Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Mat Taib - Madam MS : Satu Lagi Skandal Seks Pemimpin Umno ?

Demam pilihanraya yang mula melanda senario politik tanahair disamping pergolakan hebat sesama sendiri di dalam Umno,menyaksikan penacacai-pencacai politik yang diupah oleh kem-kem tertentu berkeliaran kehulu kehilir menjaja pelbagai isu-isu panas untuk menjejaskan peluang saingan masing-masing didalam perebutan memburu kedudukan dan pangkat.

Umno Selangor yang sememangnya sentiasa bergolak terutamanya semenjak diterajui oleh Menteri Besar Terkaya DS Dr Mohd Khir Toyo,mendahului negeri-negeri lain,sebagai pusat aneka longgokan isu yang sentiasa tersedia untuk diproses sebagai senjata pemusnah menghapuskan karier politik tokoh-tokoh tertentu di dalam Umno.

Terbaru,ketika berkunjung ke Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di SUK Shah Alam untuk suatu urusan penting,penulis telah bertemu dengan seorang rakan lama yang begitu beria-ia mempelawa untuk minum bersamanya.

Setelah selesai urusan di JAIS,penulis bergegas untuk menunaikan pelawaan rakan lama itu di kantin SUK.Setelah sekian lama tidak bersua,penulis perhatikan banyak perubahan berlaku pada diri rakan itu.Cara interaksi dan dressingnya sudah agak jauh berbeza dari dulu. Mungkin dia kini telah kaya raya,meskipun ketika mula memegang jawatan Ketua Umno Cawangan ditempatnya dulu,dia hanyalah seorang kontraktor klas F sahaja.

Disepanjang perbualan dengan rakan lama itu,penulis tidak sedikit pun bertanyakan hal-hal-hal personal khususnya yang menyentuh status ekonomi,famili dan aktiviti luarnya.Dia pun tidak pula berbangga statusnya sekarang.Perbualan kami lebih tertumpu kepada isu-isu politik semasa.

Banyak isu-isu dalaman Umno khususnya di Selangor yang disembangkannya.Penulis lebih banyak mendengar dan mengiyakan sahaja kupasan rakan lama itu terhadap isu-isu tertentu,khususnya yang melibatkan perlantikan ketua-ketua penaja Umno Bahagian yang masih belum beres.

Semuanya itu tidak begitu menarik minat penulis kecuali pendedahannya mengenai skandal seks yang membabitkan Tan Sri Mohammad bin Mohd Taib, Naib Presiden Umno merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Rakan lama penulis itu memberitahu : " You tau tak,sebenarnya skandal Mike Tyson ni dah lama berlaku,dah hampir sepuluh tahun,tapi kebanyakan orang Umno tak tau hal ni ."

Penulis sempat mencelah apakah rasionalnya membangkitkan isu yang belum pasti benar malahan telah agak lama berlalu. Dia agak terkejut sambil meninggikan suara: " Itulah you tak tau..ini masalah akhlak , masalah syakhsiyyah,kalau semua dah rosak apa lagi yang nak diharap ,kalau nak tengok Umno terus menang orang macam ini mesti kita buang."

Penulis hampir tergelak dan berkata didalam hati : " Sejak bila pulak malaun seorang ni pandai berbicara fasal akhlak dan syakhsiyyah ." Hati penulis berkata begitu kerana penulis mengetahui serba sedikit latar belakang rakan lama itu.Satu waktu dulu dia sendiri memang dikenali oleh rakan dan taulan sebagai pengunjung Haadnyai yang setia.

Seperti mengerti apa yang tersirat dihati penulis,rakan lama itu terus terang berkata: "Memang I ni pun bukanlah baik sangat,tetapi for your knowledge, sebuas-buas I dulu,I tak pernah pakai bini orang tau ! Tapi sekarang I dah taubat ."

Untuk meredakan suasana , penulis bertanya kepada rakan lama itu siapakah pasangan Mat Taib yang dikaitan dengan skandal itu,cantikkah orangnya ? Secara sinis dia menjawab. " Nafsu kalau dah melonjak,bukan kira cantik ke tak cantik ! Bini orang ke,widow orang ke ! under-aged girl ke ! janji boleh tekan…kadang-kadang betul jugak kata orang, pemimpin Umno yang kaki betina,kalau tiang letrik itu pun dipakaikan skirt.gerenti dia orang gomol cukup-cukup ."

Selanjut dia mendedahkan skandal tersebut terjadi menjelang Pilihanraya Umum 1995.Mat Taib ketika ini masih MB dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.Datin Hasbi Rohani masih bermadu dengan Ku Yah.Manakala wanita bersuami yang dikaitkan dengan skandal tadi,merupakan seorang Pegawai Hal Ehwal Khas Jabatan Penerangan Selangor sebelum menduduki kerusi Ketua Wanita Umno disalah sebuah Bahagian di Selangor.

Tokoh wanita berkenaan yang dipanggil juga sebagai ustazah dikalangan rakannya,mendapat banyak habuan dari Mat Taib.Puluhan ekar tanah bernilai tinggi telah dikurniakan kepadanya.Dalam ertikata lain,Mat Taib telah membela (menyimpan) tokoh wanita tersebut,sehinggalah dikemuncaknya gundik bekas MB itu diberi laluan untuk bertanding disalah sebuah kerusi DUN di Selangor.

Untuk meyakinkan penulis,rakan lama itu memberitahu sumber skandal itu datangnya dari orang yang pernah tidur sekatil dengan Mat Taib sendiri. Bila penulis mendesaknya siapa orang berkenaan,dia spontan menjawab ;" Apalah you ni ! lambat pick up….siapa lagi kalau bukan K* Y** ."

Bekas gundik Mat Taib itu tambah rakan penulis tadi,masih lagi menjadi ADUN dikawasannya hingga kini dan khabarnya akan terus mempertahankan kedudukannya pada pilihanraya umum akan datang. YB yang telah bergelar Datin Pa**** itu,akan mempergunakan talian Datin Paduka Rafidah Aziz,untuk mempastikan kedudukannya itu selamat." Itu tidak mengahirankan,kerana YB bekas gundik itu adalah seorang Exco Wanita Umno Malaysia." sambung rakan penulis itu.

Penulis terus meminta rakan lama itu berterus terang sahaja siapakah wanita yang dimaksudkan itu.Dia hanya berkata : " Clue yang I bagi tu tak cukup lagi ke….kalau tak cukup, besok masa Dewan Undangan Negeri bersidang, you tengok sendiri siapa dia Adun Wanita Umno yang paling bergaya,pakai Mercedes Mata Bulat..kalau bagi dia peluang berucap,kerjanya tak lain hanya asyik mengangkat Dr Khir saja ! Kami di Shah Alam ni menggelarkan YB itu sebagai Madam MS."

Seterusnya rakan penulis itu,memberitahu Dr.Khir Toyo sendiri ,sejak kebelakangan ini diberitakan kurang berpuas hati dengan prestasi YB berkenaan di Dun nya,kerana asyik sibuk mengumpul kekayaan sahaja. Khir pernah memarahi penyokong kuat YB berkenaan yang cuba melobi Khir selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor untuk mengekalkan bekas perempuan belaan Mike Tyson itu sebagai ADUN.

Khabarnya kata rakan penulis itu lagi, YB yang dikaitkan dengan Mat Taib itu,mula menyisihi Khir dan kini rapat semula dengan taukeh lamanya. Bila penulis sengaja bertanya tentang kemungkinan hubungan sulit diantara keduanya terjalin semula,rakan lama itu tadi sekadar mengulas . " Semuanya serba mungkin…harap-harap tidak ! Dah pergi Mekah kalau masih merenyam jugak! Mampus masuk longkang lagi baik."

Sehingga saat ini,penulis sendiri masih tertanya-tanya sejauh mana kebenaran skandal seks yang didedahkan oleh rakan lama tadi. Kalaulah wanita yang digelar sebagai Madam MS oleh rakan-rakan di Shah Alam itu, ditujukan kepada seorang YB Wanita Umno yang kini amat dikenali kerana keperihatinannya membela hak wanita di Selangor,sudah tentu ianya amat memeranjatkan !

Mungkinkah itu hanya fitnah atau ada dari kalangan Umno Selangor sendiri yang sedang berusaha untuk menyingkirkan Mat Taib,sebagaimana mana tersungkurnya DS Abu Hassan kerana isu yang sama. (Skandal Seks Dengan Adik Ipar ).

Bukan menjadi rahsia lagi bahawa percakaran diantara klik Mat Taib dengan klik Khir Toyo kian meruncing. Pertarungan umpama api didalam sekam itu menunggu masa sahaja untuk menghanguskan mangsa masing-masing!

Mungkin Yang Berusaha Tuan Dr Abd.Karim Mansor,selaku Setiausaha Politik MB Selangor boleh menjawab persoalan ini,kerana disepanjang perbualan penulis dengan rakan lama tadi, nama Dr.Karim kerap kali disebut. Apakah Dr.Karim benar-benar penyokong kukuh yang sanggup mati bersama Khir atau sekadar kayu penyokong yang mula mereput menunggu rebah ?

Tidakkah Tuan Doktor merasa sedih apabila taukeh pujaan Tuan kini terkapai-kapai dan merasuk tak tentu pasal umpama Hantu Raya Tak Bertuan ! Usah tambah penderitaannya nanti Tuan sendiri turut tersembam ! Ingat Mike Tyson bukan kecik anak, tau ! Anak Raja dia sanggup rembat ! inikan pula Khir Toyo !

Orang Dalam.




______________________
Terbitan : 22 Ogos 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com