SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun CORETAN MUKTAMARSetiap kali selepas saya menghadiri muktamar semangat saya untuk meneruskan perjuangan semakin bertambah. Saya mendapat semangat baru setiap kali mendengar kata-kata perangsang dari pimpinan dan juga para perwakilan. Melihat kepada komitmen yang ditunjukkan oleh pimpinan, saya yakin semua kita yang menghadiri muktamar akan lebih bersemangat untuk pulang ke kawasan, cawangan masing-masing dan meneruskan gerakerja kita. Ketika di muktamar kita dapat melihat pelbagai ragam ahli dan penyokong kita. Saya tidak dapat menahan sebak bila melihat komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli yang hadir dimana ada yang sangat tua (dating bertongkat), ada yang tempang, ada yang langsung tiada kaki, ada yang buta dan kurang muslimat yang datang membawa anak kecil namun semangat mereka tetap membara untuk mendengar ucapan, perbahasan dan nasihat dari pimpinan dan para perwakilan. Pada tahun ini juga derma yang datang dari pimpinan, perhubungan negeri, kawasan, cawangan dan ahli-ahli mencurah-curah banyaknya. Umpamanya Badan Perhubungan Negeri Kelantan menderma sebanyak RM100,000 manakala pimpinan tertinggi kita pula menderma RM10,000 setiap seorang. Ini menggambarkan kepada kita betapa sayangnya hali dan pimpinan kita kepada perjuangan Islam ini. Jika beginilah komitmen yang ditunjukkan maka Insya Allah kita akan berjaya. Namun hati saya tetap terkilan dengan ketidakhadiran sahabat-sahabat seperjuangan saya ketika di kampus dulu. Hanya segelintir sahaja yang saya temui. Itupun mereka-mereka yang sememangnya pengunjung tetap muktamar sepanjang tahun. Sahabat-sahabat seperti Ariffin Deraman, Azman Idris, Radzi Zainon, Adnan Rahman, Rahman Sadikin, Khairul Akmal Ibrahim, Athirah Al-Jundi, Zuhairi Zubit sahaja yang saya temui tahun ini. Mana perginya sahabat-sahabat lain. Mungkin juga mereka-mereka hadir tapi tidak saya temui atau terserempak. Tetapi saya yakin kalau mereka hadir Insya Allah saya akan jumpa. Apakah sahabat-sahabat sudah lupa kepada perjuangan kita semasa di kampus dulu. Sahabat-sahabat semualah yang berjuang dengan penuh semangat tanpa mengira siang dan malam. Boleh dikatakan setiap pilihanraya kecil sahabat-sahabat akan turun membantu calon-calon jemaah kita. Usrah, kuliah mingguan, ijtimak bulanan di Pusat Islam, tamrin, rehlah dan mukhayyam telah menjadi rutin harian, mingguan maupun tahunan. Lupakah sahabat-sahabat semua kepada perjuangan kita dulu. Sahabt-sahabat juga merupakan pimpinan tertinggi kampus dulu. Ada yang menjadi Presiden PMU, PMI, Jemaah dan berbagai lagi persatuan. Apakah perjuangan kita setakat di kampus sahaja. Takkanlah setahun sekali sahabat-sahabat tidak boleh meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan muktamar kita. Sekurang-kurangnya kita berikan sokongan moral kepada pimpinan kita. Saya tahu ramai sahabat kita yang menetap di Lembah Kelang. Takkanlah tak boleh singgah di Taman Melewar. Atau mungkin sahabat sibuk dengan lain-lain hal. Maklumlah dan punya pangkat besar, kereta besar, rumah besar, isteri besar dan segala-galanya besar. Nak dikatakan tak dapat cuti rasanya tak mungkin sebab bagi cikgu-cikgu masa muktamar tu tengah cuti sekolah. Manakala bagi yang bukan cikgu kita boleh minta cuti awal-awal sebab kita dah tahu tarikh muktamar sejak dua tiga bulan sebelum muktamar. Akhir kata saya sentiasa mendoakan sahabat-sahabat semua sentiasa istiqamah dalam perjuangan ini jangan sampai jadi macam salah seorang pengasas jemaah kita dulu yang sekarang ini telah belot dan berusaha menfitnah kerajaan Terengganu. Sedangkan beliau dipecat dari TATI atas alas an yang kuat iaitu cuba meng'songlap'kan duit TATI. Sesungguhnya jemaah amat memerlukan tenaga kalian. Organisasi seperti Cawangan, MTD, UPU, Lujnah-lujnah, dewan-dewan masih tenanti-nanti sumbangan saudara-saudari. Janganlah kita tercicir dari perjuangan ini. Marilah sama-sama kita redah segala cubaan dan dugaan ini. Janganlah saudara takut dengan ancaman manusia seperti AKUJANJI, UGUTAN dan lain-lain kerana mereka juga adalah manusia sama seperti kita. Hanya Allah yang maha berkuasa.
Sofi Wahab
Diterbitkan oleh : |