Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Penting untuk rakyat Malaysia baca - Email kepada DR. M

Berikut adalah surat yang telah dikirimkan oleh Dr. Munawar A. Anees kepada Dr. Mahathir Mohamed. Surat ini telah dihantarkan melalui email dan melalui Faksimili Dr. Munawar A. Anees Email ·

18 Julai, 2003
Mahathir bin Mohamed Iskandar
Prime Minister's Office
Bangunan Perdana Putra
62502 Putra Jaya
Malaysia

Melalui Email: ppm@pmo.gov.my dan melalui Faksimili: +60-3-8888-3444

Mahathir

Saya telah membaca transkrip ucapan anda pada 10 Julai 2003, yang disampaikan di dalam majlis "Persidangan Ulama Islam Se-Dunia." Ia seperti satu sandiwara!

Setelah selesai semua tipu daya kotor yang kamu mainkan, kamu seolah-olah cuba bermain dengan kad "Islamik" Kamu boleh membawa beberapa jumlah mereka yang tidak mempunyai jiwa, yang di bayar, atau kamu boleh meminta kroni kamu yang korup untuk membangunkan menara buku setinggi 12 meter, tetapi sejarah tidak akan menterhadap Islam. Dengan kaki yang dimasukkan ke dalam mulut kamu telah melakukan sesuatu tugas yang terpuji. Syabas. Bahawa seorang tua yang jahil seperti kamu dibiarkan untuk membeli pujian di mesyuarat OIC (organization of the Islamic conference) dalam bulan Oktober ini adalah suatu tragedi bagi Umat Islam.

Tujuan saya menulis nota ini adalah untuk mendesak gantirugi yang kamu berhutang dari saya, keluarga saya dan sahabat-sahabat saya. Ini tidak secara ekslusif di rujuk tentang gantirugi kewangan. Hutang kamu ialah hutang dalaman - moral, etikal, kerohanian, kewangan, saikologi dan sosial. Saya amat curiga jika kebangkrapan kamu di dalam tiga kategori yang pertama akan memampukan kamu membayar hutang yang banyak ini. Untuk pengetahuan kamu, kamu ditegah dalam tiga kategori berikutnya.

Pada 14 September 1998, kami telah melakukan suatu jenayah yang besar dengan memerintahkan anggota dari unit khas kepada Polis Di-Raja Malaysia untuk mengeledah rumah saya. Di hadapan ratapan dan tangisan isteri ahawa kamulah yang bertanggungjawab di atas sebarang trauma yang saya dan keluarga saya hadapi akibat dari jenayah yang telah kamu lakukan.

Apakah kesalahan saya? Saya telah mengenali Dato Seri Anwar Ibrahim, timbalan perdana menteri dan menteri kewangan Malaysia, sebagai kenalan yang rapat sejak bertahun-tahun yang lalu. Kami telah berkongsi dan berjuang bagi memartabatkan ketinggian manusia sejagat. Kami telah bertungkus lumus untuk membina persekitaran intellektual dan politik yang bebas. Kami bersama-sama mencari idea untuk mewujudkan persamaan dari sudut keharmonian ekonomi, jantina dan bangsa dan kemasyarakatan sivil.

Penahan saya yang begitu lama oleh anggota upahan kamu telah mengajar saya bagaimana rasanya dipaksa berpisah dengan anak dan isteri. Bagaimana rasanya diperiksa dan digeledah, tidak dibenarkan membuat panggilan telefon, di gari, ditutup mata, dibogelkan dan dihalau ke kandang haiwan, dicukur botak, disoalsiasat sepanjang masa, dihina, diberi dadah, dihalang daripada tidurm dhak polis, dicuri dengar perbualannya, dan memecah masuk e-mail dan akaun bank saya. Beberapa orang sahabat saya juga menerima nasib yang sama dan ada yang dipaksa menjauhkan diri dari kami di saat kami memerlukan mereka.

Tetapi dalam usaha untuk menakut-nakutkan mengasingkan sahabat-sahabat saya, kamu telah melakukan satu kesilapan dalam melaksanakan tektik gestapo. Bagaimana kamu telah memandang rendah tentang sikap kebebasan di beberapa tempat di seluruh dunia, melebihi teman-teman kamu di Barat.

Pontu simpati mula terbuka apabila sahabat saya seorang pengarang Alvin Toffler, yang telah kamu rayu untuk menasihati mengenai projek multimedia kamu yang kini telah terkubur, telah menghantar satu mesej bantahan kepada kamu dalam masa 72 jam selepas penangkapan saya. Dalam satu temuramah yang utama dengan seorang lagi sahabat saya, Nathan Gardels dari Los Angeles Times Syndicate, kamu merasa perlu untuk membuat satu jaminan -- yang tidak tercapai -- tentang keadaan saya.

Setelah hari bergaa syarat dan secara bijaknya telah mengecewakan rancangan jahat pentadbiran kamu.

Kemuncaknya telah sampai selepas pembebasan saya dalam dakapan hangat dan diselubungi air mata sahabat-sabahat dari Amnesty di Toronto, Margaret John, yang menyaksikan ikrar penyatuan di antara saya dan Devan Nair, bekas presiden Singapura, kerana kami telah datang untuk berkongsi nasib yang sama.

Sementara keganasan terhadap saya dan keluarga saya telah dikoordinat oleh polis, media dan hakim dalam peranan masing-masing, kamu dengan lancangnya memperdayakan setiap orang dengan kenyataan kamu yang palsu bahawa kamu memiliki bukti yang kukuh, bahawa (tuduhan bersetubuhan diluar tabi'ie) adalah benar... orang lain tidak mampu memperolehi maklumat yang saya dapat. (The Straits Times, Singapore, September 23, 1998)

Jika kamu mempunyai bukti yang kukuh kenapa kamu menyimpannya di dalam dada kamu? Kenapa tidak kamu datang ke hadapan dan dedahkannya? Tetapi kamu tahu bahawa kebenaran tersebut telah diciptakan di dang? Kenapa mahkamah kangaroo menjatuhkan hukuman dalam masa tiga puluh minit selepas kehadiran saya secara paksa? Kenapa, selepas mahkamah, DSP Mazlan Mansoor menyampaikan mesej tahniah kepada saya dari bekas Ketua Polis Negara masa itu, Rahim Noor, kini beliau sendiri seorang penjenayah?

Kenapa anggota polis, diikuti oleh peguam polis, terus menerus memaksa saya agar tidak mengemukakan rayuan? Kenapa pihak media terus menerus memutar belitkan isu rayuan saya dengan cerita-cerita yang direka? Kenapa terdapat berbagai-bagai usaha untuk menculik saya dari hospital ke tempat kurungan yang di namakan Bukit Aman? Kenapa keluarga saya dijadikan sasaran gangguan polis manakala saya di rantai di katil hospital? Kenapa rayuan saya untuk membebaskan diri dari tuduhan palsu dan hukuman palsu di simpan di bilik sejuk sehingga kini?

Pengisytiharan saya yang sah adalah rekod awam tentang dakwaan jenayah ke atas kamu, kerajaan kamu, polis kamu, media kamu dan sistem perundangan kamu yang tidak bertulang bela






______________________
Terbitan : 19 Ogos 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com