SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Memurnikan Agama IslamSetelah memuji Allah Subhanahu wata’ala, aku khabarkan padamu, bahawa dalam thalabul ‘ilmi (menuntut ilmu agama) bagi wanita, maka aku katakan: Hendaklah wanita memulai dari perkara yang Allah wajibkan atasnya, seperti mulai dengan belajar ilmu tauhid yang merupakan pokok agama ini, kerana Allah tidak akan menerima amalan apa pun dari seorang hamba jika ia tidak mentauhidkan-Nya dalam ibadah tersebut. Sebagaimana Allah berfirman dalam hadis qudsi : “Aku paling tidak perlu kepada sekutu-sekutu dari perbuatan syirik. Siapa yang mengerjakan suatu amalan yang dalam amalan tersebut dia menyekutukan Aku dengan yang lain maka Aku tinggalkan dia dan sekutunya.” Juga mempelajari thaharah, cara bersuci dari haid, nifas dan setiap yang keluar dari dua jalan (qubul dan dubur/kemaluan depan dan belakang), dan mempelajari tata cara shalat, syarat-syarat dan kewajipan-kewajipannya. Demikian pula mempelajari tata cara haji jika ia ingin menunaikan ibadah ini, dan seterusnya... Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda: “Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim.” Setelah itu, jika wanita tersebut termasuk orang-orang yang berkesinambungan dalam menuntut ilmu, maka hendaklah ia menghafal Al-Quran bila memang itu mudah baginya dan juga menghafal hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam, tentunya disertai pemahaman dengan memohon pertolongan kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Kemudian merujuk kitab tafsir kalau ada masalah yang berkaitan dengan Al Quran, seperti Tafsir Ibnu Katsir dan Tafsir Ibnu Jarir. Jika masalahnya berkaitan dengan Sunnah, maka merujuklah kepada kitab-kitab syarah dan fiqih seperti Fathul Bari, Syarhun Nawawi li Shahih Muslim, Nailul Authar, Subulus Salam, al-Muhalla oleh Ibnu Hazm. Dan perkara yang sangat penting dan tak boleh diabaikan dalam hal ini adalah doa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala kerana doa termasuk sebab yang menolong untuk memahami ilmu. Oleh kerana itu, hendaknya seorang insan memohon kepada Allah agar menganugerahkan pemahaman kepadanya. Jika ada para pengajar wanita (guru/ustadzah) yang mengetahui Al-Quran dan As-Sunnah, maka berguru kepada mereka merupakan perkara yang baik, kerana seorang guru akan mengarahkan penuntut ilmu (murid) dan menjelaskan kepadanya kesalahan-kesalahan yang ada. Terkadang seorang penuntut ilmu menyangka sesuatu itu haq (benar), namun dengan perantaraan seorang guru ia boleh mendapatkan penjelasan bahawa hal itu ternyata salah, sedangkan al-haq (kebenaran) itu menyelisihi apa yang ada dalam prasangkanya. Tidak menjadi masalah bagi seorang wanita untuk belajar pada seorang syaikh, akan tetapi dengan syarat selama aman dari fitnah dan harus di belakang hijab (ada tabir pemisah), kerana selamatnya hati tidak boleh ditandingi dengan sesuatu. Jangan engkau menganggap sulit urusan menuntut ilmu kerana Alhamdulillah menuntut ilmu itu mudah bagi siapa yang Allah Subhanahu wa ta’ala mudahkan, sebagaimana firman-Nya: Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran itu untuk pelajaran, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran? (Al-Qamar: 17) Dan sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam: Aku diutus dengan membawa agama yang hanif (lurus) dan mudah. Akan tetapi, ingatlah bahawa ilmu itu memerlukan ketekunan dan kesungguh-sungguhan sebagaimana dikatakan : Berilah kepada ilmu semua yang ada padamu, maka ilmu itu akan memberimu sebahagiannya. Juga sebagaimana dikatakan oleh seorang penyair : Wahai saudaraku, engkau tidak akan memperoleh ilmu kecuali dengan enam perkara. Aku akan beritahukan kepadamu perinciannya. Kepandaian, ketamakan (dalam mencari ilmu), kesungguhan dan memiliki bekal. Berteman dengan guru dan masa yang panjang.” Maksud ucapan sya’ir “bulghah” adalah sesuatu yang boleh dimakan, kerana termasuk perkara yang dapat menegakkan badan adalah makanan. Berhati-hatilah wahai saudariku –semoga Allah menjagamu– dari bersikap taklid (mengikuti tanpa ilmu) dalam masalah-masalah agama, kerana sikap taklid itu adalah kebutaan. Padahal Allah subhanahu wa ta’ala telah memberikan akal kepada manusia dan memberi nikmat dengan akal tersebut sehingga manusia unggul dengannya. Adapun pertanyaanmu “Bagaimana caranya agar seorang wanita boleh menjadi pembahas/peneliti yang kuat (dalam ilmu din)?” Maka jawabnya –semoga Allah menjagamu- : Masalah-masalah ilmu itu beragam dan sungguh Allah Subhanahu wa ta’ala telah mendatangkan untuk agamanya ini orang-orang yang berkhidmat padanya. Maka mereka memberikan setiap macam ilmu itu haknya, sebagai permisalan: Jika suatu masalah itu berkaitan dengan hadis, maka hendaknya engkau merujuk kepada kitab-kitab takhrij seperti kitab Nashbur Rayah oleh az-Zaila’i, at-Talkhishul Habir oleh Ibnu Hajar al-‘Atsqalani dan kitab-kitabnya Syaikh al-Albani hafidhahullah yang padanya ada takhrij seperti Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah dan Silsilah al-Ahadis ad-Dha’ifah. Jika masalahnya berkaitan dengan fiqih, maka hendaklah engkau merujuk kepada kitab-kitab yang memang ditulis untuk membahas fiqih, seperti kitab-kitab yang telah aku sebutkan sebelum ini, demikian seterusnya... Saudariku, semoga Allah menjaga dan memeliharamu... Sanjunglah Allah ‘Azza wa Jalla kerana Dia telah menjadikanmu mengenal bahasa Arab. Aku katakan kepadamu bahawa bahasa Arab saat ini telah banyak mengalami penyimpangan (pembelokan dari bahasa Arab yang fasih) dan telah masuk pada bahasa ini kebengkokan yang memalingkan dari kefasihan. Akan tetapi, masih ada kitab-kitab bahasa Arab yang boleh engkau pelajari dan engkau baca serta engkau pergunakan agar lisan menjadi lurus (fasih dalam berbahasa Arab). Kitab-kitab yang dimaksud adalah kitab-kitab nahwu. Bagi pelajar pemula hendaknya mulai dengan mempelajari kitab Tuhfatus Saniyah, setelah itu kitab Mutammimah al-Ajurumiyah, lalu kitab Qatrun Nada dan Syarhu ibnu ‘Aqil. Dan sepertinya kitab-kitab ini sudah mencukupi bagi penuntut ilmu yang ingin mempelajari ilmu nahwu. Demikianlah wahai saudariku, jangan lupa untuk menyertakan aku dalam doa kebaikanmu kerana doa seseorang untuk saudaranya yang muslim yang jauh dari dirinya itu mustajab (diterima Allah Subhanahu wa ta’ala). Walhamdulillahi rabbil ‘alamin. Ditulis oleh saudarimu fillah Ada sebahagian orang yang membolehkan taqlid. Namun ternyata hujjah mereka sangat lemah. Seandainya ada yang mengatakan bahawa sebahagian ulama membolehkan taqlid dengan dalil dari Al Quran, maka sesungguhnya pendapat itu juga sudah dibantah oleh ulama yang lain, bahkan menjelaskan kerosakan taqlid ini. Berikut ini kami sebutkan keterangan dari Al-Imam Ash-Shan’ani tentang masalah ini: Beliau mengatakan, “Adapun dalil mereka yang membolehkan taqlid ini di antaranya adalah firman Allah subhanahu wa ta’ala: “Maka bertanyalah kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui!” (An- Nahl: 43) Mereka menyatakan bahawa dalam ayat ini Allah subhanahu wa ta’ala memerintahkan mereka yang tidak mengetahui supaya bertanya kepada orang yang lebih mengetahui daripadanya. Jawabnya: Pertama-tama, kita katakan bahawasanya mengikuti satu madzhab imam tertentu dan menerima seluruh pendapatnya -di mana tidak boleh seseorang keluar dari pendapat itu sedikitpun- adalah perbuatan bid’ah. Dan setiap bid’ah adalah sesat, maka apa ertinya berdalil dengan satu kebid’ahan. Perbuatan ini dikatakan sebagai satu kebid’ahan kerana para muqallid (orang yang taqlid) tidak mungkin dapat menyebutkan satu orang di zaman para shahabat yang mengikuti atau taqlid kepada shahabat lainnya dalam semua tindak tanduk dan pendapatnya, atau menggugurkan pendapat shahabat yang lain, atau menta’wil ayat-ayat dan hadis agar sesuai dengan pendapat dan keyakinan orang yang diikutinya. Dan hal ini jelas diketahui oleh siapapun bahawa tidak pernah terjadi demikian di kalangan para shahabat dan bahkan di zaman tiga generasi terbaik umat ini seperti yang telah dinyatakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Sebaik-baik generasi adalah generasiku (yang aku hidup pada masanya), kemudian (generasi) berikutnya dan berikutnya kemudian (mulai) tersebarlah kedustaan.” (HR. Al-Bukhari dari Ibnu Mas’ud) Dan bid’ah taqlid ini baru muncul sesudah tiga abad pertama ini. Adapun ayat yang mereka jadikan sebagai dalil, maka sesungguhnya Allah subhanahu wa ta’ala memerintahkan orang yang tidak berilmu untuk bertanya kepada ahli zikr (ulama). Dan yang dimaksud dengan Adz-zikr adalah Al Quran dan As Sunnah sebagaimana juga dinyatakan oleh Allah subhanahu wa ta’ala dalam firman-Nya: “Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumah kalian dari ayat-ayat Allah dan hikmah (Sunnah Nabimu)!” (Al-Ahzab: 34) Dan firman-Nya: “Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Quran) dan Al Hikmah (As Sunnah).” (Al-Jum’ah: 2). Dengan demikian, perintah Allah subhanahu wa ta’ala dalam ayat ini adalah perintah kepada orang yang jahil (bodoh) supaya bertanya kepada orang yang mengerti tentang Al Quran dan hadis Rasulullah subhanahu wa ta’ala mengenai hal-hal yang terdapat pada keduanya. Dan apabila ulama sudah menerangkan keduanya kepada yang bertanya, maka wajib bagi si penanya untuk mengikuti keterangan yang disampaikan ulama tersebut. Perhatikanlah Ibnu ‘Abbas, bagaimana dia bertanya kepada para shahabat yang lain tentang apa yang diucapkan dan dikerjakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Juga bagaimana para shahabat bertanya kepada para isteri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang hal-hal yang luput dari penglihatan mereka, khususnya kepada ‘Aisyah radiallahuanhuma. Bahkan demikian pula keadaan para tabi’in dan tabi’ut tabi’in, mereka bertanya kepada yang lain tentang ucapan dan perbuatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Dalil kedua mereka adalah hadis tentang seorang pekerja yang berzina dengan isteri majikannya. Ayah pekerja ini mengatakan, “Saya bertanya kepada ahli ilmu, dan mereka menerangkan bahawa anakku harus dihukum cambuk 100 kali dan diasingkan selama satu tahun dan isteri orang ini harus direjam.” hadis ini dikeluarkan oleh Al-Bukhari, dan mereka mengatakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak mengingkari taqlid kepada orang yang lebih berilmu daripada orang tersebut. Jawabnya: bahawasanya orang ini bertanya kepada ahli ilmu dan mereka memberi fatwa dengan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai ketetapan (sunnah) tersebut dalam masalah itu. Dan hadis ini merupakan pendukung bagi ayat tersebut, kerana yang dimaksud dengan bertanya kepada ahli zikr adalah bertanya tentang Al Kitab (Al Quran) dan As Sunnah bukan tentang pendapat mereka peribadi. Dalil berikutnya, seperti disebutkan dalam firman Allah subhanahu wa ta’ala: “Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali.” (At-Taubah: 122) Mereka menyatakan wajibnya menerima peringatan yang disampaikan itu, dan ini bererti taqlid kepada mereka. Jawabnya: Ini menunjukkan ketidaktahuan mereka tentang pengertian lafaz indzar (memberi peringatan). bahawasanya seseorang baru dikatakan memberi peringatan apabila dia menyampaikannya dengan hujjah (dalil) yang jelas. Sedangkan orang yang memberi peringatan tanpa hujjah atau dalil maka dia belumlah dikatakan memberi peringatan. Dengan demikian, pengertian “memberi peringatan” dalam ayat ini adalah memberi keterangan kepada mereka dengan hujjah dan bukti sesuai dengan apa yang telah mereka fahami dari hukum-hukum Islam ini. Dan bukankah sudah jelas bagi kita bagaimana para malaikat penjaga neraka berkata kepada para penghuni neraka, seperti dalam firman Allah subhanahu wa ta’ala: ”Apakah belum pernah datang kepada kamu seorang pemberi peringatan? Mereka menjawab: ‘Benar ada. Sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, lalu kami dustakan dia dan kami katakan: Allah tidak menurunkan sesuatupun; kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar’. Dan mereka berkata pula: ’Seandainya kami mahu mendengar atau memikirkannya nescaya kami tidak akan menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala’.” (Al-Mulk: 8-10) Mereka mengakui bahawa memang sudah datang seorang pemberi peringatan kepada mereka. Dan peringatan tersebut tidak lain adalah dengan hujjah atau dalil. Namun mereka mendustakan peringatan tersebut dengan sikap menentang. Kemudian Allah subhanahu wa ta’ala menyatakan: “Merekapun mengakui dosa mereka.” (Al-Mulk: 11) Akhirnya mereka berkata dengan penuh penyesalan seperti yang disebutkan dalam ayat tersebut. (Seandainya kami mahu mendengar) yakni seandainya kami mahu mengamalkan apa yang kami dengar (atau memikirkannya) ertinya, seandainya kami beramal dengan apa yang kami fahami. Kalau bukan demikian, sebagaimana sudah dimaklumi bahawa sesungguhnya mereka mendengar dan memahami namun mereka tidak mengamalkannya. Dan ini menunjukkan seolah-olah mereka tidak mempunyai pendengaran dan pemikiran. Inilah sekelumit jawapan atas alasan atau dalil orang-orang yang membolehkan taqlid. Perlahan tapi pasti, Islam mulai memasuki rumah-rumah penduduk Makkah. Mulailah terbuka mata mereka, bahawa ini bukan main-main, dan pasti menjadi ancaman terhadap kedudukan mereka selama ini di mata seluruh kabilah Arab. Pada mulanya penduduk Makkah memang tidak menerima seruan dakwah ini. Akan tetapi setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangkit secara terang-terangan menyatakan celaan terhadap sesembahan dan keyakinan mereka, barulah mereka melakukan balasan dan tekanan. Berbagai usaha mereka lakukan untuk membendung dakwah Islam. Di antara mereka ada yang mencuba membujuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam melalui bapa saudaranya yang selama ini menjadi pelindung sekaligus sebagai ganti ayahandanya. Mereka meminta Abu Talib agar menahan kegiatan Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dalam berdakwah. Akhirnya mereka mengutus ‘Utbah bin Rabi’ah dan saudaranya Syaibah, Abu Sufyan Shakhr bin Harb, Abu Jahal ‘Amr bin Hisyam dan lain-lain, menemui Abu Talib dan mengatakan, “Wahai Abu Talib, anak saudaranmu mulai mencaci maki sesembahan kami, mencela agama kami, membodoh-bodohi dan menganggap sesat pemimpin dan nenek moyang kami. (Terserah padamu), apakah engkau akan menahannya dari kami atau kamu serahkan urusannya kepada kami...” Abu Talib memberi jawapan dengan tutur kata yang lembut dan bahasa yang menarik sehingga mereka pun berlalu meninggalkannya. Ada pula kisah yang menyebutkan, setelah mereka mengungkapkan apa yang mereka rasakan kepada Abu Talib, maka diapun segera memanggil Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menemuinya, Abu Talib berkata, “Hai anak saudaraku, mereka ini adalah para pemuka dan pemimpin kaummu. Mereka minta agar engkau menahan diri jangan mencaci maki sesembahan mereka dan mereka pun akan membiarkan engkau bersama sesembahanmu.” Muhammad pun menjawab, “Wahai bapa saudaraku, mengapa tidak kau ajak mereka kepada yang lebih baik dari itu?” Kata Abu Talib, “Apa yang akan engkau serukan kepada mereka?” Beliaupun berkata, “Saya akan mengajak mereka untuk mengucapkan satu kalimat yang (kalau mereka ucapkan), maka seluruh kabilah Arab akan tunduk kepada mereka, dan bahkan mereka akan menjadi raja pula bagi orang-orang ‘ajam (non Arab).” Tiba-tiba Abu Jahal berkata, “Kalimat apa itu, kami akan berikan kepada kamu sepuluh kali lipat dari itu?” Beliau menjawab, “Agar kalian mengucapkan (Tidak ada ilah selain Allah).” Serta merta mereka berpaling dan berkata, “Mintalah yang lain.” Kata beliau pula, “Seandainya kalian letakkan matahari di tanganku sehingga menghanguskannya, saya tetap tidak akan meminta kepada kalian apapun selain kalian mengucapkan kalimat ini.” Akhirnya mereka berdiri dan pergi dalam keadaan marah sambil mengancam, “Demi Allah, kami pasti akan mencaci-makimu dan sesembahanmu yang menyuruhmu melakukan hal ini.” Pergilah para pemuka itu kepada kaumnya seraya berkata, “Teruslah dan bersabarlah kalian beribadah kepada sesembahan kalian, sesungguhnya ini benar-benar sesuatu yang dikehendaki.” Kaum Quraisy pun benar-benar melaksanakan ancamannya. Beberapa orang shahabat dari kalangan fuqara’ dan para hamba menjadi sasaran mereka. Bilal bin Rabah, mendapat siksaan hebat dari majikannya Umayyah bin Khalaf. Setiap kali siksaan itu semakin hebat, Bilal hanya mengatakan, “Ahad (Allah Maha Esa), Ahad.” Khabbab bin Al-Aratt disiksa oleh majikannya Ummu ‘Ammar Al-Khuza’iyyah, bahkan tega memanggang kepala Khabbab dengan besi panas membara. Juga ‘Ammar bin Yasir, ibunya Sumayyah dan ayahnya Yasir, tak terlepas dari penindasan dan siksaan sampai akhirnya Sumayyah gugur sebagai syuhada wanita pertama dalam Islam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri tidak lepas dari perlakuan keji orang-orang kafir Quraisy. Setiap kali ada pemuka Quraisy yang bertemu dengan beliau, selalu mereka meludah di hadapannya, mengumpat beliau dan menaburkan kotoran ke wajahnya. Pernah pula beliau dicekik dan dibanting oleh sebahagian pemuka tersebut. Kadang-kadang apabila dalam keadaan sujud, punggung beliau dilumuri kotoran unta. Atau dilempari benda-benda najis. Namun Allah tetap menjaga dan memelihara beliau, dan menjadikan bapa saudaranya yang masih menganut agama kaumnya sebagai pembela dan penolong. Adapun shahabat yang lain yang berasal dari kalangan hamba dan orang-orang miskin, kalau mereka punya kerabat, maka itulah yang membela mereka, adapun yang tidak memiliki kerabat, semuanya merasakan gangguan keji dari para pemuka Quraisy itu. Namun semua ini adalah sunnatullah (ketetapan Allah) yang berlaku pada hamba-hamba-Nya. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman: “Tidaklah ada yang dikatakan kepadamu melainkan adalah apa yang juga sesungguhnya telah dikatakan kepada para Rasul sebelum kamu. Sesungguhnya Rabb-mu benar-benar mempunyai ampunan dan hukuman yang pedih.” (Fushshilat: 43) “Demikianlah tidak seorang Rasulpun yang datang kepada orang-orang yang sebelum mereka, melainkan mereka mengatakan: ‘Ia adalah tukang sihir atau orang gila.’ Apakah mereka saling berpesan tentang apa yang dikatakan itu. Sebenarnya mereka adalah kaum yang melampaui batas.” (Adz-Dzariyat: 52-53) Dengan semua ujian ini, Allah subhanahu wa ta’ala menaikkan darjat Nabi-Nya dan para pengikutnya. Firman Allah subhanahu wa ta’ala: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti yang dialami orang-orang sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat.” (Al-Baqarah: 214). Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahawa ia dibiarkan saja mengatakan ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sungguh Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui pula orang-orang yang berdusta (hingga firman-Nya): Dan sungguh Allah benar-benar mengetahui orang-orang yang beriman dan sungguh Dia mengetahui orang-orang yang munafik.” (Al-‘Ankabut: 1-11) Maka hendaklah setiap orang memperhatikan susunan ayat ini yang sarat dengan mutiara hikmah Ilahiyah. kerana pada hakikatnya, apabila diutus kepada manusia rasul-rasul, mereka berada di antara dua keadaan. Mengatakan “Kami beriman” atau tidak mengatakan demikian, bahkan terus-menerus di atas kesesatan dan kekafiran. Dengan demikian, siapa yang mengatakan “Kami beriman”, maka Allah pasti mengujinya. Dan siapa yang tidak mengatakan hal ini, maka janganlah dia menyangka bahawa dia telah mengalahkan dan mengungguli Allah. Siapa yang beriman kepada para Rasul dan mentaati mereka, maka musuh-musuhnya akan menyerang dan menyakitinya. Sedangkan kalau dia tidak beriman dan tidak mentaati para Rasul tersebut, maka pasti dia akan menerima balasan yang buruk di dunia dan akhirat. Akan tetapi kesudahan yang baik hanyalah bagi mereka yang beriman dan bertakwa. Beramal shalih memang penting kerana merupakan konsekuensi dari keimanan seseorang. Namun yang tak kalah penting adalah mengetahui persyaratan agar amal tersebut diterima di sisi Allah. Jangan sampai ibadah yang kita lakukan jusetru membuat Allah murka kerana tidak memenuhi syarat yang Allah dan Rasul-Nya tetapkan. Dalam mengarungi lautan hidup ini, banyak duri dan kerikil yang harus kita singkirkan satu demi satu. Demikianlah sunnatullah yang berlaku pada hidup setiap orang. Di antara manusia ada yang berhasil menyingkirkan duri dan kerikil itu sehingga selamat di dunia dan di akhirat. Namun banyak yang tidak mampu menyingkirkannya sehingga harus terkapar dalam kubang kegagalan di dunia dan akhirat. Kerikil dan duri-duri hidup memang telalu banyak. Maka, untuk menyingkirkannya memerlukan waktu yang sangat panjang dan pengorbanan yang tidak sedikit. Kita takut kalau seandainya kegagalan hidup itu berakhir dengan murka dan neraka Allah Subhanahuwata'ala. Akankah kita mampu menyelamatkan diri lagi, sementara kesempatan sudah tidak ada? Dan akankah ada yang merasa kasihan kepada kita padahal setiap orang bernasib sama? Sebelum semua itu terjadi, kini kesempatan bagi kita untuk menjawabnya dan berusaha menyingkirkan duri dan kerikil hidup tersebut. Tidak ada cara yang terbaik kecuali harus kembali kepada agama kita dan menempuh bimbingan Allah Subhanahuwata'ala dan Rasul-Nya. Allah Subhanahuwata'ala telah menjelaskan di dalam Al Quran bahawa satu-satunya jalan itu adalah dengan beriman dan beramal kebajikan. Allah berfirman: “Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shaleh, dan orang-orang yang saling menasihati dalam kebaikan dan saling menasihati dalam kesabaran.” (Al ’Ashr: 1-3) Sumpah Allah Subhanahuwata'ala dengan masa menunjukkan bahawa waktu bagi manusia sangat berharga. Dengan waktu seseorang boleh memupuk iman dan memperkaya diri dengan amal shaleh. Dan dengan waktu pula seseorang boleh terjerumus dalam perkara-perkara yang di murkai Allah Subhanahuwata'ala. Empat perkara yang disebutkan oleh Allah Subhanahuwata'ala di dalam ayat ini merupakan tanda kebahagiaan, kemenangan, dan keberhasilan seseorang di dunia dan di akhirat. Keempat perkara inilah yang harus dimiliki dan diketahui oleh setiap orang ketika harus bertarung dengan kuatnya badai kehidupan. Sebagaimana disebutkan Syaikh Muhammad Abdul Wahab dalam kitabnya Al Ushulu Ats Tsalasah dan Ibnu Qoyyim dalam Zadul Ma’ad (3/10), keempat perkara tersebut merupakan kiat untuk menyelamatkan diri dari hawa nafsu dan melawannya ketika kita dipaksa terjerumus ke dalam kesesatan. Mengucapkan “Saya beriman”, memang sangat mudah dan ringan di mulut. Akan tetapi bukan hanya sekadar itu kemudian orang telah sempurna imannya. Ketika memproklamirkan dirinya beriman, maka seseorang memiliki konsekuensi yang harus dijalankan dan ujian yang harus diterima, iaitu kesiapan untuk melaksanakan segala apa yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya baik berat atau ringan, disukai atau tidak disukai. Konsekuensi iman ini pun banyak macamnya. Kesiapan menundukkan hawa nafsu dan mengekangnya untuk selalu berada di atas redha Allah termasuk konsekuensi iman. Mengutamakan apa yang ada di sisi Allah dan menyingkirkan segala sesuatu yang akan menghalangi kita dari jalan Allah juga konsekuensi iman. Demikian juga dengan memperhambakan diri di hadapan Allah dengan segala unsur pengagungan dan kecintaan. Mengamalkan seluruh syariat Allah juga merupakan konsekuensi iman. Menerima apa yang diberitakan oleh Allah dan Rasulullah Sholallohualaihiwasallam tentang perkara-perkara ghaib dan apa yang akan terjadi pada umat beliau merupakan konsekuensi iman. Meninggalkan segala apa yang dilarang Allah dan Rasulullah Sholallohualaihiwasallam juga merupakan konsekuensi iman. Memuliakan orang-orang yang melaksanakan syari’at Allah, mencintai dan membela mereka, merupakan konsekuensi iman. Dan kesiapan untuk menerima segala ujian dan cubaan dalam mewujudkan keimanan tersebut merupakan konsekuensi dari iman itu sendiri. Allah berfirman di dalam Al Quran: “Alif lam mim. Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan untuk mengatakan kami telah beriman lalu mereka tidak diuji. Dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelum mereka agar Kami benar-benar mengetahui siapakah di antara mereka yang benar-benar beriman dan agar Kami mengetahui siapakah di antara mereka yang berdusta.” (Al Ankabut: 1-3) Imam As Sa’dy dalam tafsir ayat ini mengatakan: ”Allah telah memberitakan di dalam ayat ini tentang kesempurnaan hikmah-Nya. Termasuk dari hikmah-Nya bahawa setiap orang yang mengatakan “aku beriman” dan mengaku pada dirinya keimanan, tidak dibiarkan berada dalam satu keadaan sahaja, selamat dari segala bentuk fitnah dan ujian dan tidak ada yang akan mengganggu keimanannya. kerana kalau seandainya perkara keimanan itu demikian (tidak ada ujian dan gangguan dalam keimanannya), nescaya tidak dapat dibezakan mana yang benar-benar beriman dan siapa yang berpura-pura, serta tidak akan dapat dibezakan antara yang benar dan yang salah.” Rasulullah Sholallohualaihiwasallam bersabda: “Orang yang paling keras cubaannya adalah para nabi kemudian setelah mereka kemudian setelah mereka” (HR. Imam Tirmizi dari sahabat Abu Sa’id Al Khudri dan Sa’ad bin Abi Waqqas Radhiyallahu ‘Anhuma dishahihkan oleh Syaikh Al Albani rahimahullah dalam Shahihul Jami’ no.992 dan 993) Ringkasnya, iman adalah ucapan dan perbuatan. Iaitu, mengucapkan dengan lisan serta beramal dengan hati dan anggota badan. Dan memiliki konsekuensi yang harus diwujudkan dalam kehidupan, iaitu amal. Amal merupakan konsekuensi iman dan memiliki nilai yang sangat positif dalam menghadapi tantangan hidup dan segala fitnah yang ada di dalamnya. Terlebih jika seseorang menginginkan kebahagiaan hidup yang hakiki. Allah Subhanahuwata'ala telah menjelaskan hal yang demikian itu di dalam Al Quran: “Bersegeralah kalian menuju pengampunan Rabb kalian dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi yang telah dijanjikan bagi orang-orang yang bertakwa kepada Allah.” (Ali Imran:133) Imam As Sa’dy mengatakan dalam tafsirnya halaman 115: “Kemudian Allah Subhanahuwata'ala memerintahkan untuk bersegera menuju ampunan-Nya dan menuju syurga seluas langit dan bumi. Lalu bagaimana dengan panjangnya yang telah dijanjikan oleh Allah Subhanahuwata'ala kepada orang-orang yang bertakwa, merekalah yang pantas menjadi penduduknya dan amalan ketakwaan itu akan menyampaikan kepada syurga.” Jelas melalui ayat ini, Allah Subhanahuwata'ala menyeru hamba-hamba-Nya untuk bersegera menuju amal kebajikan dan mendapatkan kedekatan di sisi Allah, serta bersegera pula berusaha untuk mendapatkan syurga-Nya. Lihat Bahjatun Nadzirin 1/169 Allah berfirman: “Berlumba-lumbalah kalian dalam kebajikan” (Al Baqarah: 148) Dalam tafsirnya halaman 55, Imam As Sa’dy mengatakan: “Perintah berlumba-lumba dalam kebajikan merupakan perintah tambahan dalam melaksanakan kebajikan, kerana berlumba-lumba mencakup mengerjakan perintah tersebut dengan sesempurna mungkin dan melaksanakannya dalam segala keadaan dan bersegera kepadanya. Barang siapa yang berlumba-lumba dalam kebaikan di dunia, maka dia akan menjadi orang pertama yang masuk ke dalam syurga kelak pada hari kiamat dan merekalah orang yang paling tinggi kedudukannya.” Dalam ayat ini, Allah dengan jelas memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk segera dan berlumba-lumba dalam amal shalih. Rasulullah Sholallohualaihiwasallam bersabda: “Bersegeralah kalian menuju amal shaleh kerana akan terjadi fitnah-fitnah seperti potongan gelapnya malam, di mana seorang mukmin bila berada di waktu pagi dalam keadaan beriman maka di petang harinya menjadi kafir dan jika di petang hari dia beriman maka di pagi harinya dia menjadi kafir dan dia menggadaikan agamanya dengan harta benda dunia.” (Shahih, HR Muslim no.117 dan Tirmizi) Dalam hadis ini terdapat banyak pelajaran, di antaranya kewajipan berpegang dengan agama Allah dan bersegera untuk beramal shaleh sebelum datang hal-hal yang akan menghalangi darinya. Fitnah di akhir zaman akan datang silih berganti dan ketika berakhir dari satu fitnah muncul lagi fitnah yang lain. Lihat Bahjatun Nadzirin 1/170 kerana kedudukan amal dalam kehidupan begitu besar dan mulia, maka Allah Subhanahuwata'ala memerintahkan kita untuk meminta segala apa yang kita inginkan dengan amal shaleh. Allah berfirman di dalam Al Quran: “Hai orang-orang yang beriman, mintalah tolong (kepada Allah) dengan penuh kesabaran dan shalat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar.” (Al Baqarah:153) Lalu, kalau kita telah beramal dengan penuh kekhusyukkan dan kesabaran apakah amal kita pasti diterima? Amal yang akan diterima oleh Allah Subhanahuwata'ala memiliki persyaratan-persyaratan yang harus dipenuhi. Hal ini telah disebutkan Allah Subhanahuwata'ala sendiri di dalam kitab-Nya dan Rasulullah Sholallohualaihiwasallam di dalam hadisnya. Syarat amal itu adalah sebagai berikut: Pertama, amal harus dilaksanakan dengan kemurnian semata-mata mencari redha Allah Subhanahuwata'ala. Allah Subhanahuwata'ala berfirman; Dan tidaklah mereka diperintahkan melainkan agar menyembah Allah dengan memurnikan baginya agama yang lurus”. (Al Bayyinah: 5) Rasulullah Sholallohualaihiwasallam bersabda: “Sesungguhnya amal-amal tergantung pada niat dan setiap orang akan mendapatkan sesuatu sesuai dengan niatnya.” (Shahih, HR Bukhari-Muslim) Kedua dalil ini sangat jelas menunjukkan bahawa dasar dan syarat pertama diterimanya amal adalah murni, iaitu semata-mata mencari wajah Allah Subhanahuwata'ala. Amal tanpa disertai dengan kemurnian maka amal tersebut tidak akan diterima oleh Allah Subhanahuwata'ala. Kedua, amal tersebut sesuai dengan sunnah (petunjuk) Rasulullah Sholallohualaihiwasallam. Beliau bersabda: “Dan barang siapa yang melakukan satu amalan yang tidak ada perintahnya dari kami maka amalan tersebut tertolak.” (Shahih, HR Muslim dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha) Dari dalil-dalil di atas para ulama sepakat bahawa syarat amal yang akan diterima oleh Allah Subhanahuwata'ala adalah murni dan sesuai dengan bimbingan Rasulullah Sholallohualaihiwasallam. Jika salah satu dari kedua syarat tersebut tidak ada, maka amalan itu tidak akan diterima oleh Allah Subhanahuwata'ala. Dari sini sangat jelas kesalahan orang-orang yang mengatakan “ Yang penting kan niatnya.” Yang benar, harus ada kesesuaian amal tersebut dengan ajaran Rasulullah Sholallohualaihiwasallam. Jika istilah “yang penting niat” itu benar nescaya kita akan membenarkan segala perbuatan maksiat kepada Allah Subhanahuwata'ala dengan dalil yang penting niatnya. Kita akan mengatakan para pencuri, penzina, pemabuk, pemakan riba, pemakan harta anak yatim, perompak, penjudi, penipu, pelaku bid’ah (perkara-perkara yang diadakan dalam agama yang tidak ada contohnya dari Rasululah) dan bahkan kesyirikan tidak boleh kita amalkan kerana kita tidak mengetahui bagaimana niatnya. Demikian juga dengan seseorang yang mencuri dengan niat memberikan nafkah kepada anak dan isterinya. Apakah seseorang melakukan bid’ah dengan niat beribadah kepada Allah Subhanahuwata'ala adalah benar? Apakah orang yang meminta kepada makam wali dengan niat memuliakan wali itu adalah benar? Tentu jawapannya adalah tidak. Dari perbahasan di atas sangat jelas kedudukan dua syarat tersebut dalam sebuah amalan dan sebagai penentu diterimanya. Oleh kerana itu, sebelum melangkah untuk beramal hendaklah bertanya pada diri kita: Untuk siapa saya beramal? Dan bagaimana caranya? Maka jawapannya adalah dengan kedua syarat di atas. Masalah berikutnya, juga bukan sekadar memperbanyak amal, akan tetapi benar atau tidaknya amalan tersebut. Allah Subhanahuwata'ala berfirman: “Dia Allah yang telah menciptakan mati dan hidup untuk menguji kalian siapakah yang paling bagus amalannya.” (Al Mulk: 2) Muhammad bin ‘Ajlan berkata: “Allah Subhanahuwata'ala tidak mengatakan yang paling banyak amalnya.” Lihat Tafsir Ibnu Katsir 4/396 Allah Subhanahuwata'ala mengatakan yang paling baik amalnya dan tidak mengatakan yang paling banyak amalnya, iaitu amal yang dilaksanakan dengan murni dan sesuai dengan ajaran Rasulullah Sholallohualaihiwasallam, sebagaimana yang telah diucapkan oleh Imam Hasan Bashri. Kedua syarat di atas merupakan makna dari kalimat Laa ilaaha illallah – Muhammadarrasulullah.
Diterbitkan oleh : |