SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Teksi UMNO dan UiTM....Di Shah Alam, terdapat teksi yang dikenali sebagai Teksi Kenari atau nama "glamernya" Teksi UMNO. Ia digelar begitu kerana terdapat imej keris serta bendera merah putih di badannya yang seakan-akan lambang UMNO. Mengikut maklumat yang saya perolehi dari seorang pemandu teksi tersebut, keUMNOan teksi Kenari adalah lebih dari itu. Menurutnya, untuk mendapat permit teksi Kenari, seseorang itu haruslah merupakan ahli UMNO dan mestilah menunjukkan nombor keahlian UMNO dan syarat ini diberi oleh Datuk Nazri Aziz sendiri selaku menteri yang bertanggungjawab. Selain dari itu, antara syarat yang ditetapkan oleh Datuk Nazri adalah untuk menampakkan imej UMNO di badan teksi tersebut seperti gambar keris , bendera merah putih, serta hendaklah menampalkan sticker UMNO dicermin hadapan atau belakang kereta. Ada antara sticker UMNO ini bertulisan "UMNO Kepala Batas" walaupun teksi ini hanya beroperasi di Shah Alam sahaja. Pemandu pemandu teksi UMNO ini juga selalu mengadakan program - program mengelilingi Semenanjung Malaysia untuk berjumpa dengan pemimpin-pemimpin UMNO seperti Pak Lah, Khir Toyo dan Mohammad Mohd Taib. Beliau juga mengaku bahawa beliau adalah orang Pak Lah. Pihak UiTM pula menerusi "penyokong kuat UMNO" Ibrahim Abu Shah yang selama ini tidak membenarkan teksi untuk memasuki UiTM telah membenarkan teksi UMNO ini untuk beroperasi semula di UiTM Shah Alam. Sedangkan dimasa yang sama, teksi proton berwarna merah putih dikhendaki berhenti di pondok pengawal untuk pemandunya menyerahkan kad pengenalan semasa menghantar pemumpang ke UiTM. Saya diberitahu oleh pemandu teksi UMNO tadi bahawa kebenaran tersebut diperolehi menerusi Mohammad Mohd Taib dan Khir Toyo dengan syarat mereka hendaklah mempamirkan pelekat UMNO di cermin hadapan atau belakang kereta. Di sini, kita dapat lihat betapa "double standard"nya pemimpin kerajaan didalam menguatkuasakan peraturan. Kita tahu bahawa mana-mana teksi yang mempamirkan logo parti politik terutama logo parti pembangkang akan ditarik balik permit teksi tersebut.. tetapi didalam kes ini, teksi kenari disyaratkan mempunyai imej UMNO serta dimestikan dan dibenarkan mempamirkan logo UMNO secara terang-terangan. Selain dari itu, pihak UiTM yang mahukan pelajarnya tidak terlibat dengan politik kepartian juga bersikap "double standard" kerana membenarkan teksi yang mempamirkan logo UMNO beroperasi secara bebas didalam kawasan universiti dan dimasa yang sama mengenakan sekatan untuk beroperasi di dalam kawasan Universiti terhadap teksi proton merah putih biasa yang tidak mempamirkan logo mana-mana parti politik walaupun halangan ini dilongarkan dengan mengkhendaki pemandunya meninggalkan kad pengenalan di pondok pengawal. Anak Perelih
Diterbitkan oleh : |