Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Mari renung bersama

Assalamualaikum!

Semoga semuanya dirahmati.. Tempoh beberapa hari selepas tertangkapnya Datuk Sri Anwar (DSA), berlaku berbagai kekecohan yang berlaku. Segala fitnah mengfitnah berlaku.

Banyak yang telah di dengar, tentang kisah DSA terpapar di dada akhbar. Saya sungguh hairan di manakah keperibadian seluruh rahyat malaysia dan terutama sekali di manakah keimanan pada setiap orang yang berugama Islam.

Kisah DSA, apa saya dengar amatlah ...amatlah begitu mencurigakan. Saya boleh terima setiap tuduhan lain yang ditujukan kepada DSA tetapi tidak bagi tuduhan meliwat yang dilemparkan. Saya tak ternampak di air muka DSA akan melakukan perkara2 tersebut. Tetapi..wallahualam..Allah yang mengetahui.

Namun Setiap tuduhan yang dilemparkan teramatlah berat sebelah, dan tiada wujud keadilan. Kalau benar itu semua terjadi, segeralah DSA dibicarakan. Dan kita cuba lihat di pihak yang mana salah dan yang benar. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa baik DSA atau PM walaupun diakui..saya adalah penyokong kuat DSA.

Hati saya tetap gusar, kerana keadilan tidak jua muncul diketika di mahkamah nanti. Kerana banyak perkara yang telah didengar. Setiap procedure tidak mengikut cara yang sepatutnya. Dengan mudah Hakim dan Peguam diubah-ubah. Apakah ini suatu strateji. Di manakah keadilan nak dicari sedangkan di tempat untuk kita diadili pun sudah tidak adil. Semua orang tahu kisah sebenar di mahkamah yang dari kisah Dato Nala, Sukma dan Dr Manawer (lebih kurang). Nulut tempayan boleh ditutup, mulut orang tak leh dipercayai.

Manakala harap kan pagar pagar makan padi. Pihak Polis kita tidak boleh berlaku adil. Bagi saya keadilan bagi peringkat urusan yang berkaitan Polis ini tidak pernah adil dan amanah sejak dulu lagi. Bukan di ketika DSA menerima masalah ini. Banyak orang-orang yang telah terinaya diatas kebijaksanaan polisa menjalankan tugas. Yang betul boleh di salahkan dan yang salah boleh di betulkan. Ini keadilan..!. Jangan persoalkan kata-kata saya ini, bagi pihak polis tepuk dada ..bersuarala mulut..Tak takutkah anda semua akan balasan tuhan, jangan kerana pangkat ugama tergadai..Bila dah nak pencen barula kenal masyarakat barulah kenal sejadah.

Berani kerana benar..Janganlah kamu bangga wahai FRU ingat-ingatlah surah yassin tu...janganlah ketuk orang sembarangan..sampai orang nak sembahyang pun di halang-halang. Waktu khutbah pula yang menjadi wajib telah tidak kedengaran, siapakah yang menjadikan dirinya kafir dengan memadamkan electric diketika khatib membaca khutbah. Arahan siapa yang kamu ikut, tak takut dosa kah kamu yang menghalang beribulah rakyat berugama Islam yang sedang mendengar. Walaupun di dalam khutbah itu menyentuh soal politik, tapi dengarlah dulu..apa yang nak diperkata. Setiap yang dibacakan khatib itu berlandas ugama. MasyaAllah..

Hentikanlah semua..wahai orang yang tertentu..PM, kasihani anak-anak DSA yang telah dibuang sekolah. Tak tahan oleh tekanan disekolah. Bila tidak hadir terus di buang sekolah. Keadilan..keadilan.

Lihatlah..Rusuhan sudah mula berlaku..tadi terdengar letupan berlaku di Daya Bumi. itu baru satu, tak tahulah bagaimana pula hasil ancaman bom itu pula. Kematian sudah hampir empat orang,sedarlah...

Bagi saya, janganla terus menabur fitnah..lihatlah DSA, sokongan bukan bertambah kurang, tetapi malah semakin ramai. Makin memeranjat..di sekitar johor kita, di laporkan Sultan Johor juga turut melancarkan Reformasi. Saya tak pasti. Tapi yang pasti bagi saya...REFORMASIIIIII. Saya juga akan terus berjuang.

Dan bagi PM kita Dr Mahathir, buatlah pada perkiraan yang sepatutnya. Janganlah tersalah jalan, musnah binasa jadinya. Dan janganla memikirkan soal-soal peribadi. Dan lebih gentle jangan jadi seperti orang penakut..berani kerana benar. Tak salah kalau rela letak jawatan, dengan cara ini maka bolehla sesuatu perkara yang berikut boleh dilakukan. Janganla bersikap diktator. Orang semua takut nak buka mulut. Silap cakap ISA...mananya kebebasan bersuara yang dibenarkan. Orang DSA semakin ramai, janganla mengejar bayang-bayang. Kita lihat sapa sapa yang betul dan salah. Tak lari jawatan PM tu kalau benar, akan dipilih balik. Buat apa nak risau. Sedangkan PM Jepun dah berulang-ulang kali letak jawatan. PM kita lain pulak, kalau boleh jadi PM sampai nak .....

Bersediala kamu-kamu menteri yang lain, ikutlah yang benar. Berpendirianla sikit. Harta tak boleh di bawa ke mana. Datuk2 semua dah 3/4 abad. Bawala untuk kita mengenali ALLAH. Berpihakla pada yang benar. Dulu rakyat memilih anda, sekarang balasla kepercayaan rakyat. Kerana takut PM, tak kehilangan sesuatu dari PM tapi anda semua akan kehilangan kami sebagai pengundi untuk selama-lamnya.

Oleh itu adili seberapa segera DSA di mahkamah dengan adil oleh orang-orang yang adil.

Hidup untuk REFORMASI...

dari : tok aki






______________________
Terbitan : 11 Julai 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com