Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

JPJ Shah Alam buat duit!!

Beberapa bulan lepas, aku ada pegi baru lesen memandu dan pergi lagi buat urusan dengan JPJ pasai nak batal hakmilik kereta. Terkejut jugak bila aku masuk sempang dah buat palang ambik tiket parking. Sejak bila pulak kena bayar? Dah lah tu depa caj 2 jam pertama RM2.00 lepas setiap sejam RM1.00. Memang cekik darah betoi!! Kalau tak kerana kereta tu satu keperluan orang pun tak ingin nak berpusu-pusu kat JPJ. Dahlah counter servis teruk, kaki tangan lembab sampai kena tunggu giliran makan masa tak kurang 2 jam. Kena bayar parking pulak.. sepatutnya perkhidmatan awam percuma.. nanti tak lama lagi pejabat income tax, pendaftaran atau mana2 pejabat yang berurusan dgn orang ramai sure kena bayar parking punya. tengoklah nanti. Tempat-tempat sebegini memang tak surut dengan orang ramai. Tu lah dia kerja kerajaan BN, asyik nak memerah duit rakyat sesaja. Tak cukup dengan road tax, income tax, toll, masih jugak nak menyamun. Tentulah bertambah perit bagi mereka berpendapatan rendah. Pasaraya besar pun tak kena bayar. Siap ada jaga sekali.

Inilah salah satu pengalaman yang mungkin tidak seteruk mana berbanding dengan mereka-mereka yang mungkin ada pengalaman yang lebih menjijikkan. Hari demi hari pekung kerajaan BN/UMNOmore makin menonjol dan menambahkan kebencian rakyat. Jangan salahkan kami wahai BN/UMNO......

Jo Bugner






___________________________
Terbitan : 5 September 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)