Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Jalur Gemilang..

Pelbagai iklan yang dapat kita tengok kat TV. Kenapa rakyat Malaysia tak kibarkan JG, bermacam promosi yang dibuat Untuk menyemarakkan semangat Patriotik rakyat Malaysia, pelbagai Usaha, majlis pelancaran dibuat untuk memastikan rakyat mengibarkan JG, di premis & kenderaan masing² Tapi apa yang kita lihat kini adalah suasana yang hambar, seolah macam Sambutan kemerdekaan tahun ini tidak semeriah tahun² lepas. Kalau dulu rumah², kedai², kenderaan begitu meriah mengibarkan JG Kini suasana itu amat sedikit yang kelihatan…., adakah ini Kerana rakyat Malaysia dah kurang semangat Patriotik nya..??? Atau adakah ini kerana Silent Protes dari rakyat Malaysia yang memang Dah muak dengan kerajaan yang ada, setelah pelbagai kemungkaran dibuat Dengan kes Sekolah agama rakyat, Kes Makmal Komputer, Kes Air dgn S’pore Kes judi, kes rasuah pemimpin², kes tahanan ISA dan pelbagai kes yang tak Mampu diselesaikan oleh kerajaan sekarang ni.

Kalau nak dikira semangat Patriotik, kami yang merupakan pejuang² Islam di Malaysia ini lebih bersemangat lagi dlm mempertahankan negara ini, Kami Rela mempertaruhkan nyawa ini kalau lah Malaysia ni diserang mcm Iraq, Semangat Patriotik ini tak boleh diukur melalui kibaran JG. Berapa ramai Yang mengibarkan JG tu merupakan penjenayah di Malaysia ini. Teruskan lah rakyat Malaysia..

Tunjukkan Protes kita, kita memprotes bukan kerana kita tak cintakan negara ini, Sebab cintalah kita berjuang mempertahankan negara ini, tunjukkan kekuatan kita, Walaupun kita tak dapat nak tunjukkan macam Era Reformasi dulu, ini pun cukup Untuk membuatkan mereka tak senang duduk, sokongan rakyat kpd BA kini terletak Di hati masing-masing, apabila tiba pilihan raya nanti, kita akan cetuskan satu era kebangkitan yang baru. Biar mereka tau betapa tingginya langit ini, selama ini lancang sungguh mereka menghentam BA, tanpa peluang kita membalas, namun dalam keadaan sempit ini Juga, kita mampu menggegarkan mereka, walaupun suara kita terhad, namun kita Mampu menjawab & menepis segala tomahan mereka. Biar kan mereka rasa hebat

Bersilat seorang diri, bila sampai masanya kita akan turun berpencak sama… Kita lihat mata sape akan lebam nanti…. Allahhuakbar……

PEMUDA S.ALAM....






______________________
Terbitan : 22 Ogos 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com