Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Masalah BERNAS

Assalamualaikum,

Saya ingin mengulas isu BERNAS yang agak hangat diperkatakan sekarang ini. Menurut mereka, kerugian adalah kerana masalah penyeludupan beras. Jika ini benar, baguslah. Saya antara ramai pengguna yang inginkan harga yang berpatutan, dan kualiti yang tinggi. Kalau petani Malaysia dan BERNAS tidak boleh menyaingi negara jiran khususnya Thailand, saya cadangkan anda semua tutup kedai dan tanam benda lain pulak.

Dari segi ekonomi globalisasi, specialization ni penting. Kita tak boleh buat semua, dan menjadi terbaik dalam semua. So senang saja, jika tak boleh, buat benda lain yang kita lebih baik daripada mereka. Kalau nak lawan jugak, persiapkan diri dengan pengetahuan yang tinggi, untuk membolehkan anda mengeluarkan beras pada kos yang murah.

Saya tak setuju kerajaan bagi subsidi sana sini, kerana returnnya sikit sahaja. Pasal 'strategic reserve' kita ada gudang simpanan yang besar-besar di banyak tempat, so simpan dan cukup untuk bekalan negara untuk beberapa minggu jika bekalan terputus.

Perbezaan harga yang ketara antara beras Malaysia dan Thailand menyebabkan penyeludupan yang berleluasa. Jangan salahkan penyeludup. Mereka boleh seludup beras, campur dengan kos pengangkutan dan risiko tangkapan, tapi masih boleh jual lebih murah daripada yang di dalam Malaysia. Maknanya pengeluaran beras kita tidak effisien langsung.

Jangan bazirkan duit. Lawan atau buat benda lain. Jangan kerana 3000 pekerja BERNAS, 22 juta rakyat Malaysia merana dengan harga beras yang dibuat-buat tinggi walaupun boleh dijual dengan murahnya. Kerajaan bertanggungjawab melatih semula pekerja BERNAS untuk bekerja di sektor lain jika perlu. Subsidi yang ni takpelah jugak.

Wassalam

Engineer Terengganu






___________________________
Terbitan : 3 September 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)