Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Seloka Bertajuk: Motivasi Kecemerlangan Peperiksaan UPSR

Marilah cik adik mari cik abang,
Olahlah minda sama bersembang,
Turunnya hamba ingin menyumbang,
Ilmu yang ada walaupun kurang.

Volume telinga segeralah pasang,
Agar nasihat dapat ditimbang,
Siapkan mata khusuyk memandang,
Isilah minda sambil bertenang.

Kecemerlangan adalah berkat usaha,
Emak dan ayah selalu berdoa,
Ceria sentiasa hidup sekeluarga,
Enak makanan sajian minda.

Minat adalah kunci utama,
Elok dipupuk sepanjang masa,
Rajin berusaha tentu berjaya,
Lalai dan leka jauhkan segera.

Amatilah segala pengajaran guru,
Nasihat mereka ingat selalu,
Guru berbakti sepanjang waktu,
Allah berkati segala ilmu.

Nasihat ibu bapa apatah lagi,
Patut dijadikan pelita hati,
Elok perangai sibuah hati,
Pada merekalah contoh sejati

Enggan mentaati nasihat mereka,
Rugilah diri anak derhaka,
Ingatlah azam dan cita-cita,
Kelak menyesal tiada berguna.

Sesal dahulu pendapatan,
Aktiflah berusaha demi masa depan,
Agihkan masa jadual pelajaran,
Nantilah bermain selesai tugasan.

Ulangkajilah selalu semua pelajaran,
Janganlah asyik dengan permainan,
Ikutilah segala nasihat dan panduan,
Agar usaha membuahkan kejayaan.

Namun demikian janganlah lupa,
Pada ajaran Islam yang mulia,
Eloklah diamal seisi keluarga,
Nanti Allah anugerahi bahagia.

Insafilah segala salah dan dosa,
Lupakan maksiat sepanjang masa,
Akurlah perintah yang maha esa,
Iltizamlah diri dalam melaksana.

Andainya anda susah mengingat,
Nanti keputusan lemahlah sangat,
Selalulah berdoa setiap saat,
Eloklah dijaga segala syarat.

Kalau ingin kejayaan cemerlang,
Olahlah strategi dari sekarang,
Lalai dan leka segeralah dibuang,
Anggaplah peperiksaan esok menjelang

Hargailah masa jangan dibuang,
Rebutlah segala ruang dan peluang,
Eloklah segera bangkit berjuang,
Niat dan cita jangan kepalang.

Demi kejayaan sangguplah berkorban,
Atasi segera segala kelemahan,
Hadapi semua segala cabaran,
Tetap gagah Azam rempuh ujian.

Otak manusia memanglah hebat, Komputer pun kalah kalau berdebat,
Akhir sekali doa'lah ubat,
Yakinlah diri boleh membuat.

Sekian Terima(lah) Kasih.
Azhari(s)
8:00A.M-30 Julai 2002






______________________
Terbitan : 13 Ogos 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com