Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Surat Terbuka kepada Saudara Wan Ahmad Wan Sudin

Sabahatku ,

Telah lebih 10 tahun saya mengenali saudara. Semasa saudara sedang menghabiskan pengajian Master , saya baru saja memasuki USM pada 1997. Saudara pernah menjadi presiden PMIUSM dan PMUUSM.

Selepas saudara diberhentikan kerja dari PERWAJA ( mengecilkan operasi syarikat ), saudara ada menghantar 'resume' kepada saya . Saya ada mencadangkan kepada pihak Tati untuk mempertimbangkan saudara memegang jawatan di Tati Production. Akhirnya saudara dipilih menjadi Pengurus Besar.

Sahabatku,

Saya terpaksa menukilkan coretan ini, kerana sahabatku telah agak melampaui sejak akhir-akhir ini. Mengapa sahabatku sanggup membuat pembohongan demi pembohongan di dalam media arus perdana. Tidakkah saudara membuka pekung di dada. Tidakkah segala yang berlaku ini adalah sandiwara saudara. Saya teringat kisah Tsa'labah , waktu miskin beriman tetapi bila dah kaya lupa kepada Allah.

Saya terpaksa membuat penjelasan kepada pembohongan saudara, kerana ramai rakan-rakan kita dari seluruh pelusuk tanahair menghubungi saya bertanya hal saudara.

Isu poster PAS.

Badan perhubungan PAS tak pernah menempah sebarang poster PAS dengan Tati Production. Yang menempah Poster ialah At-Tibyan Print ( Sila lihat Surat tempahan ). Saudara telah membuat pembohongan besar. Pihak Tati sendiri telah menghantar sebutharga 4 sen sekeping. Memang tak dapat dinafikan harga asal 6 sen ( bukan 7 sen sebagaimana auta saudara). Tetapi lupakah saudara harga demikian untuk ketebalan 80 mikron, tetapi saudara telah bersetuju 4 sen untuk ketebalan 60 mikron. Kos untuk sekeping ialah 3.2 sen . Untung bersih 24 ribu. Saudara berbohong Tati rugi RM 90 ribu. Patutlah saudara di pecat. Saudara kata saudaralah yang bersungguh-sungguh menghalang supaya kos di tingkatkan, tetapi dalam pertemuan kita tak pernahpun saudara merungut. Sekali lagi saudara berbohong.

Isu Pemecatan

Sebagai seorang kawan, saya datang berjumpa saudara di pejabat Tati Production ( Seminggu sebelum saudara di pecat ) bertujuan untuk meminta saudara berundur dari Tati, tetapi saudara dengan angkuh menyatakan akan tetap mempertahankan jawatan sebagai pengurus besar Tati. Penasihat saudara ialah Baharuddin dan Solehuddin ( saudara mengatakan merekalah yang bersungguh-sungguh meminta supaya saudara mempertahankan jawatan).

Dalam surat pemecatan, Pihak Ahli Lembaga Pengarah Tati telah membuat keputusan untuk memecat saudara ( FASAL 5.1 ), setelah mendengar pembohongan saudara di dalam satu mesyuarat di Kuala Terengganu pada 7 Ogos 2003. Alasan pemecatan ialah :

i. Terlibat dengan perniagaan secara tidak langsung dengan ECODUA Sdn Bhd. Sebuah syarikat yang menjadi pesaing kepada Tati Production.

ii. Saudara cuba menggunakan wang milik Tati berjumlah RM 200,000.00 ( Suntikan modal kepada HARA Engineering & Construction Sdn Bhd bagi mengaktifkan akaun ECODUA Sdn Bhd.

Dalam kenyataan akhbar saudara ada menyebut, saudaralah orang yang menghalang supaya berlakunya perniagaan kelapa sawit. Bohong benar saudara. Tidakkah saudara telah mengaku semasa kita berjumpa, saudara dan Johari yang membuat kertas kerja projek untuk memohon kelulusan bagi urusniaga tersebut. Saudara juga telah menipu Zakaria dan Dr Saiful.

Saudara juga ada bagitahu yang saudara selalu ke Ajil kononnya untuk mendapatkan duit RM500 ribu yang saudara telah laburkan bagi pihak Tati. Tidakkah saudara ke sana supaya pihak HARA masukkan RM 200 ribu ke akaun EKODUA Sdn Bhd. Tidakkah salah seorang pemegang saham ialah Kamariah Abdul Kadir , isteri saudara (Guru Kumpulan A - mana boleh terlibat dengan perniagaan ). Antara kandungan SMS saudara ialah ( No Account Ecodua RHB KMN - 2-63024-0000256-2, Tolong TT RM 200 ribu nak aktif akaun ).

Saudaraku,

Jangan ingat saudara boleh tipu semua orang. Bertaubatlah saudara.

Sekian dulu untuk tatapan Che Wan dan sahabat-sahabatku untuk penjelasan kepada kes Che Wan Ahmad, sahabat kita yang telah gugur dek terpengaruh dengan kebendaan dan lupa balasan akhirat….

Yang Benar,
Ariffin Deraman,
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu
Ex-USM 1992






___________________________
Terbitan : 4 September 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)