Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tembelang UMNO

Beberapa bulan yang lalu, wakil UMNO telah datang ke rumah saya menyuruh saya dan ahli keluarga yang belum berkahwin mengisi borang yang dikatakan bertujuan memberi wang ehsan sebanyak RM200.00 seorang. Kemudian, hari (Jumaat) yang dijanjikan tiba. Majlis diadakan di Dewan, Sekolah Rendah Kebangsaan Marang bermula jam 3.00 petang. Maka ramailah belia dan beliawanis yang datang semata-mata untuk mendapatkan wang sebagaimana yang dijanjikan. hampir dua jam kami menunggu dengan mendengar ceramah yang disampaikan oleh Tengku Za dan konco-konconya yang tidak lain tidak bukan hanya mengutuk Barisan Alternatif. Entah benar entah tidak. jam lima petang barulah ceramah selesai. Kami diarahkan mendaftar di kaunter yang disediakan. setelah daftar, terpaksa pula mengisi borang ahli UMNO yang bukannya free, kena bayar pula RM2 setiap seorang. kalau tak mendaftar, duit tak kan dapat.So, saya dan beberapa orang rakan lain menjadi ahli UMNO secara paksa rela. Kemudian ingatkan dah daftar dapatlah duitnya, bila ditanya duit berkenaan akan diberi pada majlis akan datang pada bulan lapan (Ogos). Kami pun pulang menunggu hari yang dijanjikan.

Jumaat, 8 Ogos 2003 tiba. Semua yang terlibat dimaklumkan untuk mengambil duit berkenaan di Majlis Himpunan Anak Wawasan di Kelulut, Marang yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Hishamuddin. Seluruh Negeri Terengganu berkumpul termasuk pelajar Puteri Islam sekolah Menengah Kebangsan Rusila yang diarah beratur menyambut kedatangan Datuk berkenaan.Turut serta Datuk Idris Jusoh dan warganya.sewaktu menghadiri majlis berkenaan , kami dikehendaki menghantar borang kehadiran.kemudian terpaksa pula mendengar umpatan dan fitnah pihak berkenaan yang ditabur ke atas Kerajaan Negeri.kami terpaksa berpanas dan berdebu serta memekakkan teliga semata-mata untuk mendapatkan duit yang dijanjikan.selesai majlis, kami tertanya-tanya, "Majlis dah Habis ke?.Bila nak bagi duit tu?" bila tanya dikaunter pendaftaran, katanya akan diberi kemudian.apa-apa hal sila jumpa wakil kampung masing-masing. Sekali lagi kami pulang dengan tangan kosong.Dahlah tu kedua-dua majlis tu tak de jamuan langsung.Kata banyak duit tapi takkanlah nak jamu rakyat sikit pun tak boleh.Apa yang kami dapat ialah sebotol air mineral.Apa-apa pun alhamdulillah.. di sini bukanlah bermakna kami ni mata duitan, tapi duit itu adalah hak kami.apa cara sekali pun kami berhak menerimanya.yang kami nak persoalkan di sini ialah kenapa susah sangat orang UMNO ni nak bagi duit (wang ehsan) tu pada rakyat sebagaimana yang dijanjikan.kami tidak meminta, tapi mereka yang berjanji hendak memberi.satu lagi, barulah kami tau, rupa-rupanya itu adalah taktik kotor UMNO untuk menarik orang ramai menghadiri majlis mereka.kononnya ramai yang menyokong mereka dengan kehadiran yang sebegitu rupa, tapi mereka tak tau di sebalik tabir, mereka sangat marah dan benci dengan tindakan UMNO itu.Kami rasa sangat sedih dengan sikap UMNO.beginikah sikap pihak yang ingin menjadi pemimpin masyarakat?lupakanlah....sehingga ke hari ini, duit yang dijanjikan masih belum diterima....sampai bila UMNO ingin bermain dengan rakyat?




______________________
Terbitan : 22 Ogos 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com