Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Noh Omar Sengaja Mengundang Bala

Jika benar seperti yang didakwa, YB Noh Omar,Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri turut terlibat merangsang seorang pegawai kanan Pihak Berkuasa Tempatan untuk merampas sebidang tanah wakaf masjid untuk tujuan pembinaan sebatang projek jalan,nescaya Umno Selangor terpaksa berdepan dengan satu lagi isu besar yang akan terus menghakis sokongan pengundi Melayu Islam dinegeri termaju itu.

Tindakan Noh itu diibaratkan mencurah minyak keatas api yang masih lagi membara lantaran keterlajakan Pengamal Rasuah Terkemuka DS Dr.Mohd Khir Toyo meruntuhkan sebuah surau (masjid) di Bangi tidak berapa lama dulu.

Noh yang sudah pasti akan dilantik sebagai Ketua Penaja Umno Bahagian Tanjong Karang seharusnya memilih jalan lain untuk melafazkan ucapan terima kasih kepada Khir,bukan dengan cara membebankan MB Muda itu yang telah sedia dilanda aneka masalah kronik.

Diberitakan Khir terpaksa menyinggung perasaan bekas MB Dato Seri Abu Hassan Omar yang menagih jawatan Ketua Penaja,semata-mata ingin memberi muka kepada Noh.

Perlu diingat,masjid yang dilibatkan dengan perampasan tanah wakaf tadi,adalah merupakan kubu kuat penyokong Abu Hassan sejak bekas MB itu mengetuai Umno Bahagian Kuala Selangor pada 1978 sehinggalah kini.

Walau Abu Hassan sudah tidak lagi menjadi Ketua Bahagian,tetapi pengaruhnya masih ada. Kemungkinan penyokong-penyokong Abu Hassan untuk menelanjangkan Noh jangan dipandang ringan. Jika ini berlaku peluang Noh untuk mempertahankan kerusi parlimennya di Tanjong Karang adalah tipis.

Kemenangan Noh bermajoritikan tak sampai 2200 undi keatas Dr Yusof Wahab calon Pas pada pilihanraya umum 1999 adalah dengan sokongan padu pengundi Cina di Dun Sekinchan. Kini Dun Sekinchan telah masuk ke Parlimen Sungai Besar yang berketuakan Khir sendiri.

Ertinya Noh hanya mengharap sokongan pengundi bukan Melayu di Dun Permatang yang dikuasai Abu Hassan ketika ini. Mungkin Abu Hassan terus setia pada parti,tetapi anak buah dan pengikutnya yang rasa terkilan terhadap Khir dan Noh tidak dapat dipastikan kesetiaan mereka.

Isu Noh berbinikan bekas tukang gunting rambut unisex sebagai penyedap keduanya dan gelaran Kambing yang dipopularkan di Tanjong Karang telah mula hebah di Dun Permatang.Lebih dari itu seorang rakan lama Noh sewaktu sama-sama menuntut di SM Teknik Kuantan turut terlibat menjaja isu betapa YB itu kerap mengunjungi premis-premis jalang high class di Ibukota.

Apakah senario diatas merupakan bala kerana persubahatan Noh merampas tanah wakaf tadi atau sememangnya perancangan dalaman Umno untuk mengusir beliau ? Sebelum terlambat Noh mesti bertindak untuk membersihkan namanya. Tetapi apakah rakyat percaya jika beliau membuat penafian sehingga berbuih mulut? Sama-sama kita tunggu !

Orang Dalam.






___________________________
Terbitan : 6 September 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)