Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

MAHATHIR - DI SEBALIK HEBAT BANYAK BODOHNYA.

Disebalik kehebatan dan globalis pemikiran dan idea Dr. Mahathir Mohamad, sebenarnya banyak juga kerendahan dan kesempitan akal-fikir Perdana Menteri itu. Disebabkan orang tersihir dengan kehebatan yang diuar-uarkan maka orang tidak nampak bahawa banyak kerendahan nilai-nilai budinya. Adakalanya pemikiran dan tindak balas politik Dr. Mahathir bukan sahaja dangkal tetapi lebih pandir daripada pemikiran Pak Pandir si humor Melayu itu.

Mereka yang menjadi penjilat punggung Dr. Mahathir tentulah tidak tampak perkara ini sama sekali. Bagi mereka Dr. Mahathir tidak pernah dan akan pernah membuat kesilapan. Ini dikukuhkan lagi dengan sikap ego tinggi Dr. Mahathir yang tidak pernah mengaku akan kesilapan atau kesalahannya meskipun ianya sangat fatal dan jelas sekali. Dr. Mahathir tetap mempertahankan keyakinannya (berlandaskan akal) walaupun ianya mencabar hukum Allah s.w.t.

Dr. Mahathir seorang yang bodoh sombong. Di dalam hal ehwal Islam beliau begitu yakin kepada ilmu serta pemikirannya sendiri. Beliau seolah mahu dunia ini menerima apa sahaja yang dikatakannya. Apa lagi negara ini sudah dijajah oleh beliau. Tanpa kita sedari, rakyat Malaysia sudah terjajah oleh "bangsa Mahathir".

Kesempitan dan kepandiran terbaru Dr. Mahathir ialah apabila beliau menuduh Pas sengaja mahukan rakyat negara ini bodoh. Dalam ucapannya di Jitra semalam, (7 Sept 2003) beliau mengatakan Pas menghasut pelajar universiti supaya menjadi bodoh. Dengan berbuat demikian katanya, senanglah bagi Pas untuk menipu rakyat Malaysia.

Kalau Pak Pandir wujud dan masih hidup, si tolol bodoh itupun tidak akan bersetuju dan merasakan amat hairan dengan kata-kata Dr. Mahathir itu. Mungkin Pak Pandir akan berfikir apakah siuman atau tidak Dr. Mahathir hari ini? Tidak ada mana-mana umat dalam negara di dunia ini mahukan rakyatnya bodoh. Apakah niat yang demikian ada kepada Dr. Mahathir maka beliau mengeluarkan pandangan demikian?

Secara bodoh juga, kalaulah kewujudan Pas atau pembangkang lain di negara ini untuk memperbodohkan rakyat, atau dengannya rakyat menjadi bodoh, mengapa kerajaan pimpinan Dr. Mahathir tidak hapuskan sahaja Pas? Dengan membiarkan Pas terus bermaharajela demikian, bermakna bodoh sangatlah Dr. Mahathir! Apakah Mahathir seorang PM yang bodoh?

Pak Pandir hanya bodoh sombong dalam lingkungan dirinya sendiri sahaja. Namun Dr. Mahathir nampaknya lebih bodoh dan sombong daripada Pak Pandir kerana dia ingin seluruh masyarakat negara ini menjadi bodoh dengan pandangan, hujah ataupun tindak tanduk politiknya.

Sepakar lagi ialah mengenai tuduhan beliau mengenai Enakmen Jenayah Syariah (Hukum Hudud) yang dibentangkan oleh kerajaan Terengganu dan Kelantan. Beliau tidak habis-habis menetang hudud. Semacam hudud adalah musuh dunia dan akhirat kepada dirinya. Terbaru beliau mendakwa Pas cuba mengubah hukum hudud. Ini timbul ekoran berlaku salah tafsir mengenai perkara 14 atau 16 yang dibangkit oleh seorang penguam yang 'sebangsa' dengannya baru-baru ini.

Dr. Mahathir tidak ikhlas di dalam mengulas perkara ini. Beliau sengaja mengheretnya untuk kepentingan politiknya. Apa yang berlaku, Pas bukan hendak meminda tetapi (mungkin) ayat di dalam enakmen itu perlu diperbetulkan (explanation) bagi menjelaskan keadaan dan maksud perkataan di dalam klausa itu yang mengelirukan di kalangan bukan profesional dalam bidang perundangan.

Duhai Dr. Mahathir sampai kapankah kau akan menginsafi di atas perbuatanmu itu. Sepatutnya beliau tidak lagi melatah dan tersasau mengeluarkan perkataan yang berbau dengan khamar kerana usia pentadirannya sudah tinggal beberapa hari lagi. Selepas Oktober ini beliau tidak akan menjadi PM lagi.

Apakah beliau tidak berhajat untuk berhenti, maka beliau terus 'kemabukkan' di dalam mengeluarkan kritikan kepada pihak pembangkang? Kita tunggu dan lihat kerana pengakhiran seseorang manusia itu akan ditentukan oleh masa dan keadaan!

- KAPAK JA'NGAK, Kuala Lumpur.






___________________________
Terbitan : 9 September 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)