak sekolah mengadakan bacaan doa pada perhimpunan di sekolah.

Hat ibubapa cina pi demo tu kira okeylah...sebab depa tu memang bengong tak paham sensitiviti Melayu Pulau Pinang; depa saja ja tu nak jolok sarang tebuan nak tengok masih ada ka lagi saki baki veteran kg Rawa di Pulau Pinang tu...ka, dah habis kena cekup under KMM; saja ja depa nak test the water.

Biaq pi lah ke depa!

Hat yg aku baranya, dengan Kementerian-Kementerian Pendidikan sekali naik bengong; ada ka patut kerajaan Pusat keluarkan arahan supaya semua bacaan doa di sekolah2 seluruh negara, selepas kes demo ibubapa cina tu, hendaklah direview dan ditulis semula supaya ianya dapat diterima oleh semua kaum.

Bengong sungguh aih!

Dah seminggu lebih dah, bukan kata aku, Timbalan Menteri Pendidikan pun dok tertunggu2 jugak bila nak keluar versi baru bacaan doa tu; dalam UM semalam ka kalau tak silap, ada dipetik kenyataan beliau yg menyatakan beliau masih dok tertunggu2 the revised bacaan doa tu.

Ish, lambat sungguh aih!

Wonder sungguh la camna bacaan doa tu bakal berbunyi. Tak boleh imagine aih kalau tiba-tiba depa buat such that sorang wakil (ketua pengawas) keluar kat depan baca doa lebih kurang macam nie bunyinya:

"Dengan nama Allah Tuhan orang-orang Islam, Engkau berkati dan ampunkanlah dosa yang sedang dan bakal kamu lakukan terhadap kesucian agamaMu di pagi yang mulia ini ya Allah!!"

(Murid2 semua kaum kata "AMIN!!")

"Dengan nama Tuhan Yesus Kristus yang mati terpahat di palang salib, engkau bukakanlah hati kami-kami di perhimpunan ini untuk menerima agamamu ya Yesus!!"

(Murid2 semua kaum kata "AMIN!!")

"Dengan nama kitab Monashaster, wahai Dewa-Dewa kami yang berlambak-lambak dok ada merata kepala jalan dan estet-estet; kami mohon pada engkau, di kehidupan yg akan datang, janganlah kalian lahirkan kami dalam kasta SUDRA the untoucable, seperti yang majoriti dok ada bersama-sama kami di perhimpunan pagi ini."

(Murid-murid bukan Hindu yang tak tau pala ekoq apa-apa tu dengan penuh semangat pakat kata "AMIN!!")

"Dengan nama BUDHA, patung suci; kami mohon padamu hai Buddha; apabila tiba masanya kami mengalami TANASUKH kelak, engkau bantulah dan bimbinglah kami mennggamit NIRWANA"

(Murid2 Melayu hat ambik sastera, cukup seronok bila dengar perkataan sanskrit yang pelik2 nie. Lalu dengan penuh semangat depa pun pakat kata "AMIN!!)

Habis dah la...

Tiba-tiba ada pulak sorang murid, anak orang Asli sesat dari Ulu Legong Baling Kedah; dia angkat tangan tanya:

"Sedara....camne pulak Tuhan Aku???"

Dah ketua pengawas tu sendiri tak tau nak baca doa orang Asli, so dia pun mintak budak org asli tu mai depan ambik mike baca sendiri.

Kata budak tu:

"Wahai Tuhan Pokok Tolang; engkau peliharakanlah aku dan keluarga aku, budaya dan agama aku supaya tak jadi cacamerba macam agama dan budaya depa-depa yang dok ada di perhimpunan pagi isnin yang mulia ini!!"

(Murid2 semua kaum kata "AMIN!!")

Sambung dia lagi:

"Wahai Tuhan Pokok Tolang dan Tuhan Pokok Kemboja Penunggu Kuburan.....bila aku mati nanti, janganlah engkau kirim orang nak godam aku dalam kuburan. Jika engkau kirim jugak; maka aku bagi amaran:"

"Kalau dia godam aku belah kiri, aku lompat pi kanan, kalau dia godam belah kanan aku lompat pi kiri. Kalau dia godam belah kiri lagi...aku cabut lari!!!"

Budak-budak pakat gelak kat dia....lepas tu depa-depa yang gelak tu akan ditahan di bawah ISA atas tuduhan di bawah akta hasutan kerana menghina kesucian dan kemurnian agama lain.

Sekian sebuah sketsa masyarakat dari sebuah Theater Swasta bertajuk:

"MALAYSIA BOLEH!!"

-Temingat Di Belantara-






______________________
Terbitan : 16 Julai 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com