SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Perlaksanaan Sembahyang pun tidak selaras.. Ini pula Hudud ???Benarkah hudud Kelantan Hudud PAS ?? Apakah Liwat Dibenarkan terhadap Isteri ?? inilah persoalan yang dibangkitkan Firaun Zaman moden Dr.Mahathir yang mempermainkan hukum Allah demi kepentingan politiknya yang makin menuju ke Era kejatuhan !! kalau bekas Timbalan perdana menterinya yang dulupun dia sanggup perlakukan seperti binatang, inikan Hukum tuhan!! apa lagi yang mampu di lakukan ketika hayatnya sebagai perdana menteri semakin dekat, perasaan geram Dr.Mahathir ternampak jelas melihatkan kekuatan pembangkang terutama PAS yang mana sokongan dari rakyat terbanyak kian menebal. mungkin Dr.Mahathir ingat dengan menamatkan riwayat Dato' Fadzil Noor suatu ketika dulu.. PAS akan kelihatan sebagai " Parti Militan " dibawah kepimpinan Dato' seri haji Hadi Awang, mana tidaknya selepas dato' seri Haji hadi memegang jawatan sebagai Pemangku President PAS media fitnah Umno RTM tak henti henti memainkan isu kafir mengkafir dan isu memali, namun kuasa Allah mengatasi segalanya apabila semua fitnah Umno itu kini hanya menjadi bahan jenaka orang ramai !! maka tidak hairanlah para ahli ahli sihir Umno menjilidkan ucapan Firaun Moden Dr.Mahathir didalam satu kitab yang direka kulitnya seakan akan naskah Al-Quran dan kitab Muktabar ?? dulu.. kalau bukan kerana penasihat dan ahli sihir Firaun yang menyanjung tinggi dan memuja Firaun tidaklah sampai firaun berkata " Ana robbukumul A'la " yang membawa maksud aku tuhan kamu yang maha tinggi, begitulah angkuhnya firaun sebelum datangnya seruan nabi Musa. tetapi Zaman Firaun moden ini ia" firaun" tidak mengaku tuhan tapi menjilidkan ucapan menghina nabi dan tuhan dalam naskah seperti al Quran oleh ahli ahli sihir Umno!! mungkin kalau zaman Firaun datang selepas zaman Nabi Muhammad sudah tentu firaun juga akan mengikut jejak Dr.Mahathir menjilidkan ucapannya dalam naskah seperti al-Quran!! tidak cukup dengan menjilid ucapan penghina Islam itu.. UITM kini dibawah Naib canselornya yang tongong iaitu Ibrahim Abu Shah menjadikan subjek pemikiran Dr.Mahathir Muhamad sebagai subjek wajib bagi setiap pelajar!! Bagi Dr.Mahathir menghina janggut nabi, menghina Hukum Allah sudah menjadi kebiasaan seolah olah Nabi dan hukum Allah itu musuh politiknya.kalau Isu air dan pembagunan di Kelantan menjadi bahan politik dan mainan Umno ia dianggap munasabah , ini tidak.. Hukum Tuhan dipermainkan seakan tidak ada rasa takut akan dosa? berbalik kepada isu Enakmen hudud yang dikatakan Dr.Mahathir sebagai berubah rubah mengikut citarasa pemimpin PAS, Benarkah?? antara hujah Dr.mahathir kalau benar Hudud yang dibawa PAS itu hukum Islam sebenar mengapa masih ada perbezaan antara enakmen hudud Kelantan dan terengganu, kalau begitulah kata Dr.mahathir.. apakah Dr.mahathir dapat bezakan antara hukum dan perlaksanaan Hukum , Hukum tidak boleh berubah tetapi perlaksanaan apa sahaja bentuk Syariat yang menimbulkan Khilaf ia tertakluk kepada pentafsiran ulama' yang akan merujuk kepada Nas Nas selain Al Quran jika cara dan perlaksanaannya tidak jelas didalam Al-Quran, Dr.Mahathir mungkin pernah ke tanah suci Mekah disana Dr.mahathir akan mendapat gambaran yang lebih jelas jika sembahyang yang menjadi tonggak dan tiang kepada ibadat orang Islam pun masih berbeza perlaksanaannya inikan pula Hukum Hudud!! rakaat dalam sembahyang tidak berubah, kalau Asar 4 rakat maka 4 rakaatlah lain lain fahaman dan mazhab, tetapi yang menjadi perbezaan adalah cara perlaksanaannya!!kekadang ada mazhab yang tidak mengangkat tangan.. ada cuma berdiri tegak,ada yang ketut batal ada yang tidak , ini semua adalah khilaf, bayangkan dalam ibadat yang begitu senang dan pentingpun terdapat perbezaan inikan pula Hukum hudud!! kalau kita teliti kitab Fekah.. kesalahan Liwat sebenarnya ia tidak termasuk dalam Had hudud tetapi sebahagian mazhab ia tertakluk dibawah had Hudud..lebih malang lagi difinasi dalam enakmen Syariah Wilayah Persekutuan, liwat tidak meliputit takrif antara lelaki dan perempuan!! ia tertakluk hanya antara lelaki dan lelaki. Kalau siapa belajar undang Undang menjadi kebiasaan pentafsiran undang undang itu berubah rubah, kalau kita belajar undang undang di India lain kitabnya..kalau belajar di Britain lain kitabnya itu perkara biasa dalam undang undang!! begitu juga tafsiran dalam hudud !! yang penting hukuman yang ditetapkan didalam Al-Quran tidak diubah ubah, kalau hukuman berzina bagi pasangan yang belum berkahwin itu sebat 100 rotan maka tak payah letak denda RM 5000 atau penjara dua bulan .. kerana itu baru sudah mengubah Hukum islam?? persoalan yang diubah sekarang bukannya Hukum tapi perlaksanaannya!! kalau nak ikutkan Undang Undang Syariah Umno sekarang yang patut dipertikai kebenarannya?? begitu juga dalam undang undang bukan Jenayah ia tetap ada perbezaan, sedangkan undang undang sivil dimalaysia masih ada perbezaan dikalangan negeri. kalau nak dihuraikan undang undang hudud ini keperingkat yang mana mungkin tidak ada seorangpun diantara rakyat Malaysia dikenakan dibawah undang undang hudud kerana perlaksanaannya itu amat susah untuk disabitkan kesalahan,disinilah terletak sumber kedua undang undang Islam iaitu takzir!! bayangkan selama 20 tahun Undang undang hudud dilaksanakan dibawah pemerintahan raja malik Arab saudi baru 20 orang dihukum dibawah undang undang hudud iaitu pencuri dipotong tangan, inilah yang dirisaukan sangat Dr.mahathir bahawa bila hudud dilaksanakan , maka hilang ramai tangan manusia dan produktiviti negara akan berkurangan kerana ramai yang kehilangan tangan!! sedangkan apalah kesannya sangat kalau sekalipun 20 orang setahun dipotong tangan!! yang mati kat Jalanraya malaysia seharii lebih ramai berbanding orang yang dipotong tangan di Arab saudi dalam tempoh 20 tahun!! Begitulah putar belitnya Dr.Mahathir, yang menyedihkan bukan putar belit Dr.Mahathir tetapi sikap bersahaja Dr.Mahathir mempermainkan Hukum Allah!! ambillah iktibar dari kisah Firaun, walaupun mengakui dirinya tuhan , sedikit penyakitpun tidak menghinggapi tubuh Fiarun sehinggalah keakhir hidupnya yang mana akhirnya mati kelemasan tatkala mengejar nabi Musa!! apa lebih teruk lagi semua dalam barisan Umno kini menggap menghina hukum islam itu perkara biasa!! tak kira ketua Puteri, peguam Zaid ibrahim mereka akan lakukan apa sahaja tanpa mengambil kira soal halal dan haram , inilah Islam yang dibentuk Dr.mahathir terhadap UMNO!! kalau baginilah UMNO kita mungkin akan lihat satu generasi yang lebih teruk dari Masyarakat barat!! baiknya barat mereka bukan orang Islam sedang Dr.Mahathir membentuk orang Islam dalam bentuk barat!! Dr.Mahathir lah yang memesongkan Islam!! reformis muda
Diterbitkan oleh : |