SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Dr Mahathir seorang pengukirNilai Keislaman dan Kemelayuan karya agung Dr.M. Andai di ibaratkan Dr.M itu seorang pengukir, maka beliau hari ini merupakan seorang pengukir yang telah berjaya menghasil karya agung seantero negara. Beliau seorang super manusia yang secara halus dan telitinya melarik corak-corak indah di setiap bucu batu ukirannya. Maka terpamirlah ukiran tinggi nilai sedap dipandang mata, dengan motif 'pucuk rebung' itu lahirlah erti kemelayuan. Maka jika diandaikan ukirannya itu berupa sebuah kitab, atau buku... Maka pastinya buku itu tebal oleh pengalamannya serta lama pemerintahannya. Demikian pula tempat lapiknya pula dijulang oleh rehal emas relau permata adanya... Semudahnya rehal melambangkan keislaman pemikirannya apalagi diperbuat gah sedemikian rupa... Dengan mudah perkataan Dr. M merupakan seorang pengukir yang mahir, agung lagi harus disanjung mulia. Namun memang benarlah kata Dr. M bahawa Melayu mudah lupa, maka beliau sendiri sebenarnya terlupa memadam pada ukirannya, kerana kita melihat ukirannya itu mencorakkan sebuah buku "555"... Mereka kata "Don't judge a book from it's cover!", kita pun balas macam tu juga!.
Diterbitkan oleh : |