SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun UMNO Pmtg Pauh Yang Kepanasan
UMNO Pmtg Pauh Yang Kepanasan Sedar tak sedar telah setahun lebih penulis tak aktif menulis . Banyak isu-isu besar politik negara yang tak berkesempatan untuk penulis memberikan komen. Bukan penulis merajuk, sebab tiada istilah “merajuk” dalam kamus perjuangan penulis. Cuma bebanan tugas yang menghimpit ruang masa bagi penulis untuk terus memberi sumbangan. Masih ingatkah kita tentang salah laku rasuah yang didedahkan oleh penulis dalam siri pembongkaran penyelewengan rasuah salahlaku Dato’ Hj Adnan Ramli di Pmtg Pauh?.Tahukah tuan-tuan setelah lebih setahun lalu penulis aktif mendedahkan perihal salahlaku Pak Nan yang memegang beberapa jawatan selaku (1) Pengerusi Masjid Jamek Kg.Pelet, (2) Pengerusi Bank Persatuan ( 3) Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan dll jawatan, maka atas kriteria salah laku inilah mungkin ,maka pada tahun ini Dr Helmi Yahya menganugerahkan “Tokoh Maal Hijrah” 1424 kepada Dato’ Adnan @ Mat Isa Ramli. Lawak aih, orang seperti Dato’ Nan atau panggilan manja penduduk sebagai Pak Nan atau Hj Nan yang langsung tak ada asas agama mengaji sekolah setakat LCE ambik kelas malam diberi penganugerahan Tokoh Maal Hijrah. Dah tak ada tokoh lain ka??. Udahlah jadi Pengerusi Khariah Masjid yang tak berani nak jadi imam.Kalau tuan- tuan tengok Pak Nan sembahyang plup-plap, plup- plap 3 mimit selesai dalam dok sembahyang mata melilau rata kira-kira budak Pasti pun kemaih sikit. Ada sekali tu penulis sempat menghadiri sembahyang jenazah di Masjid Kg.Pelet yang Pak Nan jadi pengerusi itu.Sembahyang jenazah dijadualkan pukul 6.ptg masa penulis masuk dalam masjid Pak Nan baru mula sembahyang Asar dalam rakaat pertama , jenazah dah sampai dalam dewan sembahyang masa tu . Tok Siak diluar tak perasan Pak Nan dok tengah sembahyang kat dalam nu, Bila Tok siak tempik masuk !!!..jamaah mula ambik tempat, “Habis, mayat perempuan, tok imam terus takhbir..coih Pak Nan ikut takbir sama ditepi penulis. Aik ! habis dah 4 rakaat sembahyang asar??. Ni bukan lagi express tapi dah sampai tahap terbang ni .. Kita tidak pelik sebenarnya diatas penganugerahan Tokoh Maal Hijrah kepada tokoh haprak seperti Pak Nan sebab memang menjadi dasar parti UMNO yang sekular itu menentang arus agama seperti yang digariskan oleh Dr Yusuf al-Qardawi dalam bukunya “ al-Islam Wa al-‘Ilmaniyah Wajhan Liwajhin” dibawah tajuk Sekular Menentang Agama antara yang digariskan; 1- Sekular mungkin menerima Islam sebagai satu akidah Islam dalam hati individu tetapi tidak menerima hakikat bahawa diantara tuntutan akidah ialah beriltizam dengan hukum Allah dan Rasul 2- Sekular mungkin menerima Islam sebagai ibadat dan upacara tertentu sahaja tetapi amalannya terserah kepada individu terbabit 3- Sekular mungkin menerima Islam sebagai satu adab dan akhlak dalam perkara yang tidak menyentuh aliran masyarakat umum kerana secara terang dan berani menetang syariah yang mengatur hukum kehidupan manusia . 4- Sekular mengambil dari Islam apa yang menepati kehendak nafsunya dan menolak perkara yang bertentangan dengan nafsunya. Setelah kita faham perangai puak-puak ini maka atas tanggungjawab menyedarkan rakyat yang cintakan agama adalah menjadi tugas kita terus mendedahkan segala penyelewengan salahlaku golongan ini dari terus dilacurkan oleh golongan makhluk perosak ini yang begitu ghairah menguasai institusi agama seperti masjid –masjid dan sekolah-sekolah agama khususnya di negeri P.Pinang dan Malaya amnya.Golongan inilah merupakan penjajah terakhir yang perlu sama-sama kita lenyapkan bagi membebaskan serta memerdekakan Malaya tanahair tercinta.
Tok Perang
Diterbitkan oleh : |