Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Analisis Pilihan Raya Kampus 2003/2004

ANALISA PILIHANRAYA KAMPUS SESI 2003/2004

UNDIAN ONLINE

Seperti yang kita telah jangka dari awal lagi, UPM akhir jatuh ketangan BARUA-BARUA KERAJAAN. Provokasi dan ugutan dari awal lagi telah menunjukkan betapa seriusnya kerajaan untuk menawan kampus UPM dengan cara yang paling jijik yang dilakukan oleh seorang yang pengecut. Apa yang cuba saya utarakan disini bagaimana pengundian di UPM terdedah kepada penipuan dalam sistem pengundian.

 

Untuk kesekian kalinya kampus UPM pula kali ini mencipta rekod dunia dengan untuk pertama kalinya menggunakan sistem online dalam proses pilihanraya. Setahu saya, belum pernah dalam sejarah dunia pilihanraya menggunakan sistem online. Tak taulah kalau saya ni ketinggalan. Tapi negara maju macam mana pun tak pernah guna sistem online untuk laksanakan proses pengundian. Ini kerana ia tidak demokrasi dan boleh dipertikaikan. Siapa yang boleh memerhatikan proses secara online jika penipuan berlaku. Tanpa hitam putih, tentu sekali data atau keputusan boleh diubah oleh pihak yang mengendalikannya. Sedangkan dalam mana-mana sistem pendaftaran online yang ada sekarang pun akan mengeluarkan kertas sebagai bukti pendaftaran. Cuba kita cari, ada ke tidak pertandingan yang dilakukan secara online dalam dunia ni. Kalau ada pun pertandingan yang tidak menganugerahkan hadiah. Inikan pula pilihanraya yang akan menentukan kepimpinan sesebuah negara atau organisasi.

 

Tapi di UPM, satu sistem demokrasi baru cuba diperkenalkan. Kalau daftar pengundi, bolehlah dibuat secara online. Tapi bagi pilihanraya sebenar, undian perlu dilakukan secara hitam putih. Ini perlu sebagai bukti sahih akan jumlah undian supaya ia tidak dipertikaikan. Apa perlu diadakan sistem online sedangkan kampus UPM bukannya sebesar Malaysia. Pengundi pun cuma 20000 lebih sahaja. Perlaksanaan sistem online ini akan memudahkan pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahguna kuasa untuk memesongkan keputusan pengundian. Sedangkan sistem pendaftaran subjek boleh diceroboh, inikan pula sistem yang baru diguna pakai. Pihak pentadbiran memperjudikan pilihanraya ini untuk memenangkan calon-calon BARUA KERAJAAN.

 

 

UKM MENCABUL KEBEBASAN MAHASISWA

Keputusan rasmi menunjukkan calon idealisme tewas teruk di UKM. Ini memang telah dijangkakan dari awal setelah melihat akan gerakan saraf yang telah dilakukan oleh pihak pentadbiran universiti sejak awal lagi. Antaranya ialah membuang semua pelajar-pelajar yang dikatakan pro pembangkang dari kolej-kolej kediaman yang ada dan mengenakan peraturan pelik dan yang pertama seumpamanya di dunia dengan menghadkan kempen dengan memperkenalkan kempen menggunakan sidang video sahaja pada tahun lepas. Tapi kali ini satu lagi rekod dunia dicipta apabila nombor siri kertas undi pula diambil bagi mengenalpasti pelajar yang menyokong calon idealisme. Ia bertujuan mengugut untuk menakutkan daripada menjalankan tanggungjawabnya. Demokrasi telah tercabul lagi.

 

Kepada semua mahasiswa UKM, kita harus bersatu. Apabili bersatu, pasti kita akan menjadi satu gerombolan besar yang sukar untuk dipecahkan. Jangan takut akan ugutan mereka yang tidak bertanggungjawab. Mereka ini tidak boleh menafikan hak kita sebagai mahasiswa untuk menuntut ilmu, bersuara, berpolitik dan memilih pemimpin yang akan memimpin kita. Semoga ketewasan ini tidak melemahkan perjuangan mahasiswa sekelian. Teruskan perjuangan anda. Pastikan pihak pentadbiran yang zalim akan menerima akibat dari sikap berat sebelah mereka itu. Mereka adalah pengecut dan bacul dan sentiasa berada dalam ketakutan atas kepincangan yang mereka cipta untuk kepentingan kerajaan yang zalim. Teruskan pendedahan akan kepincangan, penyelewengan dan kezaliman pihak pentadbiran. Suarakan kekecewaan anda semua.

 

UTM KITA TAWAN!

Tahniah kepada pejuang-pejuang kebebasan di UTM atas kemenangan calon-calon Idealis yang amat memeranjatkan yang lain dikala pelbagai penindasan terpaksa dilalui oleh mereka. Walaupun puak-puak BARUA KERAJAAN ini tidak dapat menerima kekalahan ini dengan tetap mengatakan mereka adalah pemenangnya, kita tahu ia adalah petunjuk kebangkitan mahasiswa di sana yang tidak mudah terperdaya dengan ugutan dan penindasan pihak pentadbiran universiti. Dalam akhbar Utusan Meloya mengatakan pelajar BARUA KERAJAAN menang 30 manakala Idealis 15 manakala dalam Berita Hairan pula mengatakan kemenangan mereka iaitu 36 untuk BARUA KERAJAAN  dan 9 Idealis dan dalam laman web BARUA KERAJAAN  pula mengatakan mereka menang 23 dan Idealis pula 22. Apa yang sebenarnya berlaku ialah kita menang besar iaitu Idealis memenangi 30 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan. Malah kita turut mengusai kedua-dua kampus termasuk di UTM cawangan Kuala Lumpur.

 

Tetapi kita perlu ingat bahawa, perlantikan presiden dan exco bagi MPP di UTM akan ditentukan oleh pentadbiran UTM yang di pegang penuh oleh NC. Tentu sahajalah golongan minoriti BARUA KERAJAAN ini akan mendapat tempat tertinggi walaupun undinya yang paling rendah. Itulah demokrasi ala kampus yang diajar untuk diadaptasikan oleh mahsiswa apabila keluar kelak. Maka tidak hairanlah BARUA_BARUA KERAJAAN ini mengatakan bahawa mereka menguasai kampus UTM.

 

 

ANALISA PILIHANRAYA KAMPUS : MENGAPA KERAJAAN SUKAR TERIMA KEKALAHAN?

Pada hari Sabtu lepas saya telah membeli 2 akhbar utama iaitu UTUSAN MELOYA(UM) dan BERITA HAIRAN(BH) bagi melihat reaksi akan keputusan pilihanraya kampus yang telah saya ketahui melalui web harakahdaily dan malaysiakini. Terkejut juga bila dalam UM berita pada laman utama mengatakan bahawa 15 daripada 17 IPTA ditawan oleh calon-calon BARUA KERAJAAN.

 

Kalau dalam harakahdaily dan malaysiakini menyatakan kita berjaya menawan semula UTM serta mengekalkan kemenangan di UM, UIAM, USM dan UPSI dan turut menyatakan ketewasan kita di UKM dan UPM. Tapi dalam akhbar media kerajaan ini menyatakan sebaliknya. Menurutnya hanya 2 IPTA sahaja yang ditawan pelajar Idealis iaitu UM dan UIAM. Statistik yang dikeluarkan juga amat pelik dan berlainan antara satu sama lain. Lebih menghairankan kiraan statistik mencampurkan semua sekali kerusi tanpa mengasingkan KERUSI FAKULTI atau KERUSI UMUM. Kerusi umum akan menentukan exco tertinggi MPM dan untuk kerusi umum juga ia menerima undian dari semua fakulti tidak seperti calon fakulti yang hanya menerima undian dari fakulti tersebut sahaja. Jadi kerusi umum menentukan aliran sebenar aspirasi mahasiswa masa kini. Contohnya di UM, 7 kerusi umum disapu bersih oleh calon idealisme. Kekalahan hanya berlaku pada kerusi fakulti sahaja iaitu sebanyak 12 kerusi. Manakala 20 kerusi lagi kita menang.

 

Dari statistik yang dilakukan juga, terdapat perbezaan ketara dalam keputusan di USM, UPSI dan UTM dalam akhbar UM dan BH. Lihat statistik yang telah dibuat oleh BH dan UM dan bezakan sendiri kepincangannya. Dalam statistik UM, ia turut mengklasifikasikan 3 golongan yang bertanding iaitu Aspirasi, Idealis dan yang baru iaitu BEBAS. Entah apa agaknya perjuangan calon-calon bebas ini agaknya. Tapi dalam BH calon-calon bebas ini dianggap sebagai Aspirasi. Tengoklah sendiri statistik yang telah dikeluarkan dibawah:

 

 

 

UTUSAN MELOYA

BERITA HAIRAN

IPTA

JUMLAH

IDEALIS

ASPIRASI

BEBAS

JUMLAH

IDEALIS

ASPIRASI

UKM

32

9

23

 

32

9

23

UPM

45

15

30

 

45

15

30

UM

39

26

13

 

39

26

13

KUKTEM

10

 

10

 

9

 

9

UPSI

24

10

11

3

24

10

14

UIAM

36

21

15

 

36

21

15

UMS

32

 

32

 

33

 

33

UNIMAS

13

2

9

2

13

 

13

UITM

40

 

40

 

204

 

204

USM

37

17

19

1

37

17

20

KUSTEM

15

 

15

 

15

 

15

KUKUM

9

 

9

 

9

 

9

KUTKM

20

 

20

 

20

 

20

KUITTHO

21

 

21

 

21

 

21

UTM

45

15

30

 

45

9

36

UUM

30

1

29

 

30

1

29

KUIM

12

 

12

 

12

 

12

JUMLAH

460

116

344

6

624

108

516

 

Perbezaan ketara dalam keputusan di USM, UTM, UNIMAS dan  UPSI manakala statistik jumlah kerusi yang dipertandingkan berbeza pada KUKTEM dan UMS. Selain itu keputusan di UM pula tidak tepat. Ini semua menunjukkan bukti bahawa statistik yang dikeluarkan ini adalah tidak betul dan palsu. Ia sengaja diada-adakan bagi menyenangkan hati sesetengah pihak dan untuk memberitahu rakyat yang gelombang kebangkitan mahasiswa telah berakhir. Berikut adalah statistik sebenar yang telah dibuat oleh laman malaysiakini.com :

 

Apa yang saya ingin sentuh di sini ialah, mengapa kerajaan melalui UM dan BH tidak dapat menerima kekalahan di USM, UPSI dan UTM. Sepatutnya mereka menerimanya dengan tangan terbuka seperti mana kita mengakui kekalahan di UKM dan UPM walaupun pada hakikatnya mahasiswa telah ditindas dikedua-dua IPTA ini dengan taktik paling kotor dan hina. Kalau sudah kalah tu, mengaku sajalah. Kenapa nak kata menang pula. Memang muka tak tau malu. Kononnya rakyat akan melihat mahasiswa telah menyokong kerajaan. Tapi pada hakikatnya pilihanraya kali ini mahsiswa telah ditindas dengan pelbagai cara oleh pentadbiran universiti. Contohnya di UITM, pelajar idealis tidak dibenarkan bertanding apabila dekan setiap fakulti tidak menandatangani surat pengesahan untuk bertanding walaupun dari segi kelayakan mereka memang layak. Punyalah zalimnya peraturan, sampai nak bertanding pun kena dapat kelulusan dekan. Maka dijaja seluruh Malaysia mengatakan UITM telah membina persatuan mahasiswanya sebelum hari pertandingan iaitu menang tanpa bertanding. Tergambarlah seolah-olah budaya UMNO telah terserap dalam UITM yang mana bagi UMNO pertandingan akan hanya menyebabkan perpecahan. Maka tidak perlu ada cabar mencabar. Itulah demokrasi ala UMNO. Walaupun hakikatnya sebenarnya mahasiswa telah ditekan dari segala sudut.

 

Secara keseluruhannya, kemenangan adalah milik kita. Kita telah mengharungi pelbagai rintangan sebelum menang. Tentu sekali kerajaan tidak akan berpuas hati dengan keputusan ini. Ini terbukti apabila Mahathir mengeluarkan kenyataan pada hari yang sama yang memberi amaran kepada mahasiswa supaya tidak melibatkan diri dalam politik. Menurutnya lagi, mahasiswa yang berpolitik hanya menghabiskan duit rakyat. Itulah kenyataan Mahathir dengan nada yang kecewa.

 

UMNO adalah pihak yang paling kecewa, kerana seluruh jentera telah digunakan untuk menguasai semua IPTA tetapi gagal dan apa yang menjadi tamparan hebat baginya ialah ketewasan di UTM. Kalau dilihat, memang benar UMNO telah mensasarkan UM, UIAM, UPM, UKM, USM, UTM dan UPSI dalam kempen menawan IPTA. Nyata sekali mereka gagal walaupun duit yang telah dilaburkan habis begitu sahaja.

 

Sekalung tahniah kepada semua yang telah berjaya dan ucapatan terima kasih kepada semua petugas pilihanraya yang telah dengan suka rela bertungkus-lumus selama seminggu bagi menjaya pilihanraya ini.

 

 

ANALISA PILIHANRAYA KAMPUS : TAKTIK KOTOR HIMPIT MAHASISWA

Daripada keputusan terkini yang telah kita sama-sama dengar dan lihat, jelas sekali

beberapa rekod dunia telah dicipta SEKALI LAGI dalam pilihanraya kali ini iaitu :

 

q       Pengundian online (UPM)

q       Nombor kertas undi dicatat (UKM)

q       Politik wang

 

UPM telah mencipta sejarah menggunakan kaedah e-voting dalam pilihanraya kampus kali ini. Pihak pentadbiran universiti tahu, adalah mustahil bagi mereka untuk memastikan pelajar-pelajar BARUA KERAJAAN tajaannya menang dalam pilihanraya yang sebenar. Untuk itu satu cara yang boleh menghalalkan niat mereka itu ialah dengan menggunakan undian online yang membolehkan mereka menentukan keputusan pilihanraya. Mungkin ia dapat melindungi sedikit ketidakadilan mereka. Kalau melalui kiraan undi menggunakan kertas, ia amat sukar untuk diputar belit kerana terdapat ramai pemerhati yang mengawal selia kiraan undi. Paling bodoh pun yang dia boleh buat ialah isi kertas undi undi awal-awal dalam peti undi seperti yang berlaku di UTM tahun lepas. Tapi kali ini mereka menggunakan cara yang kononnya canggih.  

 

UKM pula mengikut jejak UPM yang mana pihak pentadbiran begitu hebat menekan pelajarnya semata-mata untuk memberi kemenangan pada pelajar-pelajar BARUA KERAJAAN tajaannya. Setelah gagal pada tahun lepas walaupun pelbagai cara kotor dibuat, kali ini mereka menggunakan teknik yang memang tidak pernah terfikir oleh orang yang waras iaitu mengambil no siri kertas undi dengan tujuan akan menakutkan mahasiswa ketika mengundi. Satu lagi rekod tercipta dan pihak pentadbiran UKM perlu dianugerahkan sebagai pentadbiran paling zalim dan kejam yang sentiasa menindas hak mahasiswa untuk bersuara serta mencabul demokrasi politik mahasiswa di kampus.

 

Bukan itu sahaja teknik jahat yang ditonjolkan oleh kerajaan dalam menjamin mereka untuk mengusai kampus. Cara yang lebih dahsyat telah berlaku apabila politik wang mula memasuki kampus. Pendedahan web Malaysiakini adalah benar dan ini membuktikan betapa kotornya pilihanraya kali ini. bukan sahaja calon BARUA KERAJAAN yang mendapat habuan, tetapi calon Idealis juga turut disogok dengan wang beribu ringgit. Ini terbukti benar apabila ada beberapa calon Idealis dibeberapa kampus, telah disogok dengan wang ringgit sehingga mereka menarik diri pada saat proses penamaan calon.

 

Kita amat sedih atas apa yang berlaku. Tetapi semua ini ada hikmahnya kerana ia dapat menguji seteguh mana calon Idealis dalam menghadapi godaan dan cubaan. Sesungguhnya mereka yang gagal dalam cubaan ini akan mencerminkan identiti sebenar mereka. Sesungguhnya kita tidak memerlukam orang seperti ini dalam kumpulan kita.

 

Kejayaan kita menawan semula kampus UTM serta mengekalkan kemenangan di kampus utama seperti di UM, USM, UIAM dan UPSI adalah satu kejayaan yang sangat membanggakan ketika mana kami terpaksa menempuh arus kuat dalam usaha mencapai kemenangan ini. Kegagalan dikampus-kampus lain terutamanya di UKM dan UPM bukanlah satu ukuran akan kemurungan gerakan mahasiswa. Gerakan mahasiswa akan tetap bersama rakyat dalam memperjuangkan semua isu tidak kira isu kampus, isu dalam negara atau luar negara.

 

Berakhirnya pilihanraya bukan bermakna tamatnya tugas kita. Pemantauan dan kajian perlu dilakukan segera. Kita tentu masih ingat akan pengundian semula di UIAM beberapa sesi yang lepas dimana seorang calon Idealis telah dibatalkan kemenangannya kerana rekod peribadinya yang dikatakan menentang kerajaan. Ia mungkin akan terjadi sekali lagi jika kita terlalu bergembira dengan kepututsan ini. kajian juga perlu dilakukan bagi melihat cara bagaimana untuk menawan semula kampus yang kita tewas, mengekalkan kemenangan di kampus yang ada dan menwan kampus-kampus lain. Semoga perjuangan suci kita ini akan mendapat restu Allah SWT dan diberkatiNya. Insyaallah…..

 

 

FROM ANTIKERAJAAN






___________________________
Terbitan : 16 September 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)