SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Shahrizat perlukan pakar kaunselingMIN AINA ILA AINA Oleh Subky Latif BAGAI yang diduga Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dato' Shahrzat Jalil sudah tentu melenting apabila Ustaz Haji Abdul Hadi Awang menjelaskan mengenai peranan yang terbaik bagi sekalian wanita dalam perkhidmatan masyarakat. Perkhidmatan perguruan, perkhidmatan kebajikan dan lain-lain perkhidmatan yang sesuai bagi perwatakan kelemah lembutan kaum wanita yang semula jadi itu. Sebagai seorang ahli politik dalam masyarakat demokrasi, Pemangku Presiden PAS dan Menteri Besar Terengganu itu tahu akan risiko politiknya apabila menyebut isu wanita yang sudah pantang disekat sekarang. Pemimpin ulama itu tahu betapa pentingnya undi dan sokongan wanita, bukan sekadar undi Shahrizat, bahkan undi Irene Fernandez dan Terresa Koh - warga bukan Islam dan bukan Melayu. Tetapi nasihat dan peranan yang terbaik kepada wanita dan masyarakat umumpun penting juga. Apa yang Islam sarankan tentang kedudukan wanita dari sudut pandangan Islam patut diketahui juga. Ustaz Hadi sebagai ulama bertanggungjawab memberi nasihat dan tunjuk ajar. Agak rugi menyebut sesuatu yang wanita bebas lagi ranggi tidak suka dengar, tetapi Ustaz Hadi adalah seorang guru masyarakat, wajar menasihatkan masyarakat. Beliau tentu tahu Dato' Shahrizat akan melenting dan reaksi seperti 'Ustaz Hadi ketinggalan zaman' misalnya sudah diduga. Reaksi Shahrizat itu adalah satu kepuasan untuknya, tetapi nasihat Ustaz Hadi itu adalah satu tanggungjawabnya sebagai guru. Peranan Shahrizat adalah untuk memberi kepuasan kepada wanita agar wanita menikmati apa yang mereka boleh nikmati, tetapi Ustaz Hadi wanita menjadi wanita yang Islam kehendaki. Dalam dunia sebebas sekarang, semua ibu bapa suka anak perempuannya jadi menteri dan berpangkat tinggi, tetapi mereka tidak berapa suka anak laki-lakinya kahwin dengan menteri. Tun Fatimah Hashim, Tan Sri Aishah Ghani, Dato' Paduka Zaliha Ismail antara yang pernah menjadi menteri. Adakah mereka gembira anak mereka beristerikan menteri yang masanya bersama suami terhad. Tidak mustahil wanita secanggih itu terfikir untuk menikahkan lagi anaknya yang sudah beristeri supaya anak jantannya tidak kesunyian dan rendah diri. Masyarakat tidak menghina gadis yang menjadi juara judo dan karate, tetapi mereka memilih yang lemah lembut dan tidak banyak cakap untuk menjadi isteri dan menantu. Semua orang jantan minat dan memuja ratu cantik, tetapi yang mahu mengambilnya sebagai isteri terlalu sikit. Laki-laki berlumba-lumba untuk mendekati ratu cantik dan masing-masing mahu beristeri cantik, tetapi mereka lebih senang beristeri cantik yang bukan ratu cantik. Zaman ini bukan zaman menyimpan anak di dapur. Setiap anak perempuan mesti mendapat pelajaran secukupnya dan mereka diberi pilihan untuk bekerja di luar rumah. Wanita boleh jawat apa yang laki-laki boleh jawat. Banyak contoh perkhidmatan wanita di pejabat dan sebagai ketua lebih cemerlang. Tetapi wanita cemerlang itu juga tidak merasa puas dalam hidupnya kerana terpaksa juga mengurus rumah tangga. Tidak isteri namanya kalau urusan anak dan urusan rumah tangga diuruskan oleh orang lain. Kewujudan institusi orang gaji adalah sekadar pembantu rumah, tetapi urusan rumah itu sendiri terletak pada isteri itu juga. Jika rumah tangga itu tidak bahagia, jalan keluar bagi isteri agak terhad dibandingkan dengan jalan keluar bagi suami. Mana suami tidak kawin lagi kalau bercerai hidup atau mati isteri melainkan dia tidak mahu kawin? Tetapi ramai mana isteri yang bercerai atau suami mati yang sedia kawin lagi tetapi tidak dapat kawin? Risiko besar yang dihadapi oleh wanita berjawatan tinggi ialah suaminya beristeri lain. Dalam masyarakat Barat suami yang tidak sabar atas isteri yang berkerjaya, lazimnya menjadi sundal atau menumpang manja dengan wanita lain. Tetapi bagi suami yang tahu pahala dan dosa, melepaskan suasana tertekannya dengan mencari isteri lain. Shahrizat perlu mencari pakar kaunseling untuk kementeriannya bagi menangani persoalan kebahagian wanita dan keluarga. Soal wanita boleh jadi menteri, perdana menteri, peniaga, duta dan panglima tidak berbangkit lagi kerana ia sudah boleh dicapai tanpa kementerian itu. Tetapi kepuasan dan kebahagian rumah tangga dan keluarga yang macam mana yang dicari? Kewujudan kementerian ini bukan sekadar menentukan bilangan jawatan untuk wanita dan wanita yang berjawatan, tetapi bagaimana penyakit sosial dapat dibendung. Ustaz Hadi tidak melarang wanita menjadi tentera, pemandu trak dan sebagainya. Tetapi beliau tidak pula menyuruh. Apa yang disampaikan ialah satu nasihat yang boleh jadi kaunseling kepada semua. Kaunseling itu sekadar diperlukan oleh kementerian dan Shahrizat sendiripun elok ada kaunseling khas. -zs
Diterbitkan oleh : |