Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Re: Para Pak Haji UMNO Kg. Paya, Permatang Pauh Anjur Karaoke

Apa nak dipelikkan, itulah Islam UMNO. bukannya nafsu ikut Islam tapi Islam yang ikut nafsu.

Kan kita dah maklum...UMNO tidak boleh hidup tanpa hiburan, UMNO tidak akan segar tanpa karaoke, UMNO juga tidak akan bertenaga tanpa maksiat.

Perkara sedemikian juga berlaku di Kg. Haji Abdullah Hukum, Bangsar, Kuala Lumpur. Kg. yang diwarnai oleh seribu satu masalah kebejatan sosial begitu subur dan meriah dengan budaya hiburan, karaoke dan santai. Apa nak dihairankan kerana UMNO adalah tuan di sini. Ketika ditanya tentang masalah remaja dan belia yang terlibat dengan ganja, ketua masyarakatnya (UMNO berkarat) menjawab: "Biarkanlah, asalkan 'time' pilihanraya mereka bersatu (sokong UMNO)!!!"

Tunggulah majlis kenduri kahwin, ketika tu kg. akan gegak gempita dengan muzik dan karaoke. Persetankan azan yang berkumandang, persetankan solat yang menggamit, persetankan si kecil yang sedang tidur, persetankan...Give the muzik it's due!!!

Satu ketika...ketika merayakan sambutan kemerdekaan menjelang detik 12 malam, UMNO ini (kemudinya si tua yang dah beberapa kali ke Mekah!!!) menganjurkan majlis karaoke secara besar-besaran bertempat di dewan orangramai (dah jadi dewan UMNO..macam reta mak bapak dia!!!). Majlis yang bermula sedari jam 8 malam mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan dengan penyertaan hebat daripada anak-anak kg. khususnya muda mudi. Tanpa segan silu, peserta-peserta ini menonjolkan bakat dan body masing-masing dengan disaksikan oleh mata-mata yang melihat. Si ayah tersenyum riang melihat si anak melompat terkinja-kinja, si ibu berhati girang memandang si anak gadis berdendang. Malah bukan hanya muda-mudi, yang dah gugur gigipun turut serta berjoget dan berkaraoke. Hebat sungguh!!!

Akhirnya majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat dan doa mohon restu daripada Allah. Si tua itulah juga yang memohon agar Allah memberkati dan menerima 'doa dan ibadah' mereka pada malam itu dengan doanya"Rabbana taqabbal duaa anaa innaka anta ssamiiul aliim". Masya Allah!!!!

Demikianlah secebis kisah UMNO Kg. Hj. Abdullah Hukum.

Kesian mereka....!!!






______________________
Terbitan : 21 Ogos 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com