SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun PKPM akibat SB kerja untuk UMNOSeantero tanahair digamatkan lagi dengan isu sebuah kumpulan PKPM yang ditubuhkan oleh sekumpulan rakyat yang Malaysia yang berfahaman "rampasan kuasa " adalah kaedah untuk menjatuhkan kerajaan BN. Jika ditinjau secara rambang , mungkin juga kumpulan ini mempunyai satu pandangan dan kesedaran mengenai kepincangan sistem kerajaan yang memerintah tetapi kaedahnya agak radikal. Namun begitu Pas & Keadilan terus mengorak langkah berpaksikan sistem demokrasi dalam menghadapi pemerintah dalam setiap pilihanraya , dengan itu amatlah jelas ruang demokrasi yang lebih adil haruslah dirintis dalam sistem pentadbiran negara. Sebarang percubaan yang menghalang proses demokrasi dari berjalan dengan seadil-adilnya mungkin akan mendorong kepada anasir-anasir yang lebih serius apabila membicarakan tentang keselamatan negara. Senario pemimpin pembangkang yang disumbat ke ISA , penipuan dalam pilihanraya, media yang dimonopoli oleh pemerintah,menyekat penerangan dan ceramah oleh parti pembangkang adalah di antara pencabulan hak-hak demokrasi. Mungkin ahli-ahli PKPM berpandangan bahawa cara BA yang meghadapi BN melalui pilihanraya tidak akan berjaya kerana ruang demokrasi sudah diliwat . Persoalannya mengapakah PKPM tidak mendaftar sebagai sebuah parti politik ? Namun begitu BA tetap yakin demokrasi adalah satu-satunya cara untuk menggantikan kerajaan BN. Pengajaran yang harus diambil oleh kerajaan ialah jangan salahgunakan demokrasi untuk terus mengekalkan kuasa. Saya juga ingin menasihatkan PDRM terutamanya SB , supaya jangan sibuk sangat mengekori , menggangu ahli & pemimpin BA sehinggakan tak sedar kumpulan 2 bawah tanah yang mengancam keselamatan negara bebas bergerak.Sekarang sudah tiba masanya SB buat kerja untuk negara bukan untuk UMNO. Saya percaya banyak lagi kumpulan seumpama ini wujud tapi SB tak sedar kerana asyik sibuk spy pemimpin BA. Pemuda Pas Penang
Diterbitkan oleh : |