SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun ALAHAI UMNO
Assamu'alaikum wm.wbt Pada hari ini 10.8.2003, saya amat terkejut apabila membaca Berita Minggu di muka surat 8 sebuah tajuk kecil yang berbunyi " Debat : Nazri salahkan Umno Kuala Terangganu". Dalam berita tersebut disiarkan kenyataan Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz[Menteri Pembangunan Usahawan] menyatakan kekesalannya atas pembatalan debat di antara beliau dengan Dr. Syed Azman Syed Nawawi, Ahli Parlimen Kuala Terangganu yang dijadualkan pada hari khamis 31.7.2003 di komplek Seri Iman, Kuala Terangganu atas tajuk - Penutupan MRSM: Siapa Pengkianat .Pembatalan tersebut menurut beliau adalah perbuatan Umno Kuala Terangganu membuat laporan polis untuk membatalkan debat tersebut atas alasan biasalah 'keselamatan'. Dalam laporan tersebut, beliau juga menyebut bahawa kesanggopan beliau berdebat dengan Dr.Syed Azman atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen Chenderoh, Perak bukan atas sifat beliau sebagai mewakili Umno. Apa yang mengejutkan saya ialah merujuk kepada keyataan yang dikeluarkan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Terangganu, Tengku Zainuddin bin Tengku Zahid yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 1.8.2003 yang penulisnya bernama Nash Rahman. Dalam kenyataan tersebut Tengku Zainuddin ada menyatakan bahawa pembatalan tersebut disebabkan oleh PAS mencari helah yang takut menghadapi Nazri yang kononnya Nazri membawa dokumen-dokumen yang lengkap yang membuktikan bahawa PASlah yang menjadi pengkianat hingga membawa penutupan MRSM di Dungun dan di Besut.Diceritakan lagi dalam laporan tersebut bahawa beliau menafikan UMNO Terangganu tidak terbabit. Selebih itu ia memperlekehkan PAS hanya 1,000 saya yang hadir, bukan 15,000 orang sepertimana yang dilaporkan oleh Harakahdaily.net.Katanya lagi, 1000 orang itu, 700 orang adalah ahli dan penyokong UMNO. Apabila saya membaca berita yang disiarkan oleh Berita Minggu hari ini, ternyata apa yang dikatakan oleh Tengku Zainuddin adalah pembohong semata-mata sekadar untuk menutup kelemahan Umno Terangganu. Beginilah caranya UMNO untuk menutup segala salah laku yang dilakukannya. Mencipta pembohongan demi pembohongan, mempropagandakan lebih daripada Menteri Propaganda German yang bernama Joseph Geobbles di zaman Nazi di bawah pemerintahan Hitler.Nampaknya kini UMNO telah mengambilalih peranan Joseph untuk mencipta reka pembohongan dan mengarahkan orang-orangnya [ sebut jentera-jentera kerajaan] mempropagandakan pembohongan tersebut sehingga rakyat percaya dan yakin bahawa cerita itu benar. Buktinya saudara-saudara pembaca sekalian boleh merujuk cerita Tengku Zainuddin dan cerita Nazri di media yang saya sebutkan itu. Cara ini sajalah yang ada pada UMNO untuk berdepan dengan PAS dan lain-lain parti pembangkang. Kuasa yang ada digunakan sepenuhnya untuk menutup penyelewengan-penyelewengan dan penyalahguna kuasa dengan menggunakan jentera-jentera kerajaan. Sebenarnya UMNO itu lemah dan terlalu kerdil, dia terpaksa meminta bantuan dari agensi-agensi kerajaan untuk menyokongnya terus berkuasa seperti pasukan polis, badan kehakiman, SPR, menguasai sepenuhnya media cetak dan elektronik dan lain-lain jentera kerajaan seperti mana yang ditunjukkan dalam setiap pilihan raya kecil yang diadakan yang lalu. Cuba kita bayangkan sekiranya UMNO tidak memiliki ini semua. Sudah tentu UMNO sudah dimuziumkan. UMNO insaflah. UMNO adalah mahhluk yang bersifat baharu. Setiap yang baru tentu ada tarikh luputnya. Tidak kekal, sampai masanya ia tetap kembali (runtuh dan hancur) seperti yang ditunjukkan dalam sejarah, hatta yang tercatat dalam Sejarah Melayu. Keagungan Kerajaan Melayu Melaka turut hancur akibat perbuatan sultan yang berlaku zalim terhadap rakyatnya dan menyelewengkan amanah rakyat sehingga sekarang Melaka tiada bersultan. Lihat dan kajilah sejarah.Sampai bila kita boleh menipu rakyat. Rakyat terus bergerak maju seiring dengan perubahan zaman.Rakyat sekarang bukan tertutup lagi, telah membuka minda dengan pelbagai sumber maklumat. Sekian, wassalam.
Diterbitkan oleh : |