Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Ayam-ayam !

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan !

Baru-baru ni saya ada menghadiri satu kursus al-Quran di Hotel Capitol, Bukit Bintang, Kuala Lumpur anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia, dah lah tempat kursus tersebut tak sesuai lebih malang lagi bila para ustaz yang dah tua yang dah memang tak lepas ketayap kat kepala walau pergi kebun dan mana sekalipun terpaksa dan dipaksa untuk menanggalkannya atas alasan 'arahan pihak atasan'

Pengarah programnya pulak, terang-terang sebut dan beri amaran kepada para peserta supaya jangan berpakaian ala pembangkang (Jubah, ketayap putih, serban dan seumpamanya) nanti susah, Jika kena buang, siapa nak bagi makan anak-bini.. katanya !

Nauzubillah hi min zalik ! boleh jatuh syirik tu... inilah pemikiran pegawai dakwah didikan UMNO, seolah-olah UMNO lah yang beri dia rezeki dan nyawa... masyaAllah ! Kalau dia ketika lafazkan tu betul-betul beri'tikad sedemikian, boleh jatuh kufur !

Puak-puak ni tak sedar, atas 'arahan pihak atasan' tu sebenarnya adalah lagi arahan yang lebih 'atas' yang mereka ni tak sedar atau buat-buat tak sedar. Iaitu arahan dari Allah S.W.T yang mengarahkan kita menegakkan agama-Nya, bukan sibuk nak jaga perut sendiri saja.

Nak dijadikan cerita, selepas habis kursus sesi malam (antara jam 10.00 atau 10.30 malam) maka ustaz-ustaz peserta kursus ni pun merayap-rayaplah sama ada dengan kopiah atau 'tertanggal' kopiah untuk menikmati suasana malam di Bukit Bintang tu... siap ada yang bangga bercerita ditawarkan 'ayam-ayam' di sana. Masya Allah...

Ikuti tulisan lanjut di : http://www.geocities.com/fikirlah2002/paskgbukithijau.html

Ikhlas tapi jauh,
Khaskahasi






______________________
Terbitan : 8 Ogos 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com