Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

SAMPAH + NENEK

DIARI BANG MAILY

HARI ini hari ahad bersama 14 September, 2003. Hari ini saya tak ke mana-mana selain malam nanti mahu ke Sekolah Menengah Kelombong kerana dimohon khidmat memperbaiki persembahan teater anak-anak di sekolah berkenaan. Jadi hari ini saya di rumah saja sambil makan ubat/urut binjul yang kelmarin terlanggar pintu cerpen Kompleks Haji di Sembulan.

Kebetulan Alidin menelefon dan mengajak minum di tempat biasa dan sebelum bertolak saya sempat melihat timbunan sampah dan tiba-tiba saya ternampak seorang nenek sedang membongkar sampah. Saya segera memutar hala tuju dan menghampiri nenek itu dan segera memotret lewat kereta dan kepingin untuk menulis dan menghantarnya ke KEMSAS dan FIKRAH untuk dikongsi bersama. Tajuknya Sampah plus Nenek.

Sampah dan menyampah membawa maksud yang berbeda. Kalau manusia menjadi sampah bermakna tak berguna, tetapi kalaus aja sampah itu diurus dengan baik ia bisa menjadi baja, tetapi kalau saja dibiar begitu saja maka ia membawa mudarat dan kerana itu sampah merupakan sesuatu yang tidak menyenangkan. Baunya satu macam.

Iya, bang Maily selalu saja bertanya bahawa apalah tugas syarikat yang diamanahkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk mengutip sampah? lalu sering saja membiarkan sampah bertimbun di Kepayan Ridge yang berdekatan dengan Hospital Kota Kinabalu itu? Lihat saja foto yang disertakan.

Bang Maily potret jam 10:25 pagi/ 14 Sep, 2003

Syarikat yang mengutip sampah/taunya hanya menuntut bayaran dari DBKK melulu, tetapi sampah di Kepayan Ridge selalu saja mengganggu ketenteraman orang yang tinggal di sana dan anjing-anjing yang selalu berkeliaran menjadi mangsa tembakan peluru kakitangan DBKK yang sesekali tidak bertimbang rasa. Salahkah anjing-anjing itu berkeliaran di timbunan sampah untuk mencari rezeki buat dia dan anak-anaknya yang menanti pulang? Kasihan anjing-anjing yang mencari sisa/rezeki di timbunan sampah itu. Sekali lagi Bang Maily tanya bahawa salahkah anjing mencari makan dan mengutip sampah yang tidak dikutip oleh syarikat yang tau untung melulu?

Yang paling sedih ialah nenek yang usianya 70 tahun itu selalu saja Bang Maily temui mencari apa saja dalam timbunan sampah itu. Nenek itu sepatutnya berada saja di rumah bersama cucu-cucunya bukan membongkar sampah dan mengutip rezeki kalau-kalau ada di timbunan sampah yang tidak dikutip itu.

Bang Maily selalu saja berfikir dan sedih sangat kenapa saja anak-anak nenek itu membiarkan dia mengutip atau selalu saja berada di timbunan sampah itu? Kasihan, bayangkan saja nenek yang dulunya mungkin antara perjuang kemerdekaan itu harusnya hidup berbahagia dengan sedapnya udara yang dingin dan nyaman, tiba-tiba matinya nanti dikelilingi oleh sampah-sampah.

Iya, inikah namanya negara yang merdeka, makmur dan aman serta bahagia? Cuba kita berfikir sejenak/kalau-kalau nenek yang Bang Maily potret ini merupakan ibu kita atau kakak kita? Sanggupkah kita membiarkan ibu/nenek atau kakak kita membongkar sampah di kota sambil selalu bertemankan anjing-anjing liar yang menjadi sasaran peluru warga DBKK? Sanggupkah kita membiarkannya sedemikian? Sanggupkah? Jangan biarkan orang miskin dan anak yatim melarat hidupnya.

Makanya Bajet yang dibentangkan oleh PM bisa saja dikatakan bajet untuk PM mencari pahala/untuk orang-orang susah termasuk nenek yang tadinya membongkar sampah.Iya, tentunya Bajet itu merupakan yang terakhir dibentangkan oleh PM sebelum bersara. Tahniah/TQ duhai PM!






___________________________
Terbitan : 27 September 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)