Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

DITEGUR MENGAMOK TAK DITEGUR BEGINILAH JADINYA

ASSALAMUALAIKUM SDR/SDRI PEMBACA,

Sifat-sifat manusia kebanyakanya pelik , itulah sifat manusia, tak ditegur mereka tidak berubah dan lupa daratan, tetapi apabila ditegur mengamok bagaikan anjing gila menyalak bukit, sampai bila ahli politik dan penyokong pemimpin politik nak berubah, sifat-sifat membodek, mengampu, tidak dapat dipisahkan dari sifat-sifat pemimpin dan ahli politik tak kira dari mana-mana fahaman, demi memastikan keuntungan dan kesenangan dapat ke[pada mereka mereka akan melakukan apa sahaja untuk menunjukan muka, seperti satu hal yang akan saya ceritakan,

Kasihan saya melihat sdr TAN SOI KOW , baru saja keluar dari hospital kerana menghadapi berbagai penyakit , terpaksa menerima kerja untuk menjayakan majlis makan malam MEMERDEKAKAN ANWAR, yang akan diadakan di MARKAZ TARBIYAH PAS MELEWAR , terpaksa mencari pembeli kerusi dan meja makan bagi memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar, tetapi walaupun majlis tersebut dibuat tanpa mengaut keuntungan tetapi menerima berbagai masaalah, saya sendiri berbincang dengan beliau, walaupun beliau tidak meminta saya menulis tetapi saya rasa menjadi tanggung jawap saya untuk memberitahu rakyat malaysia, masaalahnya meja dan kerusi dijual dengan harga yang berpatutan, untuk sepuluh orang beerti satu meja berharga RM 200/ sahaja, satu kerusi atau satu tiket berharga RM 20/ sahaja. tetapi untuk mencari pembeli-pembeli begitu susah, berbagai alasan yang diberikan, tiada dalam negeri lah, tiada masa lah, ada meeting lah, orang dah belikan, berbagai-bagai lagi. jawapan nya pada saya senang sahaja, siapalah TAN SOI KOW, beliau bukan seorang pemimpin parti, bukan orang berpangkat, bukan seorang yang ada title, bukan seorang tokoh koperat, tetapi hanya seorang REFORMIS yang berkerja kuat untuk reformasi,dan majlis tersebut tidak dihadiri oleh presiden parti atau menteri besar,

Tetapi satu lagi majlis yang akan diadakan ditempat sama pada tarikh yang saya lupa , yang mana tetamunya menteri besar terenganu TUAN GURU DATO SERI HJ HADI AWANG dan juga presiden parti keadilan DATIN SERI DR WAN AZIZAH tiket yang dijual begitu laku sekali, walaupun sebuah meja sepuluh orang berharga RM 700/ berbeza dengan meja yang dijual oleh sdr TAN SOI KOW hanya RM 200/ sahaja, tetapi meja yang berharga RM 700/ dapat dijual dengan mudah, inilah perbezaanya atau sifat pilih bulu yang masih diamalkan dapal parti kita, kerana nak tunjukan muka kepada menteri besar terengganu dan presiden parti keadilan harga RM 700/ pun mereka sanggup bayar, mereka hanya memandang sesuatu yang hanya akan menguntungkan mereka baru mereka sanggup mengeluarkan wang, inilah sifat manusia yang masih tak akan berubah , termasuk jugalah sekelo0mpok golongan yang mengaku diri mereka reformis jalanan, berapa meja yang mereka beli untuk membantu sdr tan soi kow, saya tahu apabila saya menulis begini saya kan menghadapi berbagai risiko, tapi saya peduli apa, salah tetap saya tegur, apa mereka nak buat saya tidak akan ambil kisah, saya menulis hanya pada kebenaran,. mana tahu mungkin selepas tulisan iini akan ada vcd terbaru di pasaran tentang jamil ismail jk, tetapi untuk menutup mulut saya atau membuat saya berhenti dari melakukan REFORMASI kamu semua silap,.saya anak melayu, anak melayu tulin bukan campuran, bagi nak melayu sekali melangkah berpantah mengundur, lawan tetap lawan,

TIAP MALAM TIDUR BERDENGKUR
SELALU TERMAKAN NASI BASI
KALAU KESILAPAN TAK BOLEH DITEGUR
KENAPA MENYOKONG REFORMASI

BAWA KERETA PERGI KE SELAMA
BERHENTI MEMANCING IKAN TILAN
KALAU MASIH BUAT PERANGAI LAMA
TAK PAYAH BERCAKAP PASAL KEAD

KALAU TANAM SI POKOK KOKO
JANGAN TANAM PISANG BERANGAN
KALAU TAKUT DENGAN RISIKO
JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN

Saya yang benar

JAMIL BIN ISMAIL JK
CHERAS KUALA LUMPUR





___________________________
Terbitan : 23 September 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)