Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Re: KERANAMU MALAYSIA BOLEH SYIRIK?

Keranamu Malaysia…., Bersyukur…….. kerana negara kita aman damai…….., berterima kaseh kepada pemimpin………. dan berbagai-bagai rethorik yang dilakukan oleh UMNO dan pemimpinnya. Demi memulihkan sokongan rakyat kepada mereka. Kita lihat sahaja dalam akhbar-akhbar yang dikuasai oleh UMNO dan BN. Begitu juga dengan TV1,TV2 dan TV3 boleh dikatakan saban hari menyiarkan rethorik-rethorik sebegini. Rethorik sebegini nampak disaat akhir ini begitu belebihan sangat. Kenapa ….. ???? Apabila buka sahaja TV1,TV2 dan TV3 ini lah rethorik yang dipaparkan lagu-lagu Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang, sajak-sajak, puisi-puisi dan berbagai-bagai lagi. Didalam Berita Perdana lagi jam 8.00 malam. Sehingga anak kecil berumur dalam 9 tahun boleh bercakap “ Bosan lah ayah nak tengok TV1,TV2 dan TV3 nie asyik-asyik muka Mahathir aje”.

Tapi puak-puak UMNO nie tanpa jemu jelak memainkan rethorik tersebut. Sehinggakan kalau TV tu harga sepuluh sen sebijik ….dalam lama aku “terajangkan” TV tu …….setiap hari apabila muncul muka Mahathir. Di saat-saat Mahathir menghitung hari sehingga Oktober ini masih mahu lagi disanjung dan dipuji oleh rakyaat ?.

Tanpa kita sedari bahawa slogan KERANA MU MALAYSIA boleh mengkafirkan kita. Kita sebagai orang Islam hendaklah meletakan segala usaha apa sahaja yang kita lakukan kearah KERANAMU ALLAH. Tidak boleh usaha kita yang kita usahakan menjuruskan kepada keduniaan dan akhirat selain dari ALLAH Suhanawatalla. Ini adalah satu fahaman KURAFAT DAN SYIRIK yang dibawa oleh UMNO kepada orang Islam di Malaysia ini.

Ajenda keranamu Malaysia hendaklah kita letakan dalam ajenda yang keseratus dalam hidup kita. Ajenda Keranamu Allah adalah ajenda nombor wahid. Bukan kita selalu mengucapkan dalam sembahayang kita lima kali sehari “ hidup ku dan mati ku kerana Allah tuhan sekelian alam” . Tapi kita syirik kerana meletakkan “KERANAMU MALAYSIA” merupakan ajenda utama dalam hidup kita.






___________________________
Terbitan : 17 September 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)