SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun 10 Ogos 2003 berlalu tanpa ingatan…..10 Ogos 2003 telah 4 hari berlalu. 10 Ogos 2003 merupakan tarikh penting. Sebelum ini tarikh tersebut merupakan satu tarikh yang ditandakan merah “bold” dalam calendar aktiviti reformasi. Setiap tahun semenjak 1999 pasti akan ada sambutan atau konvoi ke Sungai Buluh. 10 Ogos merupakan tarikh ulangtahun kelahiran DSAI tokoh reformasi Malaysia yang teraniaya dipenjara di Sungai Buloh. 10 Ogos 2001 masih segar di ingatan bagaimana konvoi yang besar menuju Sungai Buloh telah berhadapan dengan pihak polis. Ribuan rakyat turun bersama untuk merayakan Hari Jadi Tokoh yang terpenjara. Tindakkan kurang ajar polis yang bertindak sewenang – wenangnya akhirnya menjemput campur tangan tentera dari kem Sg. Buloh. Hanya satu tangkapan pada hari tersebut. Sambutan Ulangtahun DSAI 2001 disambut meriah walaupun 6 pejuang Reformasi terpenjara di Kemunting namun semangat mereka tetap menjalar keluar. Dunia menyaksikan yang penyokong keadilan dan kebenaran di Malaysia tetap meneruskan agenda reformasi walaupun pimpinan di tahan. Regim Mahathir tidak mampu menahan CNN dan puluhan agensi berita luar untuk terus melaporkan. 10 Ogos 2002 tahun tersebut konvoi bermula seawal jam 8.30 pagi. Tanpa penglibatan pimpinan besar, Zunar yang hanya menggunakan media harakah mampu mengumpulkan sejumlah kenderaan yang hadir bekeluarga untuk berkumpul di pejabat Keadilan Gombak. Kelihatan Sanusi, Raja Petra, Pak Lang, Cikgu Badrul, Datuk Sanusi, Azwanddin, Tan dan beberapa aktivis sibuk menyusun konvoi sebelum bertolak. Kira –kira jam 11.00 pagi konvoi telah mengambil keputusan berhenti di bahu jalan sebelum sekatan jalan raya (pekan sg buloh). Sambutan yang diadakan di bahu jalan Dr. Syed Husin Ali, telah memotong kek selepas bacaan doa’. Beberapa pemimpin DAP turut kelihatan. Kecekapan dan keberanian Cikgu Badrul dan teman-teman mendirikan pentas segara cukup dipuji. Gambar Cikgu Badrul berucap berlatar belakangkan lori FRU, gambar Latifah Koya ditarik FRU, gambar Datuk Sanusi disepak FRU dan gambar Johnson keluar dari trak FRU dengan baju yang terkoyak telah tersebar keseluruh dunia sebagai bukti sokongan terhadap Anwar Ibrahim tetap kukuh. Media dunia melaporkan termasuk beberapa media tempatan. Reformasi terus segar. 10 Ogos 2003 ketika semua teman Kemunting telah bersama rakyat. Sepatutnya sambutan lebih hebat kuasa rakyat semakin dijana. Tetapi pada petang 10 Ogos dan pagi 11 Ogos ketika membuka Malaysiakini dan beberapa media tempatan aku hanya terlihat berita keadilan dan dap bergaduh rebut kerusi untuk pilihanraya ??????????? dan ketika buka laman forum reformasi hanya ada pertikaian siapa sebenarnya reformis reformis gay ???? Adakah Mahathir telah berjaya ??
Diterbitkan oleh : |