SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
Sumbang Mahram & Rogol Anak Memutus Hubungan Perkahwinan &
Wajib Dibunuh? Disedikan Oleh : Zaharuddin Bin Abd Rahman MA Fiqh & Usul Fiqh Universiti al-Yarmouk, بسم
الله الرحمن
الرحيم Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya yang terpilih, juga
seluruh mukminin & mukminat. Penulisan ini akan memfokuskan persoalan
berikut sahaja: 1. Seorg lelaki/wanita berzina dengan mertuanya, apakah terbatal perkahwinan? 2. Seorg lelaki/wanita berzina dengan anaknya @ merogol anaknya.
Apakah terbatal perkahwinan?. 3. Seorg lelaki/wanita berzina dengan adik /bagi/kakak (seibu
sebapa), apakah hukumnya? 4. Hukuman bunuh bagi pelaku sumbang mahram ? Secara umum, gejala sumbang mahram adalah
suatu penyakit yang amat buruk malah lebih buruk drpada gejala zina biasa. Hukumannya adalah sama
seperti peruntukan hukuman zina, malah boleh ke atas pemerintahan Islam untuk
menjatuhkan tambahan hukuman takzir ke atas si pelaku demi maslahat ‘ammah dan
maksud menghalang gejala ini dari terus menular tanpa kawalan. Dalam menjawab soalan pertama dan kedua,
ulama sebenarnya berbeza pandangan dalam menentukan hukum yang terkesan dari
tindakan sumbang mahram dengan ibu mertua dan anak kandung. Harus diketahui sebagai pendahuluan bagi
menjawab persoalan yang dikemukakan bahawa di dalam Islam, antara sebab wanita
dan lelaki dilarang untuk dikahwini oleh pasangannya adalah kerana ‘Musaharah’ iaitu pengharaman yang wujud hasil daripada perkahwinan. Secara ringkasnya, apabila berlakunya pernikahan, secara automatik
beberapa kumpulan berikut menjadi haram (untuk
dinikahi kerana telah menjadi seperti ahli keluarganya) ke atas pasangan
tersebut, mereka terbahagi kpada 4 kumpulan iaitu: 1) Isteri bapa & suami ibu dan ke atas.
Pengharaman akan jatuh sejurus setelah ‘aqad
pernikahan disahkan. 2) Isteri & suami anak (samada dr lelaki atau wanita) dan ke
bawah spt isteri
cucu lelaki dan perempuan. Pengharaman akan jatuh
sejurus setelah ‘aqad pernikahan disahkan. 3) Usul Isteri dan suami spt ibu, bapa dan neneknya ke atas (samada lelaki atau
wanita). Terlaksana sejurus selepas aqad nikah. 4) Furu’ isteri & suami spt anak isteri (yang bukan anak suami cthnya), cucunya
samada lelaki atau perempaun dan ke bawah. Ini hanya akan terhasil dengan : # Apabila suami telah
bersetubuh dengan ibu kpada anak2 tadi dengan aqad nikah yang sohih. Maka terus thabit pengharaman akibat
persetubuhan tadi. Ia adalah syarat menurut jumhur. Pengharaman nikah diatas terhasil dengan nikah yang shohih, bagimn
pula kira nya hanya dengan penzinaan (sumbang mahram) ?.
Adakah sama dengan pengharaman yang terbentuk hasil
aqad nikah yang shohih seperti di atas? Ulama berbeza pandangan seperti berikut : 1. MAZHAB SYAFI’E DAN
JUMHUR MALIKIAH : Tidak tersabit dengan zina pengharaman ‘musoharah’. (Lihat Rawdah at-Tolibin 7/113 ; Bidayatul Mujtahid 2/21 ) 2. MAZHAB HANAFI,
HANBALI, Imam Sufyan At-Thawry, Imam al-‘Awza’ie, Ibn al-Qasim al-Maliki : Jatuh atau sabit pengharaman dengan zina.
Malah sekiranya ciuman dan lain2 muqaddimah zina juga, sudah
cukup untuk jatuh pengharaman. (Rujuk
Al-Ikhtiyar at-Ta’lil 3/88 ; Kassyaf al-Qina’ 5/72 dan
Bidayah al-Mujtahid. Bagimnpun Ad-Dardir mengatakan yang lebih kuat dalam
mazhab Maliki adalah pandangan kedua ini – rujuk As-Syarh al-Shoghir 2/405) Dalil Mazhab Syafie dan Maliki : a) Diriwayatkan bhw Rasulullah SAW di tanya oleh seorng lelaki
yang telah berzina dengan seorg wanita, kemudiannya ingin berkahwin dengan
ibunya atau anaknya, lalu berkata Nabi : لا
يحرم الحرام
الحلال, إنما
يحرم ما كان
من نكاح ( أبن
ماجه عن إبن
عمر, البيهقي
عن عائشة) Ertinya
: “Perkara yang
haram(zina) tidak akan mengharamkan perkara halal (nikah usul dan furu’)
sesungguhnya ia menjadi haram hanya dg nikah (shohih)” (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi, as-Suyuti mengatakan hadith ini lemah) b) Hadith
: الزاني
المجلود لا
ينكح إلا مثله Ertinya : “Penzina lelaki yang
direjam tidak bernikah kecuali wanita sepertinya” ( Riwayat Ahmad & Abu
Daud, berkata Ibn Hajar, perawinya dipercayai) Nabi telah membacakan kpada seorg lelaki yang ingin mengahwini
seorg perempuan zina dengan mengatakan firman Allah : الزانية لا
ينكحها إلا
زان أو مشرك Ertinya: “Penzina wanita tidak harus berkahwin
dengannya kecuali penzina lelaki atau kafir musyrik” Melalui dalil ini, tidak
diiktiraf nikah penzina dan seluruh hukum yang terhasil drpada persetubuhan haram(zina). Lalu tiada terhasil
pengharaman musoharah dengan sebabnya. c) Dalil aqli
, iaitu pengharaman secara ‘musoharah’ adalah suatu ni’mat, kerana ia menjadikan
org yang dahulunya asing sbagi keluarga. Manakala zina adalah
haram dan buruk, maka tidak sah menjadikan perkara haram untuk mencapai
kebaikan. Sabda Nabi SAW : المصاهرة
لحمة كلحمة
النسب Ertinya
: “Musoharah satu hubungan
darah sbagimn hubungan darah dengan keturunan” ( riwayat Ahmad, at-Tobrani,
berkata al-Hafiz Nuruddin al-Haithami, perawi dari Ahamd dipercayai) Lalu mana mungkin untuk mengiktiraf hasil
zina dengan mengiktiraf kewujudan hubungan keluarga melalui musoharah. (Lihat
Nizam al-Usrah Fil Islam, Dr Muhd Uqlah, cet Maktabah
ar-Risalah al-Hadithah, 1/282) Justeru dari hujah ini mazhab pertama ini, beerti, lelaki yang
berzina (sumbang mahram) dengan ibu mertuanya, maka TIDAKLAH jatuh hukum haram
NIKAH DENGAN ISTERINYA, Menurut Mazhab Syafie dan Maliki, sumbang
mahram dengan ibu mertua dan anak kandung tidak memberi apa2 kesan terhdp
hubungan pernikahan suami isteri serta tidaklah terfasakh perkahwinan mereka. Dalil Mazhab Hanafi dan Hanbali
a) Di riwayatkan bhw seorg
lelaki berkata : Wahai Rasulullah : sesungguhnya aku
telah berzina dengan seorg wanita di zaman Jahiliyahku, apakah aku boleh
bernikah dengan anak perempuannya? Maka berkata Nabi : لا أرى
ذلك, ولا يصح
أن تنكح أمرأة
تطّلع من
إبنتها على ما
تطّلع عليه
منها ( فتح
القدير لابن
همام) Ertinya
“Aku tidak melihat demikian boleh, tidak
sah untuk engkau berkahwin dengan wanita yang telah engkau setubuhi anaknya ..” (Disebut oleh Kamal Ibn Hummam al-Hanafi dalam
kitabnya Fath al-Qadir, bagimnpun hadith ini mursal dan munqati’ katanya –
Naqal drpada Al-Fiqh al-Islami, Dr Wahbah , ms 6631) Memang hadith ini tidak menyebut perkataan
terputus hubungan secara ‘perkataan’ (zahir Nas) tapi dalam
kaedah memahami hukum dalam Ilmu Usul Fiqh, kefahaman ini disebut (Isyarat
an-Nas) iaitu ia termasuk dalam pengertian zahir nas. (Rujuk kitab Usul Fiqh Islami,
Dr Wahabh Zuhayli, jld 1, ms 350, cet Dar al-Fikr ; juga lihat Al-Manahij al-Usuliyyah fi al-ijtihad bi
al-Rakyi, Dr Fathi Ad-Durayni, ms 229 cet muassash ar-Risalah) Apabila
zahir dari nas menyebut “ TIDAK SAH UNTUK ENGKAU
KAHWINI” maka ia mengharamkan mana2 lelaki yang telah bersetubuh dengan wanita
A untuk mengahwini ibu kpada wanita tersebut. Secara isyarat an-Nas 2 hukum
dapat dikeluarkan dari Nas dalil ini iaitu : 1.
Sebarang persetubuhan samada
daripada aqad yang halal (nikah shohih) atau yang haram (zina) menyebabkan
jatuhnya hukum haram secara ‘musoharah’ atau haram kahwin seluruh usul dan
furu’ wanita A tadi. 2.
Sebarang pernikahan yang ada
sebelum persetubuhan akan terputus ( tertalak atau
terfasakh atau terputus ) secara automatik. Kerana bila Nabi mengharamkan
nikah, sudahtentulah semua nikah yang ada sebelum itu (kiranya ada) juga akan rosak, lalu kerana itulah ia terfasakh atau tertalak
dalam ertilkata terputus hubungan perkahwinannya. Bagaimana kaitan
hadith tadi dengan fasakh nikah? Demikianlah
satu bantahan dari seorang pembaca kepada saya, lalu jawapannya
:- Kaitannya terletak pada ‘persetubuhan’
haram itu. Bila setubuh, maka seluruh
furu’ dan usul kpada bapa mertua tadi haram berkahwin dengan wanita A (salah
seorg furu’ bapa mertuanya adalah suaminya). Bila
haram kahwin, maka hubungan kahwin yang telah sedia ada, adalah tidak sah dari
hukum syara’ (persetubuhan slps itu dikira zina!), lalu kerana itu ianya
ter’fasakh’ atau ter’talaq’ (bermakna terpisah). Bagi
memahami perkara ini dengan berkesan, anda perlu mempelajari salah satu tajuk
dalam ilmu usul Fiqh iaitu (Dalalah an-Nas fil
ahkam) iaitu kaedah memahami maksud daripada dalil2 Quran dan Hadith. Iaitu
bab Dalil yang terang dan dalil yang tidak kelihatan
dengan jelas. Bagaimanapun, perkara ini tidak mudah difahami oleh org awam,
sbagimn hal teknikal kejuruteraan, kedoktoran, ekonomi dll yang hanya mampu
difahami orang khusus dalam bidang itu dan sukar ke atas yang lainnya. Demikian juga halnya ilmu Islam. Tidak
semua mampu memberi fatwa. Tidak semua kaedah juga boleh penulis
terangkan dengan mudah kpada awam, kerana itulah kursus Bachelor mengambil 3-5
tahun, Sarjana 2,3,4 tahun, Phd 2 –3
tahun. Kerana semua ilmu perlu mempunyai asas, jadi penulis tidak hairan
kiranya masih terdapat individu yang gagal memahaminya kerana ia memerlukan asas Fiqh dan Usul Fiqh. b) Firman Allah : لا تنكحوا
ما نكح آباؤكم
من النساء.. Mafhum :
“Jgn Kamu bernikah dengan sesiapa yang telah dinikahi oleh bapa2 kamu dari
kalangan wanita..” Lafaz nikah dipakai untuk aqad nikah dan juga persetubuhan
(termasuk zina).
Iaitu mana-mana perempuan yang telah disetubuhi samada dengan
jln halal atau haram, tidak boleh kamu kahwini anak-anaknya dan ibu-ibunya. Justeru,
zahir dari mazhab kedua ini adalah, apabila berlaku sumbang mahram oleh lelaki
dengan ibu mertuanya atau anaknya (begitu juga perempuan, dengan bapa mertua
dan anak lelakinya) jatuhlah hukum haram nikah akibat ‘musoharah’ dengan zina,
LALU DENGAN SEBAB ITU TERFASAKHLAH NIKAH ANTARANYA DENGAN ISTERI ATAU SUAMINYA
SECARA SYAR’IE. Pandangan
Yang Lebih Kuat
Manakala, diteliti dari sudut kekeuatan dalil, kelihatan dalil mazhab pertama adalah lebih
kukuh, bagimnpun jika dilihat kpada maslahat dan keperluan masyarakat di
Malaysia hari ini, dengan perkembangan pesat gejala amat mungkar sumbang
mahram, maka tersangat eloklah kiranya
pandangan mazhab kedua di dahulukan, agar ia mampu menjadi penghalang
gejala ini dari terus subur di bawah pemerintah Dr. Mahathir. Ia juga dapat meningkatkan kesedaran ramai. Justeru pandangan Dr. Mashitah dalam hal ini bertepatan dengan
tarjihan kami. Bagaimanapun ia masalah yang
diikhtilafkan di kalangan fuqaha’ dan bukannya masalah qat’ieyyah. Justeru, hukuman yang terpakai adalah hukuman yang diwartakan oleh
kerajaan. Teapai dalam hal kerajaan tidak mengamalkan
hukuman Islam, hal ini menjadi sukar. HUKUMAN BUNUH
BAGI PELAKU SUMBANG MAHRAM DIIKTIRAF ISLAM?
Berikut perbincangan fuqaha’ tentang zina atau nikah
sesama mahram (Lihat Ma’alim As-Sunan,
Imam Al-Khattabi, Dar kutub ilmiah , 1996 , juz 3 , ms 284 ):
Sekiranya pelaku tahu
pengharamnya, wajib dilaksanakan hudud ke atasnya
Tidak dikenakan Hudud,
tetapi dikenakan hukuman terkeras dalam peruntukan Takzir ,
dan boleh mencapai tahap bunuh menurut mazhab Hanafi.
Pelaku mesti dibunuh dan
dirampas hartanya Pendapat yang lebih kuat adalah pendapat pertama
dari majority mazhab iaitu yang pertama . Dalil terhadap hukum ini adalah :- Dinaqalkan bahawa Imam Ahmad
Bin Hanbal dan Imam Ishak Rahawaih rh mengatakan wajib dibunuh si pelaku samada
Muhson (telah berkahwin) ataupun tidak. Iaitu apabila si pelaku
melakukan zina dengan ibunya. Ini berdasarkan hadith : a) Dari
Yazid Bin al-Barra’ dari bapanya berkata : “Rasulullah
telah mengutuskan aku kepada seorang lelaki yang berzina dengan ibunya, lalu
(Nabi ) mengarahku agar memancung kepalanya dan merampas hartanya “ (
Riwayat Abu Daud dan At-Tirmdizi , ia berkata Hadith ini Hasan Gharib, Albani
mengatakan ianya shohih) b) Dari
Ibnu ‘Abbas ra “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda :
“ Sesiapa yang berzina dengan mahramnya,
bunuhlah ia” ( Ibnu Majah) Berkata Syeikh Abd Rahman Al-Jazairi (meninggal
1941) dalam kitabnya Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah : arahan bunuh kerana
ia seolah menghalalkan perkara yang diharamkan Allah SWT , maka si pelaku jatuh
Murtad dan halal membunuhnya, hartanya pula dibagikan ke Bait al-Mal c) Dari
Mu’awiyyah bin Qurrah dari bapanya bahawa Nabi SAW mengutuskan datuk Mu’awiyah
kepada seorang lelaki yang berzina dengan isteri anaknya (menantunya) agar
dipenggal lehernya dan dibahagikan hartanya. d) Dari
al-Barra Bin ‘azib “……… dikeluarkan
seorang lelaki dari rumahnya maka dipenggal lehernya ,
maka aku bertanya sebabnya , mereka berkata , dia telah berzina dengan ibunya”
(Abu Daud, Al-Albani menyatakan ianya shohih) Dalil ini bukti bahawa si pelaku menghalalkan yang
haram lalu ia murtad dengan sebabnya dan apabila ia
tahu hukum haramnya ini wajib dilaksanakan hukuman hudud kepadanya. Bgmnpun Imam Al-Khattabi (w 388 H) menyatakan
takwilan murtad ini adalah tidak tepat, dan sebenarnya Nabi SAW mengarahkan
bunuh bagi penzina kerana ia telah melanggari
pengharaman pada ibunya. (
Lihat Ma’alim as-Sunan, Juz 3,
ms 284 ) Menurut kitab Al-Fiqh Ala mazahib al-Arba’ah, telah
Ijma’ para ulama’ bahawa sesiapa yang berzina dengan mana-mana mahramnya yang
diharamkan Allah secara ‘muabbad’ (kekal
selama-lamanya). Mereka dibunuh kerana telah melakukan
perkara yang bersalahan dengan fitrah manusia dan menjatuhkannya ke martabat
binatang, maka bunuh satu-satunya jalan menghentikannya. BEBERAPA
PERSOALAN DARI PEMBACA
Persoalan : Talaq yang dimaksudkan termasuk dalam kelas
talaq apa?? Ini
sebenarnya adalah
‘fasakh’. Justeru,ia bukankan talaq tetapi ‘terbatal’ atau
‘terfasakh’ aqad nikah di antara keduanya. Fasakh dalam
hubungan nikah kahwin bermaksud: Terputus aqad perkahwinan di antara
pasangan samada dengan redha mahupun tanpa redha dari kedua pasangan. Ia dtg
dengan sebab2 yang mendesak. Ia bukan datang dr lafaz suami (talaq biasa) dan
bukan juga dari permintaan isteri (spt tebus talaq). Tetapi ia dtg secara wajib
dari syara’, atau dengan perintah qadhi. Fasakh
mempunyai banyak cabangan dan jenisnya. Antara bentuknya ( rujuk al-Fiqh
al-Islami wa adillatuhu, jld 9 hlm 6872, Cet ke 4, Dar al-Fikr ): 1.
Fasakh
yang dtgnya dari penilaian Qadhi. a.
Akibat tiada keserasian antara pasangan. Lalu
Qadhi menjatuhkan fasakh (memisahkan pasangan). b.
Akibat mahar yang diberikan kurang drpada
‘mahar misl’. Ada beberapa yang lain, tetapi cukuplah 2
ini bagi memberikan gambaran kpada tuan2. 2.
Fasakh
yang dtg tidak di atas penilaian qadhi bahkan secara syara’ terputus dengan
sendiri. a.
Kerana aqad yang rosak, seperti berkahwin
tanpa saksi atau berkahwin dengan adik kandung. b.
Kerana salah seorg pasangan disedari
berkahwin dengan furu’ atau usul pasangannya. ( Inilah kes sumbang mahram dan
bapa rogol anak dan yang seumapamanya, yang menjadi isu kita) c.
Kerana salah seorg pasangan murtad
(keluar dari Islam). Persoalan: Seorg lelaki
berzina dengan adik atau kakaknya (seibu sebapa) atau kakak dengan adik dsbagi,
@ iparnya apakah hukumnya? Majoriti Ulama kecuali Hanafi
menyatakan bahwa si pelaku wajib dilaksanakan hukuman Hudud dan semua mazhab
empat termasuk Hanafi telah ijma’ menyatakan pelaku zina dengan mahram dalam
semua peringkat wajib DIBUNUH kiranya ia melakukannya dengan mengetahui perihal
haramnya. Ia berdasarkan hadith2 shohih. KESIMPULAN JWP TERHDP
SOALAN DAN HUKUMAN BERKAITAN : 1. Seorg berzina dengan
mertuanya samada lelaki atau wanita, apakah terbatal perkahwinan dengan
isterinya/ suaminya? = Ya , terbatal (terfasakh)
perkahwinan secara automatik. Iaitu dengan sebab musoharah dengan zina. 2. Seorg lelaki berzina
dengan anaknya (demikian juga halnya rogol). Apakah terbatal perkahwinan dengan
isterinya. = Ya, sbagimn di atas 3. Adakah hukum ‘iddah,
dalam hal ini dan adakah pasangan boleh
mewarisi harta antara satu sama lain sekiranya berlaku kematian. = Tiada ‘iddah, dan tidak
ada sebrg perwarisan, kerana secara automatik wanita tersebut menjadi wanita
ajnabi (asing) dalam hukum syara’. 4. Adakah boleh dijatuhkan
talaq sesudah berlaku penzinaan itu? = Tidak boleh, kerana tiada
sbrg iktan hubungan suami isteri lagi. dan mereka telah tertalaq@terfasakh secara automatik. 5. Perlu diketahui
pemutusan hubungan ini adalah untuk selama-lamanya.? = Pengharaman kahwin yang
terbentuk drpada zina ini adalah pengharaman selama-lamanya tanpa boleh
dihilangkan. Justeru, dengan zina atau nikah shohih terhdp mana-mana wanita
atau lelaki, menyebabkan haramnya hubungan nikah dengan usul dan furu’ wanita
dan lelaki tersebut selama-lamanya. 6. Apakah lagi yang akan
terjadi dengan perzinaan ini selain tertalaq secara automatik? = Individu yang telah
berkahwin (lelaki atau perempuan) yang berzina akan dijatuhkan hukuman rejam
sampai mati dengan ijma’ ulama’ dan para sahabat berdasarkan dalil yang sabit
dari Hadith. Manakala , bagi yang belum berkahwin, sebatan 100 kali. Dengan
hukuman ini, maka terlepaslah mereka yang terlibat dr azab Allah di akhirat
kelak, insyaAllah, tanpanya eloklah pelaku bertawbat sehabis-habis tawbat, dan
berserah kepada Allah. Sebrg hukuman ciptaan kerajaan Malaysia tidak akan
melepaskan pelaku dari hukuman Allah. Hukuman di atas adalah bagi
lelaki atau wanita yang berzina dengan anak kandungnya, serta wanita atau
lelaki berzina dengan mertua mereka sahaja. Manakala hukuman umum bagi semua
jenis sumbang mahram adalah di nombor 7
. 7.
Adakah sipelaku dihukum bunuh ? Majoriti Ulama kecuali
Hanafi menyatakan bahwa si pelaku wajib dilaksanakan hukuman Hudud dan semua
mazhab empat termasuk Hanafi telah ijma’ menyatakan pelaku zina dengan mahram
dalam semua peringkat wajib DIBUNUH kiranya ia melakukannya dengan mengetahui
perihal haramnya. Ia berdasarkan hadith2 shohih. Demikianlah
beberapa untaian jawapan bagi persoalan yang ditujukan, artikel ini terbuka
kepada sebarang pembetulan, kritikan dan pertanyaan kiranya diperlukan. Apa
yang benar datangnya dari Allah SWT dan apa yang tersilap dari kelemahan diri
dan gangguan syaitan. Irbid, 12
Jamadil Akhir 1423 H ( 21 Ogos 2002 ) Edited
& Tambahan : Irbid 1 July 2003
Diterbitkan oleh : |