SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Respon kepada tulisan I.S.
Saudara I.S., Buat pengetahuan saudara I.S., saya adalah seorang yang cacat penglihatan dan kerap melayari internet terutama sekali laman-laman reformasi untuk mendapatkan maklumat tambahan untuk dinilai dengan pemikiran yang waras supaya terserlah antara kebenaran dan kebatilan. Dalam hal ini, saya bukan membela Tok Aki tetapi falsafah yang saudara cipta itu ibarat meludah ke langit, jatuh ke muka saudara sendiri. Akhir sekali, saya ingin berpesan kepada saudara supaya menggunakan falsafah-falsafah atau pepatah-pepatah yang terkandung dalam kamus turun-temurun kita. Saya tidak akan berkecil hati sekiranya saudara menggunakan perumpamaan iaitu seperti si buta hilang tongkatnya kerana perumpaan tersebut telah termaktub dalam kamus yang saya sebutkan tadi. Saya tidak dapat untuk megulas falsafah saudara kerana ia mengambil masa dan tulisan yang agak panjang. Cukuplah sekadar saudara merenung sendiri apa yang saudara tuliskan itu.
Diterbitkan oleh : |