Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

MENGAPA MAHATHIR BERIA-IA SANGAT HENDAKKAN KUASA PENGURUSAN AIR DARIPADA KERAJAAN NEGERI ?

Melihat kepada kesungguhan Dr Mahathir dengan mendesak semua kerajaan negeri menyerahkan pengurusan air kepada Kerajaan Pusat melihatkan adanya sesuatu agenda yang besar dirancangnya yang bertopengkan kepada kelemahan pengurusan air oleh kerajaan-kerajaan negeri.

Kelemahan pengurusan bukanlah perkara baru dan mengapakah sekarang ini ditimbulkan? Adakah ini ada kena mengena dengan pengambil alihan YTL Corporation terhadap Wessex Water Corporation bernilai RM 6.7 Billion ( lihat website YTL : http//www.ytl.com.my/utilities.asp ) ? Adakah setelah kesemua kerajaan negeri bersetuju maka diswastakan keseluruhan pengurusan air kepada YTL Corporation melalui Wessex Water ? Kalau ini berlaku maka bertambah malang lagi nasib rakyat Malaysia ibarat keluar dari mulut harimau masuk mulut buaya ! Sudah tentu harga air tidak akan dikurang malah akan bertambah mahal , dan bagaimana pula dengan mutu dan kualiti air ? Kalau inilah yang dirancangkan oleh Mahathir, terbukti lagilah bahawa beliau memang pengkhianat bangsa, dan siapakah yang akan beruntung akan hal ini ?

Terengganu dan Kelantan awal-awal lagi menolak saranan ini. Kerajaan Sarawak juga menolak langkah ini ( rujuk Sarawak Tribune 5hb Ogos 2003, muka hadapan ). Kerajaan Selangor tampak kurang senang kerana sudah diwujudkan PUAS walaupun ramai wargakota yang kurang puashati. Begitu juga kerajaan-kerajaan negeri yang lain tapi apakan daya Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua menteri ini, jika ditentang cadangan Mahathir ini alamat dipaksa letak jawatanlah dengan fail-fail rasuah dibuka satu persatu. Oleh itu sebagai jalan selamat, mereka melambat-lambat proses ini dengan harapan akan berlanjut ke bulan Oktober, tarikh akhir Mahathir sebagai Perdana Menteri, dan cadanngan hanya tinggal cadangan, itupun kalau PM mengotakan janjinya untuk berundur..

OLEH - WATERBOY






______________________
Terbitan : 8 Ogos 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com