Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Berapa kos program ‘Gelombang Biru’ di Kemaman

Berikut adalah soalan-soalan bagi jawab bertulis daripada Ahli-ahli Parlimen Terengganu pada Persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Ke 10 16 hingga 26 Jun 2003

Dato’ Haji Mustafa @ Hassan Ali (Dungun) minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah sekolah dibina di Terengganu dari tahun 2000 dan senaraikan kontraktor dan sekolah-sekolah yang dibina.

Dato’ Haji Mustafa @ Hassan Ali minta Menteri Luar Negeri menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menangani konflik di Acheh dan menyatakan jumlah pelarian Acheh yang berada di Malaysia setakat ini.

Dato’ Mustafa Ali minta Menteri Dalam Negeri apakah sebenarnya peranan polis dan adakah pihak polis bertanggungjawab memberi kerjasama di dalam melaksanakan undang-undang syariah di negeri-negeri.

Dato’ Haji Mustafa @ Hassan Ali minta Menteri kesihatan menyatakan sehingga setakat ini berapakah kes kematian telah berlaku akibat wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) di negara ini dan apakah langkah-langkah yang diambil bagi membendung penularan wabak tersebut.

Dato’ Haji Mustafa @ Hassan Ali minta Menteri Pertahanan menyatakan rasional pembelian pesawat pejuang Sukhoi 30 MKM bernilai RM3.4 bilion dan pihak manakah yang akan diberi tanggungjawab melaksanakan "servicing" ke atas pesawat-pesawat tersebut.

Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Kuala Terengganu) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan rasional Perdana Menteri mengisytiharkan perang terhadap VCD lucah dan judi haram dan apakah bentuk langkah terperinci yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi gejala ini.

Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi minta Menteri kesihatan menyatakan mengapa Amerika Syarikat dan Britain telah mengeluarkan amaran "travel advisory" ke negara ini dan apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi menjamin keselamatan negara.

Dr Syed Azman syed Ahmad Nawawi minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah sebenar peranan Polis Diraja Malaysia dan apakah pihak polis dibenarkan terlibat dalam kegiatan politik secara langsung.

Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi minta Menteri Dalam Negeri menyatakan rasional membenarkan Biro Siasatan Persekutuan Amerika (FBI) membuka pejabat di Kuala Lumpur dan apakah bentuk kerjasama di antara pihak perisikan kita dengan agensi perisikan seperti FBI, CIA dan MOSSAD.

Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh manakah tindakan diambil oleh kerajaan terhadap laporan SUHAKAM dalam menguatkuasakan akta-akta seperti ISA. OSA dan lain-lain serta apakah siasatan telah dibuat terhadap insiden beberapa tahanan ISA yang dibelasah di Kem Kemunting baru-baru ini.

Haji Abdul Rahman Yusof (Kemaman) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa banyak VCD lucah yang melibatkan rakyat Malaysia terutama orang Islam yang dipasarkan kepada orang ramai. Apakah tindaskan yang boleh diambil terhadap pelakon, pengusaha dan pengedar VCD demikian.

Haji Abdul Rahman Yusof minta Perdana Menteri menyatakan bilakah tarikh pilihanraya paling awal dapat diadakan berdasarkan kepada persempadanan semula kawasan pilihan raya baru. Berdasarkan tarikh ini hingga bila pendaftaran pengundi boleh mengundi dalam pilihan raya ini.

Haji Abdul Rahman Yusof minta Perdana Menteri menyatakan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam pembiayaan Program Gelombang Biru di Kemaman, Terengganu pada 16 Mei 2003. Berapa jumlah kos program tersebut yang ditanggung oleh kerajaan dan agensi kerajaan.

Haji Abdul Rahman Yusof minta Menteri Kerja Raya menyatakan kenapa bayaran untuk kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor-kontraktor Jabatan Kerja Raya akhir-akhir ini lewat dibayar. Apa tindakan yang boleh diambil ke atas JKR sekiranya kerja-kerja tertangguh akibat daripada kelewatan pembayaran ini.

Haji Abdul Rahman Yusof minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah faedah yang perlu diselenggarakan setahun oleh kerajaan dan agensi kerajaan baik bagi hutang dalam negeri mahupun luar negara. Setakat mana penyelenggaran hutang-hutang serta faedahnya telah membantu program pembangunan negara.

 






______________________
Terbitan : 28 Julai 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com