Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Jawapan utk Yusri

Saya tak ingin nak argue pasal ni. Saudara yang beri komen, jangan jadi 'sarcastic' pulak. Kalau saya tahu bende tu haram, memanglah sesiapa pun tak nak beli susu formula. Sekarang dah bermacam2 jenama muncul dan dah bertapak bertahun2 kat Malaysia. Apa nak kata?? Saya rasa lebih baik saudara adukan kepada mana2 jabatan agama untuk buat siasatan atau haramkan terus penjualan susu yang tidak halal. Mungkin boleh suggest sapa-sapa yang ada ternak lembu di kampung-kamoung buat susu asli. Sure orang ramai boikot susu formula.

Anak2 saya pun sejak kecil saya susukan mereka dengan susu formula. Cuma waktu lahir sahaja saya dapat beri susu badan. Kalau saya tahu susu tu tak halal memang saya tak beri. Sekarang mereka dah dewasa. Terimakasihlah baru sekarang dah bagitahu. Semoga ibu-ibu di masa akan datang tidak membesarkan mereka dengan susu haram dan jadi anak kurang ajar kelak. Saya bersyukur dengan susu yang saya beri mungkin tak halal dan saya tidak mengetahuinya, anak2 saya alhamdulilah, semua baik2. Yang sulung akan menjadi ulamak satu hari nanti. Dia sekarang belajar di Mesir.

Terimakasih sekali lagi. Semoga usaha saudara dapat menyelamatkan ibu-ibu moden!

Minah N9






______________________
Terbitan : 9 Ogos 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com