SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun PAS HALALKAN LIWAT? - Isu yang memakan diri!Mengulas isu liwat adalah sesuatu yang amat tidak digemari oleh penulis kerana mendengar saja perkataan itu sudah cukup menjijikkan. Namun perkataan liwat yang dulunya tidak diketahui sangat oleh orang ramai kini sudah menjadi perkataan biasa di Malaysia seperti makan roti canai! Apakah ia menjadi budaya baru di era pasca merdeka? Atau kesan penjajahan bentuk baru ke atas sasaran Islam oleh emperialisme Barat yang sedang tenat nilai kemanusiaannya! Menjadi amalan dalam budaya Melayu-Islam kita menyembunyikan sesuatu yang aib dan memalukan. Tetapi Islam yang lengkap dan sempurna tidak menghalang perbincangan masalah ini dalam batas-batas tertentu apalagi liwat sebenarnya berlaku sejak awal peradaban manusia lagi sepertimana berlaku ke atas kaum Nabi Lut dimana akhirnya Allah s.w.t. menimpakan bala yang keras ke atas mereka. Namun, kita tidak pasti apakah pada pemikiran Umno isu liwat boleh menjadi isu ampuh yang boleh menjatuhkan sesiapa sahaja dalam arena politik setelah berjaya menjatuhkan orang yang hendak mereka jatuhkan iaitu matan Timbalan Perdana Menteri yang sekarang sedang merengkok dalam penjara hanya dengan isu seks dan liwat! Mengikuti isu yang ditafsirkan sebagai menghalalkan liwat oleh Parti Islam Se Malaysia PAS melalui petikan daripada rang undang-undang syariah Kelantan yang dimomokkan oleh media massa sehari dua lalu jelas memperlihatkan kerakusan pihak-pihak tertentu memanipulasikan apa saja isu yang dijangka dapat mengaut keuntungan politik sementara. Dan jelas sekali isu berkaitan Islam begitu sinonim dan sensitif dalam masyarakat dan sosio-politik orang Melayu dan parti assabiyah Umno yang memang terkenal dengan kecekapan membuat provokasi dan memainkan isu, sementelahan media masa pula dalam genggamannya dengan gopoh mengambil isu liwat yang dibangkitkan oleh PAS di dalam rang undang-undangnya dengan harapan ia dapat melumpuhkan parti Islam tersebut. Nampaknya percubaan Umno itu tidak semudah yang dijangkakan. Rakyat khususnya orang Melayu-Islam telah kenal PAS, kenal perjuangan dan dasarnya, kenal pemimpin dan ulamak-ulamaknya dan dengan jelas boleh membezakannya dengan Umno. Dakwaan Umno, PAS menghalalkan liwat ditolak mentah-mentah dari awal-awal lagi bukan saja oleh penyokong PAS malah penyokong Umno yang agak berfikiran sedikit tidak mempercayainya. Mana mungkin sebuah parti Islam yang dipimpin ulamak boleh menghalalkan liwat! Fikir mereka. Namun tidak dinafikan Umno berjaya memantapkan pemikiran anti PAS di kalangan segelintir 'nongoi-nongoi' di peringkat bawahan yang telah dicuci otak mereka terlebih dahulu untuk membenci apa saja syariat Islam yang dibawa dan hendak diperkukuhkan oleh PAS dan yang sedihnya ada juga kalangan yang ada title malah bertitle mufti turut meletakkan taraf mereka sama dengan 'nongoi-nongoi' tersebut setelah dipaksa memberi ulasan negatif terhadap rang undang-undang tersebut. Sememangnya mereka tidak yakin isu ini boleh melemahkan PAS, justeru ia tidaklah menjadi tajuk utama akhbar. Hanya TV1 dan TV3 suku memaparkan berita sensasi itu dengan memetik kenyataan pemimpin Umno yang baru tumbuh taring itu dengan harapan isu ini dapat mengikat lagi pengundi-pengundi mereka yang sudah karat biru. Sebaik saja pemimpin PAS memberi penjelasan bahawa menurut Islam, meliwat dengan sesiapa sahaja tetap salah dan haram cuma kesalahannya tidak boleh dihukum di bawah undang-undang Hudud tetapi boleh disabitkan di bawah undang-undang Takzir, maka senyaplah pemimpin-pemimpin Umno chauvanist itu dan media massa pun tidak berani siar lagi. Ternyata percubaan menfitnah PAS oleh pemimpin Umno dan media massa itu sungguh memalukan dan PAS wajar menyaman mereka semua di mahkamah agar mereka tidak lagi mengulangi perbuatan jelek itu. Ini bukanlah kali pertama tetapi ia adalah siri-siri dari banyak kerja-kerja jahat mereka memfitnah PAS. Misalnya membuat provokasi dengan dakwaan PAS itu Islam dan Islam itu PAS juga adalah fitnah, kerana tiada pemimpin PAS yang berucap demikian. Pemimpin dan ahli PAS faham bahawa PAS hanyalah alat atau wadah politik untuk menegakkan Islam di atas bumi Malaysia ini. Akhirnya, isu PAS menghalalkan liwat yang cuba dimainkan oleh Umno-BN melalui media-massa pro mereka akhirnya memakan diri. Apa pun, isu ini sebenarnya nyata berjaya menelanjangi perbezaan dua pemikiran dan konsep Islam dan politik antara Umno dan Pas. Umno masih gagal memahami hukum syariah hudud yang telah sekian lama diperjuangkan oleh PAS dan sekarang menjadi rang undang-undang syariah di Kelantan dan Terengganu.
Diterbitkan oleh : |