Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Matlamat gelombang biru gagal....

Setelah beberapa siri Gelombang Biru dan program "pemimpin Bersama Rakyat" yang terang terang menunjukkan ianya adalah aktiviti parti BN/UMNO di kelantan dan Terengganu yang diadakan ditempat terbuka di siang hari, apa yang dapat dikesimpulkan ialah betapa terbukanya kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu bagi membenarkan program seumpama tersebut dijalankan secara terbuka.

Kalau kita ke negeri negeri dikuasai BN/UMNO, program - program seumpama tersebut tidak akan dapat diadakan oleh PAS atau mana mana parti pembangkang.. Kalau diadakan juga, Polis akan mengepung dan memaksa ianya ditamatkan atau menerima pancutan water cannon atau tear gas oleh FRU.

Malah jika program parti pembangkang dijalankan secara tertutup di markaz parti sendiri pun ianya akan dikepung dan dipaksa ditamatkan oleh pihak polis.

Rakyat juga akan melihat betapa wang rakyat (bekas wang royalti) digunakan secara banyaknya untuk kegunaan parti BN/UMNO sedangkan ianya bukanlah harta parti dan ianya adalah wang semua rakyat.

Oleh itu dapat kita simpulkan, matlamat program "gelombang biru" atau "pemimpin bersama rakyat" oleh BN adalah gagal dan inanya hanyalah menunjukkan kerajaan PAS adalah bersikap terbuka dan demokratik.

Anak Perelih






___________________________
Terbitan : 17 September 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)