Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

FRU Mahathir Nak Tunjuk Samseng Di Timor Leste !

Tan Sri Noorian Mai,Ketua Polis Negara berhak untuk berbangga kerana sekali lagi salah satu unit dibawah pemerintahannya dipilih oleh kerajaan Malaysia untuk bertugas dibawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menguatkuasakan keamanan di bekas tanah jajahan Republik Indonesia,Timor Leste.

Kali ini sebilangan anggota dari Pasukan Simpanan Persekutuan PDRM (FRU) telah dihantar kesana pada 18 Ogos 2003 untuk melaksanakan misi tersebut.

Norian Mai,yang juga terkenal dengan gelaran Raja Pasembor,ketika mengucapkan selamat jalan kepada anggota terlibat di KLIA,meminta agar mereka bertugas penuh didikasi untuk menjaga nama baik Malaysia dan memohon seluruh rakyat mendoakan keselamatan anak buahnya itu.

Perintah Noorian Mai agar anak buahnya mengharumkan nama Malaysia di Timor Leste,adalah tugasnya selaku ketua mereka.Tiada siapa pun mempedulikan sama ada dia berbuat demikian atau sebaliknya,kerana semua orang tahu skuad FRU adalah diantara pasukan yang terkenal dengan kepatuhan membabi buta didalam melaksanakan perintah tuan mereka.

Tentang permohonan Raja Pasembor supaya seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan pasukan yang dilabelkan sebagai Skuad Samseng Berlesen Mahathir,kerana keganasan mereka membelasah,menyembur asid dan menembak gas pemedih mata didalam program-program Ceramah dan Perhimpunan Aman anjuran aktivis Reformis dan Barisan Alternatif,tiada siapa pun yang boleh dipaksa untuk mengaminkannya.

Biarkanlah Noorian Mai dan sebahagian khadam-khadamnya yang rela diperalatkan oleh Mahathir Diktator Tua - Umno BN sahaja yang berdoa dan berbangga. Kerana tiada apa pun yang harus didoa dan dibanggakan kepada gerombolan manusia yang kononnya bersedia menjadi agen-agen keselamatan diluar negara tetapi bertindak sebagai pengacau ketenteraman ditanahair sendiri.

Mungkin PBB merasakan hanya FRU Mahathir yang ganas dan biadap itu berupaya menangani kekacauan berpanjangan di Timor Leste.Walaupun tujuan utama penghantaran misi itu adalah untuk melatih anggota penguatkuasa keamanan dinegara tersebut,tetapi mereka juga dibenarkan terlibat secara langsung didalam menangani sebarang kes rusuhan.

Sebagai rakyat Malaysia,kita ingin melihat sejauh mana kesamsengan FRU Mahathir untuk berdepan dengan perusuh di Timor Leste yang sudah lali melihat tumpahan darah dibumi mereka. Apakah FRU Mahathir akan melayani perusuh Timor Leste,sebagaimana layanan mereka terhadap aktivis Reformis dan BA ditanahair sendiri ?

Harus diingat aduhai Raja Pasembor dan FRU Mahathir aktivis Reformis dan BA tidak pernah dididik oleh pemimpin mereka untuk melawan dan bertindak ganas,meskipun mereka kerap kali sering menjadi mangsa sepak terajang dan belasahan kamu ! Perjuangan para Reformis dan BA tidak pernah menjurus kearah keganasan seperti dakwaan karut Tuan Besar kamu Mahathir Haprak ! Perjuangan kami adalah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan yang berteraskan Islam,tidak lebih dari itu !

Tetapi awas ! Noorian Mai dan FRU Mahathir,di Timor Leste kamu sekelian tidak mudah untuk menemui pejuang seperti kami,kerana disana kebanyakan mereka sentiasa bersedia untuk dibunuh atau membunuh !

Jika ditakdirkan ada diantara FRU ternakan Mahathir yang digembalai Raja Pasembor, maut direjam lembing di Timor Leste nanti,apakah Majlis Fatwa Agama Mahathir akan mensyahidkan kematian mereka,kerana bertugas demi Negara Islam versi Mahathir ? Dato Ismail Ibrahim,Pengerusi MFAM,General Pencen Abd Hamid Zainal Abidin dan Dato Seri Mid Man Penasihat Agama Mahathir tentu sudah menyediakan jawapan !

Syabas FRU Mahathir,semoga kepulangan anda sekelian nanti membawa anggota badan yang cukup ! Itu pun kalau bernasib baik…………. Amiin !!!!

Inderaloka.






______________________
Terbitan : 22 Ogos 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com