SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun SPR cuba alih perhatian rakyatOleh: Hantu Raya SS. Nampaknya SPR nak cuba pujuk hati rakyat supaya mereka percaya bahawa SPR benar-benar jujur dan telus kendalikan pilihanraya akan datang dengan mencanang ' gendang kosong '. Bagi rakyat prihatin dan membuat kajian apa yang dibuat oleh SPR dengan Puteri Umno, cakap-cakap begitu tambah lagi membuat rakyat ' tak pecaya 'dan meluat. Dulu-dulu , bolehpun rapat umum dilakukan di negara ini. Cuma selepas BN/Umno sudah hilang kepercayaan orang Melayu, berbagai-bagai sekatan dilakukan untuk mengembalikan kepercayaan mereka itu. Bagi kita tak payahlah SPR nang canang macam-macam janji. Kembalikan demokrasi sebenarnya kepada rakyat macam zaman-zaman PM sebelum Mahahtir ni .Tak payahlah cakap berbelit-belit macam ular begitu Sila baca keratan akhbar kumpulan Utusan Meloya yang membuat laporan SPR di bawah ni : Rapat umum dibenarkan -- Jika parti bertanding patuh Kod Etika Pilihan Raya, dapat permit polis Oleh: NAZERI NONG SAMAH PUTRAJAYA 16 Sept. - Rapat umum akan dibenarkan semula pada pilihan raya umum ke-11 akan datang jika semua parti bertanding bersetuju untuk mematuhi Kod Etika Pilihan Raya (KEPR) yang antara lain memerlukan permit polis. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, parti pemerintah menerusi Barisan Nasional (BN) dan pembangkang dipanggil untuk berbincang bagi meluluskan KEPR sebagai buku dokumen rasmi SPR. ``Rapat umum, setelah mendapat permit polis boleh diadakan seperti yang dirangka di dalam Kod Etika Pilihan Raya. Ini membuktikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan tugasnya supaya semua parti politik boleh menyampaikan mesej kempen mereka,'' katanya. Beliau memberitahu demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan majlis pertemuan SPR dengan parti-parti komponen BN dan penyokong kerajaan di Ibu Pejabat SPR, di sini hari ini. Antara pemimpin BN yang hadir ialah Setiausaha Agung BN, Tan Sri Mohamed Rahmat dan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib serta wakil-wakil anggota komponen BN dari Sabah dan Sarawak. Ditanya sama ada SPR telah membincangkan perkara itu dengan polis, beliau berkata: ``Sudah tentu. Perkara ini telah dibincangkan. (Setiausaha SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah menjelajah ke seluruh negara untuk membincangkan perkara ini dengan polis.'' Abdul Rashid bagaimanapun berkata, SPR mempunyai kuasa untuk bertindak melarang serta-merta terhadap mana-mana rapat umum atau apa sahaja bentuk aktiviti yang melanggar KEPR sepanjang tempoh pilihan raya itu. ``SPR ibarat pengadil jika nampak kesalahan akan terus bertindak,'' katanya.
Diterbitkan oleh : |