SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Kenyataan Akhbar Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) / 20 Ogos 2003[This statement is in Bahasa Malaysia and English] Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) mengecam sekeras-kerasnya tindakan polis Malaysia menahan lebih 200 orang pelarian, kebanyakannya pelarian dari Aceh, ketika mereka sedang mendaftarkan diri sebagai pelarian yang sah di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) pada 19 Ogos 2003. Penahanan para pelarian ini termasuk 14 orang wanita dan 2 orang kanak-kanak -- bukan sahaja melanggar prinsip-prinsip kemanusiaan sejagat, tetapi juga merupakan suatu penodaan terhadap lunas undang-undang antarabangsa berkenaan hak-hak pelarian. Pelarian daripada Aceh kebanyakannya merupakan rakyat biasa yang terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka kerana peperangan yang sedang berlangsung di Aceh antara Tentera Nasional Indonesia dan Gerakan Aceh Merdeka. Kebanyakan mangsa peperangan ini adalah orang awam yang tidak berdosa dan tidak terlibat secara aktif dalam konflik itu. Mereka datang ke Malaysia kerana keadaan di tempat mereka sendiri amat berbahaya dan menggugat nyawa mereka. Kebanyakannya mendaftarkan diri dengan UNHCR supaya mereka dapat diberi perlindungan di bawah Konvensyen PBB Tentang Status Pelarian 1951. Keadilan menyeru agar kerajaan Malaysia menghormati prinsip-prinsip yang termaktub di bawah Konvensyen tersebut, walaupun Malaysia merupakan sebilangan kecil negara di dunia yang masih belum menandatanganinya. Selain itu, Keadilan juga menyeru agar kerajaan Malaysia membebaskan para pelarian Aceh dan membenarkan mereka meneruskan proses pendaftaran dengan UNHCR. Adalah tidak wajar kerajaan dan pihak polis Malaysia menganggap pelarian perang ini sebagai ‘pendatang haram’ kerana tujuan mereka ke sini bukanlah untuk mencari pekerjaan, tetapi untuk keselamatan nyawa mereka. Jika mereka ditahan di bawah Akta Imigresen, Keadilan khuatir para pelarian Aceh ini akan dihantar pulang (deported). Selagi keadaan di Aceh belum aman, kami menganggap kerajaan Malaysia tidak berperi-kemanusiaan jika mengambil tindakan menghantar para pelarian perang ini pulang ke Aceh. Layanan yang diberikan oleh Malaysia kepada para pelarian yang sah ini adalah amat memalukan, memandangkan sebilangan besar para pelarian Aceh yang mendaftar dengan UNHCR telah diberi perlindungan di negara-negara ketiga seperti Amerika Syarikat, Kanada, Norway, Sweden dan Denmark. Kami menggesa agar Malaysia memperlihatkan sikap dan nilai kemanusiaan yang biasanya diperlihatkan oleh negara-negara bertamaddun terhadap para pelarian yang bernasib malang ini.
Rustam A. Sani
Diterbitkan oleh : |