Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Penggunaan "Muslim Terrorists" oleh Radio 6 RTM

Oleh : don kun

Assalamualaikum,

Untuk makluman tuan, berita yang disampaikan oleh RTM Radio 6 selalu menggunakan perkataan "Muslim Terrorists" dalam bahasa Tamil apabila merujuk kepada insiden di Bali , Iraq dan Kashmir. Bagaimana pun saya diberitahu oleh seorang India Muslim apabila melibatkan pegerakan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE), sebaliknya perkataan "pejuang" yang dirujuk kepada LTTE.

SAkit hati saya apabila diberitahu selalu perkataan "muslim terrorist"(dalam bahasa Tamil) digunakan apabila merujuk kepada keganasan yang berlaku di negara Islam sedangkan 90% daripada kakitangan yang bekerja di bahagian berita RTM daripada orang Islam. Perkara ini sebanarnya telah dimaklumkan oleh ustaz yang bertanggungjawab di RTM tetapi dipandang rendah oleh kakitangan Berita.

Sebenarnya saya tak tahu kepada siapa nak mengadu. saya sangat sedih apabila diberitahu ustaz berkenaan sampai terketar-ketar(Barangkali sangat marah) semasa menerangkan kejadian ini kepada pihak penggurusan tetapi disambut dingin dalam mesyuarat dan boleh gelak-gelak lagi. Harap pihak tuan dapat hebahkan perkara ini supaya nanti diharap ada arahan dari kementerian sampai kepada kakitangan Berita radio ini. Depa ni kalau dapat arahan dari atas baru patuh 100%.

sekian.






___________________________
Terbitan : 1 September 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com