SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Khir Toyo Himpun Soldadu di Harbour Resort Kota Kinabalu.Keghairahan Menteri Besar Muda DS Dr.Mohd Khir bin Toyo untuk merampas kerusi Ketua Pergerakan Pemuda Umno dari penyandangnya Dato Hishamuddin Tun Hussien terus memuncak,meskipun pertandingan untuk merebut jawatan tersebut hanya akan berlangsung pada Perhimpunan Agong Umno (PAU) kurang setahun dari sekarang. Penafian demi penafian yang dibuat para pencacai Khir,kononnya Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu tidak berhasrat melanggar Hisham,sekadar menjelaskan lagi betapa budaya hipokrit telah begitu sebati sebagai salah satu rukun utama didalam permainan politik Umno. Terbaru dengan bertopengkan program Majlis Belia Malaysia (MBM),Khir telah menghimpunkan sebilangan pimpinan persatuan belia yang kebanyakannya pimpinan Pergerakan Pemuda Umno diperingkat bahagian dari seluruh negara untuk tujuan mengganyang Hisham. Perhimpunan yang berlansung di Harbour Resort Kota Kinabalu Sabah itu,dikatakan menelan belanja lebih RM 1 juta.Menurut sebahagian peserta mewakili Semenanjung yang sempat ditemui sekembalinya mereka dari perhimpunan tersebut,segala-galanya ditanggung beres oleh penganjur tanpa sesen pun keluar dari poket mereka sendiri. Seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Amran berkata " Cukup seronok di KK,kami dilayan macam raja,apa saja kami mau semua dapat,kalau selalu macam tu lagi best. Duit poket pun dapat …cukuplah untuk bayar instalment tiga bulan Proton Waja" Ketika ditanya apakah agenda sebenar perhimpunan berkenaan,Amran tanpa berselindung menjawab " Seingatan saya tak ada langsung hal belia,yang ada hanyalah kempen menyerang Menteri Belia dan Sukan.Walaupun DS Khir Toyo tak terlibat secara langsung tetapi orang-orangnyalah yang menyibuk " Tambah Amran lagi " Saya tak kisah siapa yang nak jadi Ketua Pemuda,asalkan dia sanggup hulur itulah yang saya sokong ." Khir selaku Presiden MBM diberitakan menanggung sendiri kos perhimpunan tersebut. Kos yang sebesar itu tidak sedikit pun membebankan beliau sekiranya dibandingkan dengan jumlah wang yang telah dihimpunkannya melalui amalan rasuah semenjak Pengamal Rasuah Terkemuka itu menerajui Selangor. Ternyata gejala politik wang yang kononnya sedang dibanteras hebat oleh Umno sudah tidak boleh dibendung lagi.Bayangkanlah diperingkat pra-kempen Khir telah pun membelanjakan lebih RM 1 juta,itu pun yang dapat dikesan,jika dicampur dengan sogokan secara senyap-senyap,mungkin angkanya telah mencapai RM 5 juta.Bagaimana pula nanti apabila kempen sebenar bermula ? Sudah pasti pasaran wang rasuah politik melonjak naik tanpa had. Jika wang menjadi ukuran sudah pasti Khir Toyo mampu menyingkirkan Hisham dari kerusi KPP Umno tanpa bersusah payah,kerana wang adalah segala-galanya buat manusia yang sanggup mempertuhankan material.Itulah doktrin yang telah dipasakkan kedalam Umno oleh Mahazir sejak sekian lama dan kemungkinan Dolah Badawi untuk mengikisnya adalah hampir-hampir mustahil.Itu pun kalau Pak Lah benar-benar jadi PM! Orang Dalam
Diterbitkan oleh : |