SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Jawapan pada persoalan whey susu formulaAssalamualaikum moderator Tranung kite yang budiman, Saya terpanggil untuk menulis surat ini adalah untuk menjawab persoalan artikel ‘Whey disumbat masuk dalam perut bayi’ yang di tulis oleh saudara Yusri. Ini kerana fakta yang di kemukakan oleh saudara Yusri kabur dan mungkin boleh memberi gambaran yang salah bagi pembaca Tranungkite yang nyata menjadi medan rujukan rakyat yang dahagakan kebenaran. Saya menyangkal kebanyakan kenyataan Sdr Yusri kerana fakta yang di beri tidak berasas dan tidak melalu kajian dan pandangan secara ilmiah. Diharapkan ahli pemakanan/Nutrition Islam lain dapat memberi pandangan tambahan tentang halal haram nya susu formula makanan alternatif bayi. Protein Whey adalah protein susu yang berkhasiat dan berkualiti tinggi. Susu mengandungi casein dan whey protein. Misalnya untuk menghasilkan keju(cheese) cecair whey diasingkan dari 'curd' atau casein. Seterusnya protein whey diambil dari whey cecair untuk menghasilkan pelbagai protein whey pekat atau powder. Composisi protein whey penting untuk tumbesaran bayi kerana mengandugi nutrition2 berikut Beta-lactoglobin, Glycomacropeptide(GMP), Alpha-lactalbumin, Lactoferrin, Immunoglobulins, lactoperoxidase, Bovine Serum Albumin (BSA), Lysozyme dll. Whey protein dalam susu formula adalah ‘hydrolyzed whey protein’ dimana proses ini memecahkan rantai protein kepada sekmen yang kecil yang dipanggil peptides. Hydrolyzed whey protein adalah lebih mudah dihadam berbanding ‘non-hydrolyzed whey protein’ dan mengurangkan risiko alergi. Atas sebab mudah hadam dan risiko allergy lah protein whey jenis ini di gunakan untuk menghasilkan susu formula bayi. Adakah whey halal dan sesuai untuk diet vegetarian? InsyaAllah whey adalah halal bergantung pada proses penghasilannya. Satu2nya sumber protein whey adalah susu bukan ‘animal flesh’, cuma halal atau haramnya whey itu bergantung pada renet yang di gunakan dalam proses pengasingan whey. Untuk pengetahuan pembaca terutaman sdr Yusri dan puan ‘N9’ renet datang dari dua punca, bukan hanya dari haiwan sahaja. Animal renet (kebanyakan dari barat adalah haram) diperolehi dari kulit ke 4 perut lembu muda. Manakala Vegetarian renet (InsyaAllah adalah halal) adalah dari ‘fungal’ atau bacterial sources. Dengan adanya teknologi maju kejuteraan genetik kini renet boleh dihasilkan mengunakan chymosin melalui ‘genetically altered micro-organisms’. Dahulu secara traditional, fig leaves (daun buah tin), melon, wild thistle dan sejenis bunga ‘safflower’ adalah sumber untuk mendapatkan renet dalam pembuatan sewaktu pengasingan protein whey dan ‘curd’. Namun kini kebanyakan vegetarian renet yang di gunakan untuk menghasilkan keju secara besar-besaran, adalah renet yang dihasilkan dari fragmentasi Mucor miehei, atau bakteria Bacillus subtilis or Bacillus prodigiosum. Dengan adanya teknologi maju kejuruteraan genetik, kini renet bukan haiwan (non-animal renet) menggunakan ‘chymosin' yang dihasilkan secara genetically engineered micro-organisms, iaitu struktur kimia nya sama denga renet yang didapati dari perut lembu. Diharapkan dengan penjelasan yang saya berikan berkenaan whey yang wujud dalam susu formula atau keju dapat menjawab persoalan sdr/sdri adakah whey itu seratus peratus haram atau tidak. Di negara barat, kebanyakan produk yang mengandungi whey akan di catat ‘vegetarian whey’ atau tidak. Ibu ibu boleh merujuk pada senarai kandungan pada susu formula tersebut atau berhubung terus pada pengilang. Apapun ‘Vegetarian whey’ lebih banyak didapati memandangkan ia adalah pilihan utama kebanyakan pengilang (manufacturer) susu formula ataupun keju kerana ia lebih murah dan mudah di hasilkan mengunakan teknologi kejuruteraan genetik berbanding mengunakan renet perut lembu yang sangat terhad untuk pengilangan secara besar-besaran. Apapun saya menyaran kan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Namun ada sebahagian dari bayi yang lahir mempunyai masalah kesihatan seperti lactose intolerant atau alergi sebagainya terhadap komposisi susu ibunya. Menyebab ibu disyorkan menghentikan susuan ibu dan mengantikan kepada susu formula yang lebih sesuai bagi bayinya. Malahan, ada sesetengah ibu tidak mampu untuk menyusu sendiri atas sebab-sebab kesihatan terpaksa menggantikan dengan susu formula. Begitu juga, sekiranya ibu yang hamil semula sedangkan bayi nya masih kecil disaran untuk menghentikan susuan ibu kerana kandungan nutrition susunya tidak mencukupi bagi bayinya pada bulan ketiga kandungan kerana tubuhnya sukar menghasilkan susu yang cukup kerana berkerja keras pula untuk tumbesaran fetus dalam kandungannya. Dari Seerah kita belajar zaman Rasulullah, orang Arab menghantar bayi2 mereka kepada ibu2 susuan. Memandangan zaman sekarang kesukaran mendapat ibu susuan mungkin disebabkan budaya dan sebagainya, ibu-ibu ini mengambil langkah untuk menggunakan susu formula. Menjawab persoalan Sdr Yusri kenapa tidak menggunakan susu segar, untuk pengetahuan tuan, susu segar tidak sesuai bagi bayi sehingga mereka setahun kerana komposisi susu tersebut. Tidak di nafikan kita boleh mencuba memberi susu segar pada bayi bawah 1 tahun, namun risiko adalah sangat tinggi dari segi bakteria (walau disterilkan secara didihan dll) dan komposisinya kepada bayi bawah 4 bulan, perlu di ingat susu didihan amatlah tidak sesuai untuk bayi kerana suhu mengubah struktur protein susu. Sekian, moga ini dapat membantu. Wassalam
Diterbitkan oleh : |