Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

SIAPA DI BELAKANG PKPM

Sejak polis bertindak dan cerita tentang “pasukan” PKPM, “General” Nor Azami Ahmad Ghazali dan perniagaan pangkat serta uniform tentera terbongkar, macam-macam yang Cili Api telah dengar. Reaksi tentangnya berbeza-beza dan berubah-ubah nampaknya.

Orang yang mula-mula buat komen ialah Menteri Pertahanan Najib dan Perdana Menteri Dr M @ Cek Det. Najib kata dia tak faham mengapa orang hendak beli pangkat. Takkan Najib tak tahu macam-macam boleh diperolehi dengan pangkat di Malaysia ini. Dr M pula kata mereka ini orang gila, sebab si “general” itu mendakwa dia akan menjadi PM keenam. Bahkan Cek Det kata PKPM ini mengancam keselamatan.

Yang menarik perhatian Cili Api ialah selama hampir seminggu TPM Dolah Badwi tidak beri apa-apa komen pun. Ketua Polis Norian Mai pula sampai sekarang tidak buka mulut. Adakah dia takut terkeluar kata-kata celupar, sebagaimana tuduhannya dalam beberapa kes sebelum ini? Pihak polis cuma pernah berkata mereka telah jumpa gari, senapang, parang dan lain-lain senjata bahaya.

Baru-baru ini sebuah akhbar yang sering meloyakan membongkar kononnya “general” yang mengaku bergelar “Datuk” dan “Doktor” itu cuma seorang pencuci kereta. Ada seorang yang sudah lama mengenalinya mendakwa “General, Datuk, Dr” Azami ini tidak pernah lulus SRP dan memang dari kecil sudah pandai “putar alam”.

Cili Api anggap dia hebat. Berjaya menggunakan kepala surat dan lambang Jabatan PM begitu lama sekali untuk menipu. Dan boleh dapat salinan ijazah Ph.D. yang ditulis dengan nama sendiri. Pasti beliau tidak mungkin menggunakan kehebatan istimewanya jikalau rasuah tidak menular dalam masyarakat dan pemerintahan.

Cili Api diberitahu, kebanyakan pemimpin PKPM – yang berpangkat “general”, lieutenant general” dan “brigadier general” rapat hubungan dengan orang atas UMNO dan juga pegawai tinggi polis. Kabarnya, “general” Azami selalu menunjukkan dua keping gambar yang bernilai tinggi untuk menjual pangkat dan menarik pengikut.

Satu gambar, dia dengan Menteri Rais anakYatim, dan satu lagi, dia dengan TPM Dolah. Gambar dengan Rais sudah disebut dalam media perdana. Tapi gambar dengan Dolah belum lagi. Bila nak dedahkan yang ini? Bila nak terangkan hubungan para pemimpin UMNO dengan PKPM? Betulkah dakwaan ini semua mainan orang-orang Najib?

Baru-baru ini Dolah akhirnya buat kenyataan bahawa PKPM ini tidak ada kaitan dengan gerakan pengganas dan tidak merupakan ancaman negara. Alhamdulillah. Dolah selamatkan Dolah. Cili Api agak, kalaulah para “general” PKPM ini bergaul dengan pemimpin parti pembangkang, apatah lagi menjadi anggota, sudah tentu Dr M, Dolah, Rais dan Najib akan heboh seluruh dunia tentang ancaman keselamatan yang baru.






______________________
Terbitan : 5 Ogos 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com