SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Konspirasi Dolah - FBI ?Cucu ulama tersohor Sheikh Abdullah Fa`him tidak menampakkan sebarang tanda beliau akan berbuat sesuatu untuk mendinginkan sedikit bahang kemarahan rakyat yang telah sekian lama dinyalakan oleh PM Tua Mahathir Haprak. DS Abdullah Badawi yang bakal dinobatkan sebagai PM ke-5 tak sampai pun empat puluh hari lagi,nampaknya terus selesa dengan kezaliman apabila beliau tidak teragak-agak menyambung tempuh tahanan dua tahun lagi, terhadap sembilan orang mangsa kezaliman ISA termasuk anak lelaki TG Dato Nik Abd Aziz Nik Mat,MB Kelantan. Tuduhan palsu KMM (Kumpulan Mujahidin Malaysia) yang dikenakan keatas mereka bagi membolehkan si Taik Lembik menghalalkan undang-undang drakoniannya itu, kian menyerlahkan betapa Dolah memiliki bakat besar untuk mewarisi segala kelaknatan dan kehaprakkan si Mahataik Mahathir. Jangan sesekali menaruh harapan Dolah akan mengotakan janjinya untuk melaksanakan pemerintahan adil saksama seperti yang pernah dilafazkan melalui lidah bercabangnya beberapa bulan lalu,Abaikan sahaja andaian karut konon si Taik Lembik itu akan membebaskan DS Anwar Ibrahim apabila dia berkuasa November nanti ! itu hanyalah propaganda barua-baruanya untuk mengendurkan emosi rakyat disamping menimbulkan sedikit keraguan sesama komponen Barisan Alternatif. Si Taik Lembik barangkali beranggapan dirinya sudah cukup handal kerana setakat ini telah berjaya menghalang hasrat si Tua Haprak untuk tidak bersara akhir Oktober ini,tetapi dia harus menyedari PM Tua itu belumlah lagi lumpuh sepenuhnya. Mungkin masih ada senjata sulit yang secara tiba-tiba boleh menghantar si Taik Lembik itu ke Institut Jantung Negara untuk tidak membolehkannya mengangkat sumpah sebagai PM ke-5, 1 November nanti. Justeru itu, sTL janganlah angkuh sangat,belum tentu lagi kerusi Nombor 1 itu menjadi miliknya! Rakyat yang sudah begitu meluat dengan kehaprakkan Umno BN sudah dapat membaca sejauhmana kehandalan sTL. Kehandalannya menahan kemaraan si Tua Haprak bukannya tulen. Sesetengah pendapat merumuskan, tanpa khidmat nasihat dari agen FBI Amerika yang telah membuka pejabatnya di KL Februari lalu, sTL tidak mungkin sehandal itu. Jika itu benar, potensi sTL untuk menjadi boneka kuasa asing adalah jelas. Logiknya ada, jika dikaitkan penyambungan tempuh tahanan mangsa-mangsa ISA tadi dengan apa yang dilaporkan bahawa Parves Musharraf barua Amerika di Pakistan telah menahan 13 orang pelajar Malaysia yang disyakki ada hubungan dengan teroris,ternyata sTL sedang menyiapkan diri sebagai barua baru Amerika dirantau sebelah sini. Mungkin si Tua Haprak sudah tidak mendapat sebarang tempat lagi dihati Bush,lantas White House memilih sTL. Ya ! tugasan pertama sTL sebelum disahkan sebagai barua baru Uncle Sam ialah melanjutkan tempuh tahanan mangsa ISA tersebut yang kononnya pro-teroris dan sebagai ganjarannya FBI akan mempastikan sTL bersemayam di Putrajaya mulai tanggal 1 November ini tanpa sebarang halangan. Tidak mustahil sTL nanti akan lebih haprak dari si Tua Haprak Mahathir. Penindasan terhadap Islam mungkin lebih hebat dari era Mahathir sendiri. Bukankah sTL telah berikrar akan memerangi Pas (Parti Islam) bermula dari desa kekota dan dari sekolah sehinggalah kejalan-jalan raya. Rakyat jelata khususnya Melayu Islam yang masih cintakan agama dan bangsa jangan sekali memandang enteng ikrar sTL itu. Jika sTL menindas dan memutar belitkan Islam,sudah pasti lebih berbahaya dari Mahathir,kerana Mahathir sudah diketahui umum sebagai bapak jahil yang tidak mengerti agama,tetapi sTL yang memiliki latar belakang ilmu Islam akan mengIslamkan semua bentuk tindak tanduknya nanti sebagai lesen untuk meneruskan kezaliman dan kehaprakkannya. Pendokong Islam,kebenaran dan keadilan tidak sewajarnya mengandaikan akan wujud sedikit perobahan apabila sTL menaiki takhta,kerana yang berubah itu hanyalah batang tubuh individu saja,sedangkan parti yang dipimpin dan sistem yang dianuti sTL serta barua-baruanya tetap Umno BN pelopor kezaliman terulung sampai bila-bila. Itulah satu-satunya warisan Mahathir kepada sTL Umno BN Haprak ! Apakah rakyat masih boleh tidur lena,jika kezaliman sang penguasa terus berleluasa,justeru itu kalau tidak mahu asyik diperhamba dan diperbinatangkan sehingga ke cucu cicit, ayuh mari sama-sama kita ranapkan kezaliman itu dengan memberi ruang kepada BA untuk merealisasikan manifestonya! Lawan Tetap Lawan ! Lawan Sampai Menang ! Inderaloka.
Diterbitkan oleh : |