SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun INSTITUT PEMIKIRAN MAHATHIR!!!!! KERAJAAN SETUJU????Belum pun ia dibawa ke kabinet, surat khabar MINGGUAN MALAYSIA Ahad 22/06/2003 menulis di dalam Muka 2 sebagai “Kerajaan setuju tubuh Institut Pemikiran Dr.Mahathir”. Bila kerajaan setuju?. Yang didengar cuma diusulkan dan dibahaskan di dalam Mesyuarat UMNO(baru) saja!. Namun, seolah-olah Institut Pemikiran Mahathir akan menjadi kenyataan selepas perhimpunan agung 2003 tamat. Jika Rafidah Aziz kata, ia perlu dibuat perbandingan antara Presiden UMNO dulu dan UMNO(baru) sekarang di zaman Mahathir. Logik Rafidah ialah supaya dapatlah dinilai pemikiran Mahathir akan bertambah hebat apabila dibanding demikian. Sebagai tambahan kepada Rafidah, eloklah juga bukan saja dibandingkan dengan presiden umno saja, tetapi dibandingkan juga dengan Kamal Atartuk, Hitler dan sejenis dengannya. Barulah kehebatan Mahathir akan betul-betul tertonjol bukan saja di peringkat UMNO(baru) saja, bahkan ke Peringkat Antarabangsa. Kalau boleh, letaklah Dr.Agus Yussof sebagai Ketua Institut Pemikiran Mahathir itu. Disarankan juga supaya kenapa Mahathir terfikir dalam benak pemikirannya untuk menulis buku Delima Melayu. Elok juga dikaji secara teliti isi kandungan buku itu dan dikaji kenapa Mahathir perlekehkan genetik dan darah melayu dan ia dibicarakan dengan terang di dalam buku itu. Dimasukkan juga di dalam kajian pemikiran Mahathir itu kenapa beliau tidak putus-putus mengatakan orang melayu sebagai bangsa yang lemah, hasad dengki, bodoh, barua, mudah lupa, malas berusaha, mengharapkan tongkat (subsidi) dan banyak lagi. Seolah-olah bangsa melayu ini tidak boleh diharap dan berbalah saja kerjanya!. Harus juga jangan lupa dikaji ialah mengenai sifatnya yang suka memalukan bangsa melayu yang mana sehingga akhirnya boleh menimbulkan rasa rendah diri yang melampau di kalangan bangsa melayu?. Hatta, dalam perhimpunan semalam pun Mahathir masih lagi meletakkan bangsa melayu ini sebagai bangsa yang suka perbalahan dan suka kepada benda yang tak berfaedah!. Tidak keterlaluan pula dicadangkan supaya kajian juga dibuat kenapa Mahathir sanggup melekehkan genetik melayu kemudiannya mengata pula genetik melayu yang ada dalam badannya risesif. Sukalah penulis ingin mengulang-ngulang perkara ini, kerana pada tanggapan penulis, Mahathir terus-terusnya muyskil dan bimbang dengan orang melayu adalah natijah dari persepsinya kepada genetik melayu sejak dari awal-awal lagi. Dari dulu lagi sudah dapat dikesan dan difahami Mahathir sudah lama mengkaji mengenai PEMIKIRAN BANGSA MELAYU. Sebab itulah dia boleh mengutuk, memfitnah, melekehkan genetik dengan segala macam lagi sehingga membaruakan melayu. Namun! Melayu tetap tersengih saja. Hasil kajian Mahathir itu ialah Delima Melayu. Eloklah semua rakyat di Malaysia hari membaca buku tersebut kemudian kajilah pemikiran Mahathir. Mungkin, jika Tengku Abdul Rahman masih hidup, dia akan ketawakan perwakilan UMNO(baru) kerana kerana menyarankan penubuhan Institut Pemikiran Mahathir. Tengku sudah lama mengkaji pemikiran Dr. Mahathir itu. Cuma UMNO(baru) saja yang belum mengkajinya. yangdiBTNkan
Diterbitkan oleh : |