Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Keling Siapa Lebih Pakar Dalam Bahasa?

Apakah Kayveas semasa mula-mula mengutarakan agar perkataan-perkataan yang dikatakan sensitif untuk sesuatu kaum (seperti perkataan keling) dikeluarkan dari Kamus Dewan beliau bertindak sejujurnya?

Apakah motif sebenar Kayveas dalam hal ini? Apakah beliau telah menyelidiki dan merujuk pakar-pakar bahasa?

Jikalah Kayveas (dan beberapa persatuan yang menyokong tindakannya) berjaya dalam memaksakan DBP mengeluarkan perkataan-perkataan tersebut dari dalam Kamus Dewan, apakah tindakan seterusnya, dia akan memaksa lain-lain penerbit kamus bahawa Melayu seperti Oxford University Press (di bawah Fajar Bakti) dan Longman dan lain-lain lagi untuk akur sama?

Apakah selepas ini Kayveas dan rakan sekutunya akan memaksa Oxford Dictionary, Webster English Dictionary, Random House Dictionary, American Heritage Dictionary dan banyak lagi kamus-kamus bahasa Inggeris yang utama untuk menggugurkan perkataan-perkataan seperti “Pariah” dari kamus mereka.

Pariah dalam kebanyakan dictionary memberi maksud “a social outcast; a member of a low caste of Southern India”.

Apakah nanti Kayveas akan memaksa para ahli sejarah untuk mengubah catatan dalam buku-buku sejarah Eropah dalam mengagungkan kejayaan Kamal Attartuk, mencatatkan bahawa Attartuk telah berjaya menjaya mengeluarkan Turki dari label “the Pariah of Europe” ketika itu?

IB yakin dan percaya bahawa Aziz Derahman telah pun memberi penjelasan yang baik dalam isu ini. Kalaulah kedangkalan otak Kayveas dan orang seumpananya ingin terus mengetengahkan isu perkataan keling … IB ingin tanyalah pula siapa yang sebenarnya pakar bahasa?

Sekian
Ibrahim Baba
18 Ogos 2003






______________________
Terbitan : 20 Ogos 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com