Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PEGAWAI HEP SELANGOR MESIR KURUNG PELAJAR WANITA

Assalamualaikum wbt,

Alkisah, negeri paling maju di malaysia. Untuk kali pertamanya kejadian pegawai HEP (warden) kurung pelajar berlaku di Mesir kerana semata-mata nak memastikan majlis anjuran pegawai HEP anak Selangor ada jamuan yang memang jadi tradisi kepada majlis-majlis anjuran 'pihak sana'.

Pegawai HEP anak Selangor ni tanpa segan silu, mengetuk pintu rumah mereka (pelajar perempuan) di asrama Selangor yang baru siap ni (walaupun sebenarnya hanya 90% siap) dan telah memaksa pelajar perempuan membantu isterinya memasak lauk-pauk untuk majlis dialog dengan pelajar dan mengunci pintu grill asrama perempuan untuk memaksa mereka memasak makanan.

Walaupun pada mulanya semua pelajar perempuan ni menyembunyikan diri tapi akhirnya terpaksalah beberapa orang pelajar perempuan ni 'mengorbankan' diri memasak makanan agar kawan-kawan mereka yang lain 'dibebaskan' daripada penjara asrama.

Pegawai HEP ni rasa dia sangat berkuasa sampai sanggup mengurung pelajar dan memaksa mereka mngikut arahannya sesuka hati tanpa ada tolak ansur dan tasamuh, kuku besi. Mungkin dia dapat arahan dari boss besar Selangor supaya asrama pelajar Selangor ni dibuat macam penjara. Sampaikan orang luar asrama ni (bukan penghuni luar) tak boleh nak jumpa penghuni asrama kecuali hanya di lobi asrama. Dia memberitahu , rakyat Selangor yg tidak patuh dgn arahan kerajaan Selangor tidak layak dapat kemudahan kerajaan Selangor, (dia maksudkan , pelajar yg tidak isi borang akujanji zakat)

Beginikah sikap pegwai kerajaan yang sebenarnya di bayar gaji untuk menjaga kebajikan pelajar tapi bersikap melampau dan menzalimi pelajar? Mereka tak sedar ke gaji yang mereka terima adalah wang rakyat yang membayar cukai yang merupakan ibu bapa atau sedara mara kepada para pelajar tadi…..apa hak pegawai HEP ni utk kurung pelajar dan paksa2? Tidak adakah ruang tolak ansur dan berbincang??

Budaya ugutan dan menakutkan pelajar sekarang ni sudah menjadi trend mana-mana pegawai HEP yang cuba 'memandulkan' pelajar. Berjaya atau tidak kita nantikan dalam pilihanraya akan datang

Abu el qassam






___________________________
Terbitan : 27 September 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)